Hari Mengemas Dressing Table

9:30:00 am Sha Nazri 4 Comments

Dah lama habuk-habuk bermaharaja lawak di atas dressing table saya.
Hari berganti hari saya cuba memotivasikan diri ini 
untuk segera menyucikan dressing table itu dari debu-debu kotaraya.

Tiba-tiba saya teringat kawan-kawan kita yang terlibat dalam bencana banjir.
Walaupun mereka bukanlah di antara kawan-kawan 
atau kenalan yang saya kenal, 
tapi sebagai seorang manusia pasti anda dan saya terasa sayu 
melihat mereka yang sedang dilanda dugaan banjir ini.

Saya tidak mampu pergi ke sana menghulurkan bantuan,
 tetapi saya percaya doa kita semua supaya mereka selamat..
mudah-mudahan mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Berbalik kepada mengemas dressing table.

Dressing table saya ni ada bahagian rak dan laci. 
Saya mulakan dengan menyusun atur bahagian laci.

Mula-mula sekali kena keluarkan
 semua barang-barang purba yang di sumbat dalam laci tu.
 Ambil mana yang perlu dan penting sahaja.
Saya tak nak tunjuk gambar masa laci bersepah 
sebab saya seorang yang pemalu. 
Malu nak tunjuk dengan masyarakat di sekeliling saya.


Rule number one, kena bersihkan dulu dressing table ni.
Lap habuk-habuk yang melekat kat sekitarnya. 
Banyaknye habuk ni..tah datang dari mana..
Ni baru sebulan tak bersihkan. 
baru sebulan? Terkurang rajin..camnilah kejadiannya. hihi..


Ini antara bekas yang saya akan gunakan untuk 
menyusun atur barang di dalam laci dressing table.
Barang yang tak digunakan di rumah, saya guna semula. 
Antaranya ialah yang warna putih tu bekas untuk ice cube,
  kotak jam tangan dan bekas untuk bussines card
 Encik Hubby yang dah berzaman tak di sentuh.  


Saya lapikkan laci dengan alas yang saya beli di Mr DIY. 
Saya guna lapik corak polkadot sama seperti dalam
 almari dapur yang saya pernah cerita DI SINI.
Bekas tadi semua saya susun dalam laci yang pertama ni.


Bekas ais ni saya letak barang-barang 
make up yang tak seberapa tu. Sikit je sebab saya jarang make up.
Natural beautylah sangat..hihi.. :P


Bekas kotak jam pula saya letakkan aksesori seperti gelang dan rantai.


Brooch dan pin tudung saya masuk semua kat dalam tempat ice cube ni.


Susunan dalam laci yang pertama.


Kotak ni saya potong dan balut untuk susun barang dalam laci.
 Laci kat SOHO saya pun saya buat macam ni. Saya pernah share kat SINI.

Laci nombor dua: Antara barang Encik Hubby yang sangat sikit kuantitinya.
Mana yang tak perlu letak kat dalam laci, saya dah bungkus untuk simpan kat tempat lain.

Jom tengok apa yang ada kat laci nombor 3.

.
Saya susun shawl dan inner kat dalam bekas tipuware. 
Muat-muat je kat dalam laci tu.
Kat sudut tu saya letakkan ubat serai wangi 
yang dah diproses dalam bentuk kiub tu
untuk menghindari daripada lipas berumahtangga kat situ.


Laci yang last sekali saya susun stok bulanan untuk kaum hawa.
 Kalau dalam plastik nampak agak bersepah.  
 Bila susun macam ni dah tau tinggal berapa keping, senang nak topup.

Iye..free tak payah bayar.


Kesimpulannya laci untuk simpan barang-barang saya ada 3
 dan untuk Encik Hubby hanya ada satu sahaja.
 Nampak tak ketidakadilannya di situ.

Sekian dulu sesi mengemas laci untuk kali ini.
Cik Syifa dah mula merengek..
Nanti saya sambung balik cerita ni.























You Might Also Like

4 comments:

  1. wow rajin nyew... sgt organize.. n kemas n jantik..

    ReplyDelete
  2. Kemasss..
    Meja sy pun bukan main tebal lg habuknya

    ReplyDelete
  3. rajinnye..saya punya dressing table pun lebih kurang sama design dgn awak.
    mls sgt nak lap sebab mudah berhabuk..
    nak tanya yang ketulan serai wangi tu beli kat mane sebab laci saya byk sgt tahi lipas..stress la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serai wangin yg ketul tu sy bli dekat giant..tp susah nk jumpa..sy jumpa pun dekat raknyg bwh skali kat bhagin ubat nyamuk..aritu sy nk beli..g cari dh xde...

      Delete