DIY Paper Bag


Terlupa nak beli paper bag di saat-saat kecemasan...
Encik Hubby saya ni kalau nak pergi satu tempat tu kena terus pergi, 
 tak suka nak menyinggah kat mana-mana.
Nak cepat..takut lambat sampai ke destinasi, katanya..

Okey..takpe jom kita buat sendiri paper bag yang special ni 
sebab hasil dari air tangan kita sendiri kan..ececeh..


Bahan-bahannya:
Gunting
Wrapping  paper
Double solitape (takde dalam gambar)
Solitape
Ribbon
Puncher

Mula-mula lipat wrapping paper kepada dua bahagian, 
satu untuk bahagian depan dan satu lagi untuk bahagian belakang.

1) Gunting wrapping paper yang telah di lipat tadi 
mengikut ukuran yang di kehendaki.
Saya ikut lebih kurang saiz separuh daripada kertas A4.

2) Buka lipatan kertas tadi dan lipat sebelah kertas 
mengikut garisan lipatan di tengah-tengah.

3) Lipat kertas yang di sebelah lagi sampai kedua-dua belah kertas itu 
bertemu di bahagian tengah.

4) Ambil solitape dan lekatkan supaya wrapping paper itu bercantum.



Sekarang kita lipat pula bahagian sisinya.
Dah nampak sikit bentuk paper bag ni..


1) Lipat bahagian bawah kertas.

2) Sekarang kita buka semula lipatan tadi dan 
lipat kertas ke bahagian dalam paper bag.
Buat yang sama di kedua-dua belahnya.

3) Letak double solitape dibahagian tepinya.

4) Lekatkan bahagian bawah paper bag ini dengan double solitape.


Lipat ke dalam bahagian atas paper bag ini untuk nampak lebih kemas.


Buat lubang di bahagian atasnya dengan menggunakan puncher.


Masukkan ribbon ke dalam paper bag yang telah di tebuk tadi.
 dan ikatkan mengikut kreativiti.
.

Dah siap..Paper bag buatan sendiri.


Boleh letak hadiah untuk di berikan kepada sahabat handai mahupun jiran tetangga.

Baca lagi :






















6 comments:

  1. Pernah belajar buat ni dulu and sangat senang tapi bila dah lama tak buat jd lupa. Boleh buat as doorgift bag. TQ ^.^

    ReplyDelete
  2. seriously memang comel sangat ^^ boleh lah try nanti.. nak buat pun senang je kan

    ReplyDelete
  3. wah menarik tutorial ni, boleh saya try nanti =)

    member #157

    ReplyDelete
  4. saya suka..
    sebab comel.

    sebab polkadot
    suka..suka..

    ReplyDelete
  5. hai

    kalau malas nak DIY, bole beli je dekat kami :)
    tq tuan tanah

    For doorgift paperbag & sticker. Our blogshop click >> CARDBYMYAN


    tq :)

    ReplyDelete




My Instagram