Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]


Sape suka shopping angkat tangan...Saya suka..saya suka..

Lazada salah satu tempat yang sering menjadi "shopping mall" saya di rumah.
Bak kata pepatah Lazada, kenapa perlu bersesak sedangkan anda boleh membeli belah di rumah.

Kalau saya diberi RM1,212 untuk shopping, salah satu senarai barang yang menanti dalam wishlist saya ialah Asus Transformer Book macam kat bawah ni. 

RM 1,199.00

Mengidam nak beli Asus Transformer Book ni sebab nak menggantikan netbook Asus pink saya yang dah rosak tu.

And the best part is..Asus Transformer Book ni boleh jadi laptop dan boleh jadi tablet jugak tau.
Tanggalkan je screen tu, dah jadi tablet dan bawa la pergi mana-mana.
Beratnya cuma  0.57kg je..ringan..senang nak bawa dalam beg comel gaya mak-mak tu kan.
Oh Asus...idaman kalbu..
Tenung gambar je la dulu sambil berdoa di murahkan rezeki...hehe..

Pilihan hati saya tetap Asus kerana pengalaman menggunakan Asus Netbook selama hampir 5 tahun, tak pernah mendukacitakan. Netbook saya yang rosak baru-baru ni pun kerana hasil kreativiti tangan si kecik Syifa yang nak jadi jurutera komputer. Salah saya jugak..letak merata-rata..Tampo diri sendiri..pang..pang..pang..

Ada banyak lagi produk yang menarik kat LAZADA.
Diskaun hebat dan harga yang menarik ditawarkan pastinya memikat selera shopping anda dan saya jugak. he..he..

Korang pulak macamana? 
 Apa yang korang teringin nak beli jika diberi RM1,212?

Mana tahu anda salah seorang pemenang yang bertuah.
Bak kata nenek-nenek zaman dulu,
tuah ayam nampak kat kaki..tuah manusia hanya Tuhan saja yang tahu..

Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.


5 comments:

  1. Good Luck!!!

    Jemput follow ye..tq

    http://teratakcassia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. fuhh bes gak asus transformer nih kak! all d best. sy pon join berangan hehe

    http://ana-mizu.blogspot.com/2014/12/shopping-rm1212-at-lazada-malaysia.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom brangan..tp jgn smpi lupa daratan..hihi.. :)

      Delete




My Instagram