Mengemas Wayar Kabel dan Barang Hardware

1:54:00 pm Sha Nazri 2 Comments

Saya begitu komited nak menyusun wayar yang bersepah di rumah.
Sebelum ini saya simpan kat mana-mana tempat yang tersorok,
 asalkan rumah nampak tak bersepah dah cukup.
Tapi..bila saat ia diperlukan..lecahlah ketiak nak mencarinya.
Tetiba saya terasa kesedaran sivik semakin membara di dalam hati...
 Saya terus bersemangat nak menyusun semula barang hardware dan wayar-wayar dirumah.
Saya ingin mencari penyelesaian yang paling mudah, murah dan menjimatkan.


Yezzaa…kotak kasut menepati ciri-ciri 3M yang saya sebutkan tadi..
Murah, Mudah, Menjimatkan…
Dalam kotak kasut ni ada alat pertukangan..Ini yang extra..
Macam tukul besi tu, ada 4 kat rumah.
Kenapa perlu membeli banyak-banyak tukul besi..
Bukankah ia tidak menepati konsep 3M?
Fefeeling macam saya salah seorang ahli panel jemputan
 dalam rancangan Soal Jawab yang di siarkan di TV3..
Okey..yang sebenarnya saya tak beli kesemua tukul besi tu.. 
The truth is..satu tukul besi tu saya punya, satu Encik Hubby punya, 
satu lagi mak saya punya, satu lagi dapat free hadiah daripada 
seseorang yang misteri..haha..misteri la sangat..-Ok tu tipu :P
Dalam kotak kasut ni juga ada macam-macam barang 
berkaitan dengan alat pertukangan yang malas saya nak taipkan disini.


Selain daripada kotak, saya juga menggunakan bekas 
tipuware yang saya dapat masa beli tau fu fa atau serunding daging
 atau dapat free daripada jiran sebelah rumah.
Saya memang pengumpul tegar bekas tipuware ini, 
sehingga ada ketika saya meroyan bila tak cukup space 
nak simpan semua bekas tipuware. 
Bekas tipuware ini menjadi bekas untuk saya simpan barang-barang yang kecil.
 Contohnya hook langsir dan skru. 
Kalau ada skru yang terpakai tu contohnya nak tukar pintu baru ke,
 skru kat pintu lama tu simpan.
 Ada kegunaannya di masa hadapan nanti.


Semua barang hardware yang saya dah pack tadi
 saya masukkan ke dalam storage box.
Tu yang berbungkus warna putih tu ialah kepala paip tuan rumah.
Haha..kepala paip tuan rumah...
its not funny hokey..(kalau tuan rumah yang membacanya)
Ayat yang sopan ialah..
itu adalah kepala paip yang dimiliki oleh tuan rumah 
dimana tempat saya tinggal sekarang ini.


Macamana pulak dengan wayardan plug yang bersepah kat rumah?
Saya kumpul satu tempat, gulung cantik-cantik dan ikat kemas-kemas.
Masuk dalam plastik ziplock macam ni.Labelkan..senang nak cari.


Lepas tu simpan dalam storage box.
Tutup supaya lipas dan konco-konconya tidak beranak pinak didalam storage box itu.
Saya simpan dalam ruang stor seperti yang saya ceritakan DISINI.

Bila dah susun satu tempat macam ni, Jarjit Singh pun berkata..
2, 3 pakai kasut but...
wayar tak berserabut fikiran pun tak kusut.
Saya suka..saya suka..saya maanyyakk suka..

Sekian.    



You Might Also Like

2 comments:

  1. Me pun pengumpul tegar tipuware...kekeke..rajin awak sha, saya dalam mood malas sekarang ni.haihhh...

    ReplyDelete
  2. saya suka idea ni.. nanti saya buat jugak lah..senang nak cari. sekarang saya sumbat semua dalam kotak. kalau nak cari memang kena selongkar. habis berselerak semua barang

    ReplyDelete