Satu Malam Aku Dan Salad Kentang

10:00:00 am Sha Nazri 0 Comments

Jam sudah menunjukkan pukul 2.45 pagi.. 
masih segar bugar mataku ini.
Tiada tanda-tanda mahu lelap.

Di luar kedengaran suara Sang Katak melalak merindukan hujan.
Dalam hati terbit rasa kagum terhadap Sang Katak.
Masih setia memanggil hujan walaupun malam kian pekat.
Katak oh katak..
suaramu ibarat irama alam yang
yang mengiringi setiap titis-titis hujan
Bersama desir angin malam

Saat malam mula melabuhkan tirai, 
suara katak tidak lagi kedengaran.
Yang tinggal kini hanya aku
 melontar pandangan ke arah almari

Tiba-tiba...
perut berkeroncong menyanyi lagu jalan-jalan cari makan.
Aduh..lapar.

Ku gagahkan kaki melangkah ke dapur 
mencari-cari makanan
 buat santapan perut yang sedang mengalunkan irama kelaparan.
Ku jamah biskut kraker cap ping pong, 
tapi selepas 6 keping ku suapkan ke mulut,
perut masih meminta di penuhkan lagi tangkinya. 

Tiba-tiba aku teringatkan kentang rebus di dalam peti ais.
Aura salad kentang datang mencanak
Berbekalkan pesan Opah ku
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Aku terus mengambil mangkuk dan senduk kayu
Saki baki kentang rebus semalam yang telah pergi itu
ku olah menjadi salad kentang yang cukup mengenyangkan.
Ku potong kentang menjadi kiub-kiub kecil
Ku tambahkan perasa, mayonis, sedikit garam, daun bawang dan saderi sebagi hiasan.
Ku santap salad kentang dengan penuh khusyuk.

Kini..perut tidak lagi berirama nasyid mahupun dangdut.
Alhamdulillah...kenyang
Barulah dada rasa lapang..
mata pun semakin kuyu..
Itu tandanya
 sudah sampai seru untuk aku melangkah masuk ke ruang beradu.
Tamat

Satu Malam..Aku dan Salad Kentang
Nukilan: Shasha Nazri
Kuala Lumpur
11 Oktober 2014




You Might Also Like

0 comments: