Susun Atur Mainan Anak

12:49:00 pm Sha Nazri 9 Comments

Hari ini nak cerita tentang mainan anak saya
 dalam playroom aka ABC's room menurut kata Cik Syifa.

Kisah tentang ABC's room Syifa ni pernah saya ceritakan DISINI.
Tak banyak yang berubah except susunan rak mainan ni.
Rak ni dah lama berbakti sejak zaman saya baru pindah rumah.
Rak ni saya beli di Tesco.
Masa tu saya simpan baju bajan saya sementara menanti untuk membeli almari.
Sekarang rak ini berbakti sekali lagi sebagai tempat meletak barang-barang mainan Syifa.
Sebelum ini rak ini saya letakkan menegak. 
Bila tinggi sangat kesian pulak kat Syifa tak sampai nak capai mainan yang berada di atas.
Jadi saya letak dalam kedudukan melintang macam ni. 
Rak coklat yang dalam entry 
ABC's room lepas saya pindah ke ruang SOHO.
Masa saya sibuk memasak di dapur, Syifa akan ambil sendiri mainan dia.
Biasanya kalau saya memasak di dapur, dia akan bawa mainannya ke ruang tamu.
Dia tak suka berseorangan dalam playroom tu.
Boring agaknya.
Bagus jugak dia main kat ruang tamu, senang saya nak pantau apa yang dia main.
Sambil masak sambil melayan Syifa bercakap dalam bahasa ibundanya.


Bahagian atas sekali saya letakkan buku-buku kecil dalam bakul pink tu.
Bakul pink tu dulunya ialah tempat untuk saya letak mandian dan segala jenis barang penjagaan baby.
Dalam document holder DIY tu pula buku dan drawing pad untuk aktiviti mewarna Syifa.
Dalam cawan yang warna pink tu (pink lagi) sudu dan garfu plastik. Pensil warna pun kat dalam cawan pink disebelahnya.
Ni untuk aktiviti mengira yang akan saya dedahkan nanti. Hehe..
Tak lupa juga Hasil Seni Syifa dari cop tangan dan kaki yang berwarna warni tu..saya framekan.



Bakul plastik warna pink beli kat Mr DIY..
Bakul ni memang femes dikalangan mak-mak sekarang khususnya di Group KSSA.
Bakul atas pula ialah mainan bowling syifa.
Mainan ni bagus untuk daya tumpuan dia.
Dalam bekas plastik tipuware tu pulak ABC, 123 dan blocks yang berwarna warni.
Dalam bakul disebelahnya ialah mainan masak-masak dan mainan doktor-doktor.


Balls..ye..balls.. ni memang hobi Syifa mengumpul bola.
Banyak dah bola dalam rumah ni.
Mana taknyer bila kuar ke pasaraya, nampak je bola mesti dia akan sebut nak ball..nak ball... sampai dah masuk dalam kereta. Tak brenti lagi..
Mama ni sayu hati kalau anak mengidam bola macam tu sekali.
Beli jugaklah.
Tapi jangan salah faham ye.
Saya cuba untuk tidak manjakan Syifa dengan mainan.
Syifa pun bukanlah jenis yang suka minta mainan.
Syukur..harap-harap kekal macam tu sampai dah sekolah nanti.
Mainan yang saya beli pun semua murah-murah belaka.
Ratus-ratus memang takde dalam senarai.



Kotak tiga serangkai ni boleh di cantumkan dengan pelekat velcro kat tepi kotak tu.
Saya beli di fabulous mom untuk simpan pampers Syifa masa baby.
Sekarang letak mainan bear kecik-kecik. Tu pun banyak orang yang bagi.
Salah satunya pink panther gemuk kale oren hadiah dari BFF saya yang tinggal Penang.
Takde dalam gambar ni. Refer gambar 1st sekali.


Whiteboard kecik tu dari SOHO kos rendah saya.
Sekarang dah pindah ke bilik mainan Syifa.
Whiteboard ni saya guna untuk Syifa belajar A, Ba, Ta, kenal huruf, lukis-lukis dan dalam masa yang sama boleh guna magnet untuk lekat kad bergambar atau lukisan dari "air tangan" Syifa macam kat atas tu.
Pastu saya jugak sangkut mainan basketball kat bawah whiteboard tu.
Ni untuk Syifa belajar shoot bola.
Kadang-kadang saya pun main jugak..saya yang terlebih excited.
Tukang ambik bola ialah Syifa. Hihi..
Ke hulu hilir dia mengambil bola..Bagus untuk dia menguatkan otot-otot..
Tu bukan dera tau..Tapi kalau dia dah boring jangan harap dia akan ambil bola tu.

Keseluruhan bilik mainan.
Sticker yang lekat kat dinding tu dah berubah sikit.
Gambar flora dan fauna saya tinggikan sikit supaya Syifa rasa fedup sikit nak mengopeknya.
Kereta kecik parking dekat dengan meja dan kerusi kale-kale  untuk Syifa menulis.
Dah penat bermain dalam khemah yang dipanggilnya bas tu, terus tidur atas tilam yang terbentang luas tu.
Nampak luas sikit bilik ni berbanding yang lepas..sebab saya dah keluarkan sofa 3 seat tu..
Barulah selesa nak buat aktiviti bermain disini.






You Might Also Like

9 comments:

  1. kemasnya..colourful bilik shifa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni time pg syifa xbgn lg..klu ms main tu mmg sepah lah..smua dkeluarkannya..

      Delete
  2. kemasnye... mainan anak saya penuh berterabur atas lantai...huhu simpan dalam bakul j3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time mengemas malam bila dh nak masuk tido..sy ajak anak mengemas sama..

      Delete
  3. wahh bestnye playroom syifa..semua tersusun je ikut function mainan..yg penting kita ajar dia sama-sama mengemas lepas main..

    ReplyDelete
  4. cantik playroom.
    kemas tersusun dan teratur.
    http://www.chekuseeha.com/

    ReplyDelete