Misteri Kehilangan Siput Sedut

8:00:00 pm Sha Nazri 1 Comments

Kisah ini berlaku 8 tahun yang lepas ketika saya
 baru setahun bertugas di Sotong Merah Bank di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Kira ni entri menggamit kenangan lalu lah ni.
Duduk KL berhimpit di rumah sewa.
Candle light dinner dengan nasi lemak kerang makcik LRT.
Besday kek pulak roti Gardenia cicah air teh.
Huh..tragis sungguh..Haha..
Ni dah boleh masuk rancangan bersamamu ni..
Tapi masa tu havoc sungguh..Rasa dunia ni kami yang pumya..
Ececeh..ayat cliche lagi sekali..

Kepada orang-orang yang tinggal di Key Ell..put your hand in the air..
i wanna hear you screammmm
We like siput sedut yeah..altogether now..We like siput sedut..

Okey..okey..dah out of topic dah ni..
Orang key Ell mana makan siput sedut kan..
Hei..sape kate orang Key Ell tak makan siput sedut?? Tampor kang..

Berbalik kepada cerita saya, alkisahnya kawan saya ni orang Pahang, dok di Key Ell.
Rumah bertingkek-tingkek. Bukak je tingkap terus nampak lintasan LRT
terbentang di hadapan mata.

Dia jarang balik kampung, alasannya nak buat kerja overtime.
Kumpul duit nak beli rumah dengan kereta.
Saya kagum dengan dia, sebab dia seorang yang bercita-cita tinggi.
Dapat gaji terus kirim duit kat kampung untuk perbelanjaan orang tua dan adik-adik yang masih bersekolah. Separuh daripada gaji, dia akan simpan untuk merealisasikan cita-citanya iaitu membeli rumah dan kereta.

Suatu hari, dia teringin nak makan siput sedut.
Saya cadangkan kat dia, daripada kita tapau kat kedai, baik masak sendiri je.
Lagi murah, jimat dan dapat banyak. Saya pun peminat siput sedut gak.
Kawan saya ni pun mengiakan cadangan saya itu. Cadangan ditutup.
Dah tak boleh bukak cadangan yang baru.

Lalu, suatu pagi yang hening, saya dan kawan saya ni pun pergi ke pasar yang berdekatan dengan rumah kami. Cari punya cari..kebetulan masa tu ada seorang makcik yang jual siput sedut ni.
Kebetulan lagi sekali makcik tu buat promosi siput sedut. Buy one free one. Dapatlah kitaorang dua bungkus siput sedut.

Sampai je di rumah, kawan saya pun membersihkan siput sedut itu daripada kekotoran lumpur-lumpur yang melekat di kulit siput. 
Kami bercadang nak buat siput sedut masak lemak cili padi. Malangnya, kami terlupa membeli santan dan bahan-bahan rencah untuk membuat masak lemak cili padi.
Oleh itu kami bersetuju untuk keluar membeli bahan-bahan untuk memasak gulai siput.
  Lokasi kami membeli belah ialah di Midvalley. .Lagipun kat dalam pasaraya besar tu macam-macam ada..
Itu alasan je..yang sebenarnya saya nak shoping kasut.
Tak nak pakai high heel dah..sakit tulang belakang.

Fefeeling macam anak orang kayo dalam cerita Ariana Rose..
Eh ye ke?
Takdela..Saya bukan jenis meterialistik..
Tak baik untuk kesihatan.

Berbalik semula cerita tadi..tetiba....
Tuuuurtttttttttuutt...
Maaf..siaran tergendala untuk seminggu.
Cerita akan ke udara di minggu hadapan.
Terima kasih dan datang lagi.
Kesabaran anda keutamaan kami.



You Might Also Like

1 comment:

  1. salam perkenalan... saya dah follow yer..

    jindrisska.blogspot.com

    ReplyDelete