Susun Atur Dokumen

3:20:00 pm Sha Nazri 5 Comments

Setelah puas mencari resit yang missing in action kat rumah ni,
 saya rasa sekaranglah masa yang sangat sesuai 
untuk menyusun segala macam resit dan dokumen yang penting.
Seperti biasa saya akan menggunakan 
segala bahan-bahan yang sedia ada di rumah.
Beli kalau dirasakan perlu sahaja. 
Kedekut? Oh tidak..Saya tak suka membazir.. ahaks..


Ini fail lama yang telah saya temui di beberapa lokasi didalam rumah saya.
Masih dalam keadaaan baik lagi..Cuma tak bersinar seperti baru beli di kedai lah kan.


 
Saya kumpulkan semua dokumen yang penting ikut kategori masing-masing
 seperti resit dan warranty, medical record, personal file dan lain-lain.
Bil TNB, bil  air, telefon yang dah 2-3 tahun lepas 
dan resit beli barang kat pasaraya tu saya shred (guna tangan je)


Resit dan warranty saya stapler kan sekali dengan manual.
Senang nak cari.


Masukkan ke dalam fail yang saya guna semula ni.
Ada fail plastik, ada fail kertas..mana yang ada je..
kalau nak cantik boleh beli fail yang sama jenis dan warna.


Saya labelkan setiap fail dengan kertas sticker warna kuning ni. 
Dulu sticker ni saya guna untuk tulis tarikh kat botol susu Syifa..
Zaman frozen EBM dah berakhir..
Sekarang sticker ni saya guna untuk label fail pulak.
Untuk resit dan warranty saya asingkan mengikut 
nama kedai atau jenama barang elektrik tu.
Macam resit dan warranty dari kedai Senheng satu fail, 
resit dan warranty dari Lazada pulak satu fail dan 
 Bil TNB, air Celcom dan lain-lain pun sama macam tu.


Lepas tu saya masukkan dalam document holder.
Homemade Document Holder
yang saya DIY saya pernah cerita kat SINI.

Saya print label yang kiut sikit untuk tampal kat document holder.
Senang nak kesan fail-fail yang saya susun tadi.
Tak perlu nak godek semua document holder yang ada.


Saya simpan semua fail tadi dekat 

Macam ni barulah rasa tenang..lebih teratur.
Memudahkan kerja dan menjimatkan masa.







You Might Also Like

5 comments:

  1. kemas susun atur, senang nk cari barang:)

    ReplyDelete
  2. tgh dilema yg sama..sistem yg ada tak brp menjadi..kena cuba sistem baru..

    ReplyDelete
  3. samelah kite akak...kite pon susun dalam fail terpakai jugak...tapi kite guna fail yang untuk letak sijil tuh, clear folder kot namenya... setiap satu muka surat, saya letak satu label... senang kalau nak cari semula... clear folder tuh, yang muka surat depan sekali, saya buat macam 'isi kandungan'...haa, sonang nak cari nnt... :D

    ReplyDelete
  4. Tersembunyi di sebalik file holder tu, nampak kemas lg..
    Bagus bila berDIY dan jimat belanja.

    Saya SUKA!!

    ReplyDelete
  5. Nice :) betul tu.. Nak kena selalu upgrade sistem yg ada supaya lebih kemas dan tratur

    ReplyDelete