DIY: Balut Buku Dengan Fabrik

Projek semalam..
Sempat saya ber DIY semasa Syifa sedang lena di buai mimpi.
Dulu masa sekolah tak pernah balut buku dengan kain, sebab masa tu belum ada pinterest. Hihi..
Sekarang dah maju ke hadapan, kita boleh menjadi kreatif dengan idea-idea yang superb kat pinterest.
Salah satu daripadanya ialah membalut buku menggunakan fabrik.
Kalau ada lebihan fabrik kat rumah tu, apa mak-mak cakap..kain perca ye..
jangan di buang,  simpan..boleh balut buku.


 
Sediakan gunting, gam, pen untuk menanda, buku yang nak di balut
 dan paling penting ialah kain.


Disebabkan notebook saya ni jenis spiral binding,
 jadi saya tanggalkan cover depan dan belakang.
Kalau buku yang takde binding kat tepi tu boleh terus balut.
 Lagi senang.
Saya saje nak buat yang susah..Mencabar diri sendiri la konon.. :P



Lepas dah tanda kat kain ukuran buku tu, guntingkan kain tersebut.
Saya menggunakan kain bercorak garisan ni, 
senang, terus gunting ikut corak garisan pada kain tu.



Seterusnya sapu rata gam pada kain.  
Saya guna white glue, memang sesuai untuk buat kraft macam ni
 Agak kuat berbanding gam cair yang transparent tu. 
White glue saya beli di kedai Mr DIY.



 
Kemudian balutkan kain tadi pada kulit depan dan belakang notebook.
Masa nak balut ni kena betul-betul ratakan kain
 dan kalau kain jenis stretchable tu 
perlu tegangkan supaya tak berkedut-kedut.



Kat depan dah cover, 
kat bahagian dalam notebook 
mesti nak nampak kemas jugak kan.
Jadi, saya ambil lebihan kertas daripada projek DIY yang lepas
 dan tampalkan kat bahagian dalam notebook.



 
Ini proses menebuk lubang pada bahagian tepi notebook saya, 
supaya saya boleh masukkan cover notebook ni dalam spiral binding.
Kena buat dengan berhati-hati supaya tak terrr rabak notebook saya.



 
Kemudian masukkan semula notebook yang berwajah baru itu
 ke dalam spiral binding.



Tarraaa!!..dah siap..tapi 
nampak macam biasa je kan..Takde penyeri di situ..
 Kena tambah sentuhan kreatif lagi ni..ececeh..



 
 Final product.
Ambil ribbon dan tampalkan di bahagian tengah notebook.
A B C dan bentuk burung tu ada ekstra masa deco-deco bilik Syifa hari tu.
Belasah je la..letak kat situ.



Ni ada beberapa lagi buku yang telah saya balutkan menggunakan lebihan fabrik.

Aktiviti yang seronok di lakukan bersama dengan anak-anak di rumah.
Mak-mak boleh tolong anak buat scrap book lepas ni.
 Ikut kreativiti masing-masing.

 Jom tengok ni:
































7 comments:

  1. comel..

    kalau beli kat kedai pun dah bape ringgit kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu wat sendiri special sikit..murah dan jimat..

      Delete
  2. Replies
    1. Hihi...trima kasih fizah..ms tgh rajin gini la kejadiannya..

      Delete
  3. Replies
    1. Musim rajin skrg ni yana..cengginilah.hihi
      mekacih dtg jenjalan kt sini..

      Delete
  4. nice sharing kak.. memang lawa sangat especially yang pink tu.. cute je hehe

    ReplyDelete




My Instagram