Ruang Untuk Simpan Barang

Rumah comel pasti memerlukan ruang yang terhad untuk simpan barang kan.
Kadang-kadang kita perlukan sedikit kreativiti untuk menyimpan barang-barang tersebut.

Kat rumah mesti ada bantal- bantal ekstra untuk para tetamu yang bermalam di rumah.
Pening jugak memikirkan kat mana tempat yang sesuai nak simpan bantal dan comforter yang menggunung tu.
Saya kongsi cara saya simpan barang yang seumpama dengannya.
Kalau nak cara yang murah, mudah dan menjimatkan seperti prinsip 3M saya tu,
jom saya kongsi sedikit sebanyak cara saya.

Taraaaa!!
Saya simpan di sebelah almari.
Almari tu ada ruang yang muat-muat untuk simpan bantal tu.
Dalam bagage tu ada comforter.
Dalam kotak pula ialah buku-buku dan majalah lama. 
Dalam perancangan nak jual..
Tunggu uncle paper lama tak muncul-muncul.

Ini pandangan daripada pintu masuk.
Now you see, now you don’t….
Kotak dan bantal tu di sembunyikan di balik almari di hujung tu. 
  Jadi ..takdela nampak sangat dari luar.
Sebelum ini saya letak di atas almari..
Tapi banyak pulak habuk berkumpul kat situ.
Lagipun tak berapa kemas pada pandangan mata saya.

Ruang Stor saya pun saya buat konsep macam ni.
Cuma ruangnya lebih besar sedikit.
Cukup untuk letakkan barang-barang yang jarang guna dalam kotak.
Yang penting ruang tu tak terlalu sempit
 supaya saya boleh ambil barang-barang tu bila di perlukan.


Almari ini selain untuk simpan pakaian,
 ia juga berfungsi sebagai dinding atau penghadang
 daripada dilihat dari pintu masuk.
Pemandangan yang kurang menarik di belakang
almari itu dapat di lindungi dengan jayanya.


Sekian perkongsian saya.
Saya tak sempat menyinggah blog kawan-kawan yang rajin datang ke sini.
InsyaAllah..ada masa saya akan terjah.

Terima kasih sudi singgah ye..
Saya amat menghargainya..






4 comments:

  1. Wah idea yang menarik.. huhuu nanti bole try jugak nie.

    Singgah baca + follow..
    Jemput singgah sini pulak http://akukaudansesuatu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. menarik :D kadang2 barang banyak sangat ni pun masalah jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula..x tau nk sumbat mn lg dh..mklumlah..umah sy comel..

      Delete
  3. kreatif gak!... bgs arrangement mcm ni.. takde lah nampak terlalu crowd...

    ReplyDelete




My Instagram