Lupa Password Administrator dan User Window 7, Ini Caranya..

Assalammualaikum..

Hari tu saya ada meluahkan perasaaan dukacita pasal netbook yang dah musnah.
Jadi terpaksalah saya guna laptop Compaq sekarang ni. Laptop ni dah 2 tahun terperap didalam gobok, kerana kecederaan pada bahagian button on/ off. 
 Selepas menggodek bahagian dalaman laptop ni, barulah ia dapat dihidupkan semula.
 Tapi, masalah lain pulak timbul..Saya lupa password administrator. 
Bila password administrator ni tak boleh dibuka,
 problem lain datang berjimba-jimba. 
Nak install dan uninstall  apa-apa pun susah. 
Bagi saya yang kurang pakar dalam IT ni terpaksalah 
saya membuat research berjam-jam. 
Akhirnya saya telah mendapat penyelesaian 
untuk reset password administrator atau password user lain dalam laptop.

Jadi saya nak share sikit 
 proses untuk unlock atau delete terus user password kat dalam laptop. 

Mula-mula sekali kena sediakan bahan-bahannya (dah macam resepi pulak)
1)      Pendrive atau USB flash.
2)      Download Software application USB Password Reseter


    Lepas download USB Password Reseter 
extract fail kat desktop atau mana-mana yang senang nak jumpa,
 pastu copy semua fail tu dalam USB. 
Penting! Jangan masukkan fail kedalam folder.



Dah copy fail tadi ke USB? Kalau dah meh buat step seterusnya seperti di bawah:

1)  Pergi kat Start Menu ->Run -> taip CMD untuk buka Command Prompt.

2)  Dah buka Command Prompt kan..okey sekarang taipkan drive USB. 
Macam saya punya USB kat drive G, jadi saya taip G:  dan tekan Enter

3)  Lepas tu taipkan pula syslinux.exe -ma g:  dan tekan Enter .
4)  Cabut USB tadi dan Shut down laptop.

Dah abis dah..eh..belum lagi bai..ada lagi step yang kena buat pas ni.
Sekarang kita kena boot laptop dengan USB drive.

Caranya seperti di bawah.

1)      Mula-mula kena on laptop dulu. Tengok dekat  skrin laptop tu (kat bawah sekali)  
- Press ESC to Enter BIOS atau Press F2 to Run Setup.  Kena tekan keyboard yang diminta cepat sebelum Windows start loading. Biasanya arahan untuk enter BIOS Setup tu muncul dalam 1-2 saat je. Kalu lambat Windows dah start loading. Tapi jangan risau kalau tak sempat tekan keyboard..tunggu je Windows abis loading, lepas tu restart laptop semula. Next time kena buat dengan pantas..be ready next time, okey?

    Macam laptop Compaq CQ40 saya ni arahannya ialah tekan ESC. Laptop lain mungkin berbeza cara nak enter BIOS.  Kalau press on time, BIOS screen tu akan muncul. BIOS juga di kenali sebagai CMOS setup program.

Lepas tu akan keluar screen macam ni.
Saya tekan F10 untuk masuk ke BIOS Setup.


Dah sampai screen BIOS tu (background biru) pegi ke
System Configuration--> Boot Options-->Boot Order-->USB  CD/DVD ROM Drive. 
Penting untuk tukar kedudukan USB CD/DVD drive kat atas sekali supaya nanti laptop akan Boot daripada file yang telah di copy ke dalam USB tadi. Jangan lupa untuk Save.
Contohnya laptop Compaq saya tekan F10 untuk Save and Exit. Arahan untuk select dan tekan key mana satu semua boleh refer kat screen laptop masing-masing.  
Lepas tu Windows akan terus start.


Next step, bila Windows dah abis loading, shut down laptop lagi sekali. 
 Masukkan semula USB tadi ke USB Drive. 
On laptop dan screen seperti di bawah ini akan muncul.
Kemudian tekan Enter.


 Kemudian akan muncul paparan seperti di atas. 
Ini untuk pilih di mana letaknya System Windows dalam laptop. 
  System Windows dalam laptop saya diletakkan dalam pilihan No 2
Jadi saya tekan No 2 dan tekan Enter.


Bila muncul macam ni tekan Enter.
(Nota kaki: Kalau Windows/System/Config tu tak bergerak ke paparan seterusnya, 
cuba tukarkan System Windows kedalam pilihan No 1)


Pastu bila dah keluar rupa macam ni kena pilih mana satu pilihan hati.
Macam saya nak reset password, jadi saya tekan No 1 dan tekan Enter.


 Tekan No 1 untuk Edit User Password dan tekan Enter.


Lepas tu anda akan ditunjukkan table yang mengandungi Nama User dan Admin.
Taip nama user yang anda nak edit, Contoh saya pilih untuk edit nama “anis” jadi saya tekan Enter.
Kalau nak padamkan “administrator” taip je Administrator.
Sebelum ni saya dah delete password untuk administrator, so sekarang saya nak remove password untuk user lain pulak.

Akan keluar paparan macam ni yang mengandungi list seperti di bawah:
            1. Clear User Password
            2. Edit User Password
            3. Promote User
            4. Unlock & Enable User Account 
Biasanya guna No 1 dan No 2 sahaja. Kalau dah terrer suka-suka hatila nak pilih yang mana.
Saya tekan No 1 iaitu Clear User Password untuk padamkan password  user tersebut. Tekan Enter.


Lepas tu akan muncul Password Cleared ! "

Tekan Enter.



Tekan " ! " dan tekan enter


Tekan " " dan tekan enter

Tekan " y " dan tekan enter.


 Bila muncul paparan ini:
*****Edit Complate***** " Tekan Enter.


Last screen yang menuju kepada kejayaan misi meng edit/ delete password.

Kemudian tekan " Ctrl + Alt + Del " untuk restart laptop,
 dan terus cabut USB Flash Drive.
Bila dah loading ke User, cuba klik pada User Administrator tu.
User/ administrator dah tak de password. Memang berkesan pada laptop saya.

Cara ni hanya boleh guna kat PC atau laptop kepunyaan diri sendiri kat rumah je tau.
Jangan buat naya kat PC orang lain atau PC kat ofis ye..Tak sihat tu..

Saya telah berjaya menghilangkan password pada user yang lain jugak.
Kalau ada salah silap saya minta maaf dan sifu-sifu IT tolong bagi tunjuk ajar mana-mana yang terlebih atau terkurang. Kita sama-sama berkongsi ilmu. Sharing tu kan caring namanya.

Misi saya telah berakhir.
Sampai di sini sahaja.. Bye!


5 comments:

  1. terorrrnya awak :)
    kak mieja pon tk pandai bab2 nie...kena panggil cik hubby buat...especially kalau ada tulisan cacing hikssss.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish..Xdela terrer kak..bpeluh gaks tiak buat ni :)

      Delete
  2. camne nak buat bila share fail bla nak buka dia mtak pssword pc yang share fail tu tapi lupa password...

    ReplyDelete




My Instagram