Kisah Mengemas Dressing Table Lagi

Sambungan mengemas dressing table dari entri yang lepas.
Satu dressing table ni amik masa 2 hari nak kemas..
Betul-betul busy women lah.. :P
Bahagian laci saya dah cerita hari tu.
Ni nak kemas bahagian atas dressing table pulak.


Atas sekali ialah barang penjagaan diri untuk saya.
Ini hanya untuk produk yang jarang saya guna, 
 seminggu 2 atau 3 kali je pakai.
 Contohnya macam losyen, krim malam dan  krim siang. 
Tengok kerajinan saya nak pakai ke tak.
Cekak rambut dengan getah rambut saya sangkut
 dekat hook yang saya tampalkan kat situ.
Benda ni bila nak pakai, selalu tak jumpa, 
terutama sekali getah rambut.
Kat tepi yang dalam bekas biru tu Encik Hubby punya 
barang untuk penggunaan yang kerap.
Kalau letak kat rak belah dalam, Encik Hubby cakap lambat nak tarik sliding cermin tu..
 so saya layan kan je la.
 Letak kat tepi tu bahagian atas sekali, ikut pilihan Encik Hubby.


Barang Encik Hubby susun kat para nombor 2.


Kat tepi dalam bekas biru tu baranng saya, antaranya 
sikat, losyen dan krim. Ni untuk penggunaan hari-hari. 


Last sekali ialah Cik Syifa punya bedak, losyen, baby oil dan krim ruam.



Kat luar dressing table ni memang saya tak letak apa-apa barang sebab 
Cik Syifa pulak buat projek nanti.
Pernah sekali saya terlupa simpan losyen, 
abis losyen 1 botol di sapunya dekat teddy bear.
Nanges .!
Sebab tu semua barang saya simpan di tempat yang selamat.

Dah siap kemas..pasni kemas peti ais pulak kalau rajin..hihihi.. 


Takziah untuk keluarga penumpang dan anak kapal AirAsia QZ8501.Semoga tabah menghadapi ujian ini..









4 comments:

  1. Ada ank kecik mmg xleh letak apa2 brg scara terbuka kan, bahaya, hehe.

    Dh kemas dah, bru hepy nk tgok cermin, hehe

    ReplyDelete
  2. Hehehe samalah kita dressing table dah jadi togel sebab anaksuka 'mengemas' hehehehe.

    ReplyDelete
  3. Waaa congrats! Nad punya dressing table kan macam emmm is that a dressing table? Hhahaha too messy

    ReplyDelete




My Instagram