Tutorial Melipat Stokin

Nak lipat stokin pun ada tutorial?..Mestilah..
Pada yang dah tahu tu, dok diam-diam..Tengok gambar stokin je la..

Dulu saya tak lipat stokin, tapi saya gulung je. Malas...
Tapi bila gulung stokin kedalam stokin lagi sebelah tu, getahnya akan cepat kembang.
Bila pakai stokin kembang kan tak best, baru jalan 5-6 langkah stokin dah terlucut.
Stokin ni kebanyakannya di miliki oleh Encik Hubby.
 Saya pun pinjam stokin Encik Hubby. Tupun pakai masa dalam pantang.

Teringat zaman sekolah dulu, stokin yang kembang tu saya ikat dengan getah.
Bila balik sekolah, buka stokin, kaki berbirat, kesan dari ikatan getah. Kesian..

Tuan-tuan dan puan-puan,
hari ni saya sangat rajin sebab nak share cara melipat stokin dengan penuh kasih sayang.
Cara ini berkesan hampir 90% dapat sedikit sebanyak membantu melambatkan proses pengembangan getah stoking. 
Acaner? Ready nak lipat stokin? Jom sertai saya sekarang juga! 


Mula-mula sekali kena sediakan sepasang stokin dengan
berbekalkan semangat Malaysia Boleh.
Maklumlah..tengah demam bola,
 nak tengok Malaysia menang lawan Vietnam kan..


Ratakan stokin seperti dalam gambar tu  
dengan bahagian pada tumit stokin tu lipatkan ke dalam.


Dan jadilah ia macam ni.


1)      Letakkan sebelah stokin di atas pasangannya (macam bentuk T).
2)      Ambil bahagian sebelah kanan dan lipatkan.
3)       Bahagian yang terlebih tu selitkan kedalam.
4)      Ambil bahagian satu lagi dan lipatkan lagi.


1)      Sekarang stokin dalam keadaan lurus. Lipat stokin sekali lagi.
2)      Lipat lagi sekali. Kita main lipat-lipat je. Hehe..
3)      Bila dah hampir ke hujung tu, ada sedikit ruang kat stokin tu. Buka ruang tersebut.
4)      Selitkan stokin di bawah ruang itu..


Dah siap lipat.
Mana satu lebih kemas?

Mesti ada yang malas nak lipat macam ni kan..Nampak macam rumit je.
Tak la..mula-mula memanglah rasa macam susah, sama macam saya dulu.
Tapi bila dah biasa lipat macam ni, laju je. Tak susah pun, malah lebih seronok sebab stokin nampak lebih kemas dan teratur bila di susun dalam almari.


Susun dan simpan kat laci dalam almari.

Sepanjang saya lipat stokin cara ini, kes kehilangan stokin di rumah telah menurun sebanyak 100%. Tidakkah itu satu pencapaian yang membanggakan untuk diri sendiri, apatah lagi saat di puji oleh Encik Hubby..”ha..macam ni lah baru kemas , teratur dan sistematik”.

Jom tengok:
Ketahui Tempat Di Malaysia yang Menarik Dikunjungi



11 comments:

  1. suka idea ni..hasil yg kemas dan sgt bagus diamalkan..:))

    ReplyDelete
  2. Wah..sifu susun atur dtg singgah sini..trima kasih fizah..

    ReplyDelete
  3. Idea kreatif, bolehlah buat lepas ni.. :)

    ReplyDelete
  4. lepas ni nak cuba cara ini lah... sebelum ni saya selalu gulung aje, tp x terfikir pulak yang getahnya boleh cepat longgar.. stokin kat rumah saya pun selalu hilang. bila selongkar dalam beg sek anak ada 10 pasang dalam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lipat mcm ni lebih tersusun..dulu sy pun gulung jugak..skrg smua stokin dh lipat mcm ni

      Delete
  5. Hehhhe...cute.boleh cuba kat rumah...:-)

    ReplyDelete
  6. wahhh...kreatif betul cara lipat stokin. hee..sy main gulung2 je..lepas tu siap. hahaa. so, memang xdptlah kemas mcm ni

    ReplyDelete
  7. biasanya ina lipat stokin yang macam sebelum tu hhahah jadi bentuk donut :p lepas ni boleh lah try yang selepas punya tu ^^

    ReplyDelete




My Instagram