Rangupnya Potato Fritters

Rangup dan enaknya potato fritters ni..
Sekarang menjadi kegemaran di rumah saya.
 Mak, bapak, nenek dan si kecik Syifa tu kemain minat lagi.
 Sebab tula saya dah mengulang 3-4 kali membuatnya.
Resepi simple je. 
Tapi kerangupan dan rasa lemak dari kentang tu menjadikan ia sangat best.
Snek yang mudah disediakan untuk minum petang untuk seisi keluarga. Tak gitu..
Dah macam iklan pulak. Jom tengok resepi dulu. 
Resepi ni dari faceebook sape tah..dah lupa..
minta halal kan ye resepi..saya tepek kat sini, 
mudah-mudahan tuan punya resepi dapat pahala 
berlipat kali ganda kerana share resepi ni. 

Bahan-bahannya:
3 biji kentang
4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum
1 biji telur 
Daun bawang
Serbuk lada sulah
Garam dan serbuk perasa
Minyak masak untuk menggoreng

Optional:
(Saya tambah sendiri)
Ikan bilis
Bawang besar  (potong dadu)
1 batang Carrot (sagat halus)

Cara-caranya:
Campurkan tepung jagung, tepung gandum, garam, 
serbuk perasa dan serbuk lada sulah dalam mangkuk. 
Biarkan sekajap sebab kita nak bersihkan kentang pulak lepas ni.
Sagatkan kentang menjadi halus. 
Masukkan daun bawang, bawang besar, ikan bilis dan carrot yang disagat.
 Gaulkan semua. Masukkan pula campuran tepung yang kita sediakan sebentar tadi. 
Kemudian masukkan pula sebiji telur. Gaulkan sampai sebati.


Adunan yang telah di gaul hingga menjadi mesra semuanya.


Sudukan adunan  tadi dan tekan sedikit dibahagian tengah supaya bentuknya leper sikit. 
Barulah garing dan rangup kan..
Panaskan minyak dan goreng dalam kuali hingga warna keemasan.
Kuali jagan panas sangat nanti hangus pulak..
ni berdasarkan pengalaman sendiri,..hikhik


Dah siap..
Makan dengan mayonis dan cili sos.
Krup krap krup krap..
Nyum..nyum..


2 comments:

  1. Salam..

    Singgah di waktu pagi..

    ReplyDelete
  2. memang sedapp kan..buat banyak2 simpa lam peti. balik keje boleh goreng.

    ReplyDelete




My Instagram