Netbook Saya Rosak

5:11:00 pm Sha Nazri 0 Comments


Hai..lama tak menghapdet entry kat dalam ni..
Rindu kat blog sendiri..
Mood nak update blog terus hilang di sebalik awan mendung sebab
netbook saya rosak.
Abis semua file kat dalam tu..gambar-gambar kenangan saya..dan draft entri saya.
Sedih..update blog guna tab memang leceh sikit. Lain saya tekan lain yang keluar.
Lagi satu , tak puas sebab jari-jari saya tak menekan keyboard.

Mujurlah ada laptop yang lama terperap dalam almari..
Laptop ni terbiar berhabuk sebab tak boleh on. 
Riben kat power on off button tu dah tercabut pasal klip dia dah patah.

Saya pun try la godek sana sini..tryla sambung balik guna kepakaran saya yang ciput ini..
Ha..tak sangka boleh on pulak..tapi yang tak bestnya saya tak boleh log in ke administrator password.
Dekat setahun dah lap top ni tak on, semua user password saya dah lupa.
Cari kat google dan youtube..kebanyakan tutorial nak reset administrator password ni kena download, pastu burn kat cd atau copy kat USB drive. Kalau nak download ni leceh..dahla internet kat rumah kejap naik kejap turun ikut suka hati dia..lagi satu internet yang berkapasiti kuota terhad ni agak kureng sesuai untuk mendownload file yang besar gedabak tu.

Dan lagi satu saya takde cd untuk di burn kan..
USB saya pulak penuh dengan cerita Upin Ipin dari pelbagai musim.
Dah cuba kat command prompt, masih tak boleh tukar password atau create new password atau remove password tu. Acces is denied…hampa lagi..

Acaner ni..apa yang perlu saya lakukan sekarang.
Adakah insan-insan di luar sana yang sudi membantu tanpa mengharapkan balasan?
Yang ikhlas dari hati memberikan panduan dan nasihat memimpin saya ke jalan yang membolehkan saya buka administrator password dengam mudah?

Huh….

You Might Also Like

0 comments: