Mari Membuka dan Memasang Tombol Pintu

8:30:00 pm Sha Nazri 33 Comments

Hari tu saya pasang tombol pintu bilik...berpeluh tiak, bukan sebab memasang tu susah..tapi sebab cuaca panas sangat sekarang ni..Puan-puan di rumah pun boleh pasang tombol pintu. Bukan susah sangat pun..cewah..lagaknya awak..
Betul ni tak tipu..kalau saya berjaya pasang, saya percaya puan-puan kat luar sana lagi terror pasang tombol daripada saya. Saya memang suka cuba buat sendiri benda-benda macam ni. Seronok! Tak payah tunggu Encik Hubby..Kalau nak tunggu jugak alamatnya esok, lusa, tulat, lagi satu tulat, 2 tulat,..bertulat-tulat la menunggu..Jom.. saya nak kongsikan hari saya bersama tombol pintu.



Mula-mula saya nak tanggalkan skru kat tepi penyendal tombol yang lama.



Cucuk pin kecil/ skru driver dalam lubang yang kecil  tu. Tekan kat dalam lubang tu  sambil menarik tombol tu ke luar. Kalau susah nak tarik pulas kiri kanan. Banyak-banyakkan berselawat bila tarik ni supaya tak histeria bila gagal menarik tombol. Yang penting sabar..



Okey dah boleh tarik pun..



oh ya! lupa lak nak tanggalkan benda ni lepas bukak skru tadi..



Kemudian buka bahagian ni..Saya guna pisau lipat untuk regangkan  bahagian ini sebab ketat sangat.


Buka skru di bahagian piring yang dalam tadi


Okey sekarang semua skru dah buka, tanggalkan benda yang berbentuk macam piring terbang ini.



Weeee! tombol rosak yang berjaya di tanggalkan daripada pintu.



Sekarang tiba masanya saya memasang tombol pintu yang baru..Get ready? Okey set...go!!


Set tombol berharga RM10. Murah jer..tak terkilan sangat kalau nak pindah nanti sedekah je kat tuan tanah..  Susun elok-elok sekali dengan pemutar skru.



Cari lubang kecil kat tombol dan gunakan pin yang disertakan sekali dalam kotak tombol. Cucuk pin ke dalam lubang kecil pada tombol tadi. Caranya sama 
macam masa tanggalkan tombol tadi.  Pulas dan tarik....you can do it!



Okey dah berjaya leraikan tombol yang baru. Susun elok-elok ikut turutan demi memastikan fikiran tak bercelaru.



Next step ye puan-puan.. Masukkan tombol yang tinggal macam rangka tu ke dalam lubang kat pintu dari luar ke dalam. Tengok betul-betul kat bahagian tepi  lubang tu. Tombol itu mesti berada dalam keadaan seperti gambar di atas. Itu lubang untuk joinkan tombol dengan penyendal seperti di bawah.


Ini ialah penyendal tombol pintu yang akan dipasang dekat tepi lubang tadi. Kalau tekan kat tepi penyendal tu ada besi yang keluar. Yang tu kita nak joinkan dengan lubang pada tombol tadi.


Kedudukan tombol dan penyendal (tanpa pintu)..Yang ini saya nak bagi lebih clear. Penyendal tadi akan dimasukkan dalam lubang tombol supaya bercantum dengan tombol tadi. Macam bentuk T..



Okey sekarang saya masukkan tombol sambil menekan punat penyendal tadi kedalam lubang di tepi tombol pintu tadi. Cuba pulas dulu ke kiri dan ke kanan. Kalau penyendal tadi bergerak keluar masuk maknanya misi anda hampir berjaya dilaksanakan.



Ketatkan skru pada penyendal. 




Masukkan piring yang kita cerai-ceraikan tadi ikut turutan. Jangan ketinggalan untuk skrukan encik piring ini.




Masukkan pulak cover depan untuk piring tadi. Ketatkan dan rapatkan sampai pintu. Yang ini boleh adjust untuk tombol yang dibahagian luar dan dalam ikut ketebalan pintu tu.



Pasangkan kepala tombol ni. Tekan sikit.



Done!! Misi telah berjaya! Siapa kata puan-puan tak boleh buat? 
Jika saya kata saya boleh..saya mampu boleh melakukan!..
 Jika saya kata ragu-ragu...apapun tak boleh..

PENAFIAN
Pihak penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian atau kemalangan daripada entri ini. Ini adalah cara saya memasang tombol pintu. Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dan mungkin akan berbeza-beza mengikut fahaman masing-masing. Entri ini adalah untuk perkongsian di alam maya sahaja dan tidak berkaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. 

Sekian. terima kasih.
Take Care!




33 comments:




Meyimpan Stok Ubat Di Rumah

5:33:00 pm Sha Nazri 8 Comments

Tekak gatal macam nak masukkan tangan garu dalam tekak...
gile ko..macam terrorist jer gayanya..
Hari ni kurang selesa dengan hidung tersumbat..batuk..uhuk! uhuk!
Begitulah situasi yang sedang saya alami saat ini. Minggu ni penuh dengan irama bersin dan batuk berkahak..mengiringi setiap langkah saya.. Ayat novel tak tahan tu!
Cik Syifa pun last week demam..Encik Hubby je setakat ni sistem pertahanan badannya masih belum dapat ditumpaskan oleh bakteria-bakteria jahat.
Masa musim penyakit berantai ini kena pastikan makan ubat dengan berhemah..tak boleh hold dulu..nanti makin parah. Siapa yang rugi? Kita semualerrr..kata kartun Pak Abu sempena kempen anti rasuah. Amende ni..tak berkaitan langsung dengan kempen anti rasuah tu..
Okey..mukadimah jer dah berjela-jela kan..moh la kita tengok apa niat sebenar yang cuba saya sampaikan disini.


 Hadirin hadirat yang dihormati sekalian..
Ini adalah laci kecil yang bertingkek-tingkek..dan disebelahnya ialah bekas tipuware..
Nampak kosong..kosong..oo..o...o....kata Wawa Latif..tapi takpe kerana saya akan mengisi kekosongan itu dengan....

jeng..



jeng..




jeng...



 Ubat-ubat yang berselirat di rumah saya.
Ubat yang lama dah bercampur aduk dengan yang baru. Selalunya saya letak ubat dalam bakul putih tu. Masa dah nak tercirit barulah terhegeh-hegeh mencari. Bila nak cari ubat, bertambah sakit sebab ambik masa nak tengok satu-satu..Jadi saya pun membuat siri penyisihan ubat...hanya ubat yang baru dan belum tamat tempoh lagi saya simpan dan yang lain saya kumpul dalam plastik untuk dinyahkan dari diari kehidupan saya.  


 Kemudian saya letak dalam bekas bertingkat ini dan saya labelkan bekas ubat ini mengikut penyakit. 
Kalau selsema mesti kawan-kawan dia batuk, sakit tekak, demam..Tingkat kedua untuk tahan sakit dan antibiotik. Level nombor 3 pulak untuk penyakit yang melibatkan perut seperti cirit-birit, angin dan gastrik. Level nombor 4 saya letakkan termometer, syringe dan scoop ubat cecair.Kan senang nak cari...



 Tidak dilupakan bekas tipuware tadi, saya letakkan ubat cecair seperti ubat batuk dan gastrik.



  Lagi satu bekas ini untuk ubat yang tidak boleh di makan..macam ubat sapu, minyak gamat, minyak cap kapak, ubat demam yang masuk pung**** untuk Cik Syifa dan lain-lain lagi..

Update: Ubat pung**** dah msuk dlm esbok atas nasihat pakar-pakar Yun Nam..  :)




Inilah dia keluarga ubat saya. Yang tinggi bertingkat tu Pak nye, diikuti oleh Mommy dia and lastly anak dia yang paling pendek tu. 
Welcome to our family. 

Sekian
Take Care!








8 comments:




Memasang Wayar Plug 3 Pin

5:08:00 pm Sha Nazri 0 Comments

Assalamualaikum...
Teringat waktu zaman tadika dulu..ada permainan kanak-kanak ribena...kum ape..kombat, bat ape ..batmen, men ape..mentol..tol ape..tolak..lak ape..laksa..sa ape..sagu..gu ape..gule..le ape..lempang..pang ape..ape-ape jela...haha..dah bosan..
So..jadi.. so dah ada letak jadi lagi..bukankah sama maksudnya itu?? Apekah? Tak faham? takpe..Saya faham..
Apa ceritaku hari ini? Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk..
Mari Memasang wayar untuk plug 3 pin..

Pada zaman sekarang, ada seorang Housewife of Ampang ingin memasang plug 3 pin. Tanpa membuang masa, dia pun bergegas menyediakan peralatan yang terbabit dalam proses pemasangan itu. 


Gambar menunjukkan pemotong kabel (berada di sebelah kanan sekali) bersama rakan-rakan sekelasnya iaitu screw driver philips dan screw driver flat.
Jangan lupa kabel dan plug 3 pin (rujuk gambar di bawah) untuk dikerjakan sekejap lagi.



Pada mulanya saya yang memegang watak Housewife of Ampang itu telah membuka skru plug 3 pin dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, sambil duduk bersila diatas kerusi.



Kemudian ambil wayar kabel tadi dan potong hujungnya lebih kurang 0.5 cm atau ikut kesesuaian kat plug. Awas jangan potong semua!!..sebab hujung dawai tu nak masuk dalam lubang kat plug 3 pin. Potong ala-ala manja je..



Selepas berhempas pulas potong wayar tu, bolehlah masukkan wayar kabel tadi ke rumah masing-masing.
Jangan salah masuk ye..Amaran keras ni..Dah kondifen dengan kedudukan wayar tu, boleh ketatkan skru..Jangan pulas sampai pengsan dah la..bawak-bawak bertenang..




Tak ingat warna wayar nak masuk mana? Lain kali kalau beli seterika baru ke periuk nasi baru ke..wayar label macam ini simpan satu..boleh buat rujukan di hari muka. Nasihat ini untuk diri sendiri jugak..
Wayar warna Hijau untuk terminal bumi atau Earth
Wayar warna Coklat untuk terminal Hidup atau Life
Wayar warna Biru untuk terminal Neutral
Wayar lama : Wayar Merah untuk Life Hitam untuk Neutral dan Hijau Jalur Kuning untuk Earth




Tutup balik plug tu dengan tudung kepunyaannya.
Jangann gunakan tudung saji atau tudung Farida..Jangan buat naya bai..
silap haribulan terbako rumahku syurgaku..
Lepas itu letak penutup tu ,bolehlah diketatkan skru pada pada plug itu... 




Test dulu...


Yehaaa!! berjaya..Syukur..


Disclaimer
 Segala paparan hari ini adalah untuk panduan sahaja. Pengarang tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakkan atau kemalangan yang di hadapi daripada percubaan membaiki sendiri plug 3 pin ini. Sebarang pengubahsuaian yang melibatkan barangan elektrik adalah membahayakan diri sendiri dan orang lain. Jika terdapat sebarang kemusykilan, seharusnya anda pergi mendapatkan khidmat profesional untuk menjalankan kerja-kerja pendawaian eletrik. Pastikan anda betul-betul tahu dan yakin sebelum mencuba apa-apa teknik di atas tadi.
Artikel ini hanya untuk perkongsian di alam maya sahaja. Artikel ini tidak boleh digunakan di mahkamah syariah atau juvana mahupun Mahkamah Persekutuan untuk dijadikan bahan bukti. 

Sekian, terima kasih.

Take Care..




0 comments:




Temujanji di Klinik Kesihatan Hulu Kelang

7:11:00 pm Sha Nazri 0 Comments


Ini Cik Syifa kat Klinik Ibu dan Anak Hulu Kelang. 
Masa ni appointment untuk cucuk, umur 18 bulan. 
Muka boring..dalam penantian nombor giliran....




Bersebelahan Klinik Kesihatan Hulu Kelang ni ada rumah..
macam berek untuk staff klinik je..tapi tak sure la..macam jer...kalau salah maafkan saya..
Eh! Ada ayam la..Tuan rumah ni ternak ayam kat sini kot..
Sempat jugak Mama introduce ayam kat Syifa..
Selalu tengok kat Ipad je kan..tak real..tu ayam kartun..
Hari ini Syifa dapat lihat siapa ayam yang sebenarnya..
Syifa..look! Chicken..chicken..
Syifa balas..kokok kokok..hihi..blaja kat Youtube la tu..


Kali ini anak Mama dah tak nangis kena cucuk.. 
Syifa dah besar..Syifa dah tak nangisla Mama..



Nampak je kete Pa nya..Syifa berlari keriangan..
mungkin dah terlalu rindu nak balik rumah...dan tido bersama bantal busuknya tu.
Yelah dari pukul 11 pagi tadi..pukul 1 pm baru abis..


Dalam perjalanan menuju ke kereta, kat depan sikit Klinik Ibu dan Anak tu Klinik Kesihatan Hulu Kelang untuk pesakit luar. Baru je siap ni..Tak banyak facilities. Hari tu Emak datang cek darah tinggi dan kencing manis, doktor tu suruh pergi cek kat Klinik AU2, sebab kat sini takde stock ubat.
Takpe sebab masih baru lagi kan..dah lama sikit nanti Klinik Kesihatan Hulu Kelang ni harap-harap semakin improved la nanti. 



Nampak tak info kat pintu tu...info yang sangat berguna tu..




Klinik Kesihatan Hulu Kelang ni terletak di Kampung Pasir. Kalau nak masuk jalannya pun kecik macam jalan kampung. Dekat je dengan Zoo Negara. 
Berhadapan dengan Klinik Kesihatan ini ialah Rumah Amal Belaian Kasih. Penduduk sekitar Ukay Perdana nak cek mengandung silalah buka buku merah di klinik ini.



Okey..Mama dan Syifa nak balik dah..bye bye klinik...

Sekian..
Take Care!


0 comments:




Tampal Wall Sticker untuk Playroom

12:43:00 am Sha Nazri 2 Comments

Jumpa sticker wall ini kat my second home..Kedai DIY..
Tak ingat berapa ringgit..Rasa-rasanya 3-4 Ringgit Malaysia kot..



 Sticker tu cuma ada gambar bunga-bunga berdaun, pagar dan rama-rama.
Huruf ABC dan gambar kartun tak termasuk dalam pakej sticker tu. Huruf ABCDEF dan gambar kartun kat sebelah kiri tu saya gunting gambar daripada cover depan colouring book Cik Syifa, dan saya tampalkan di dinding.



Saya tampalkan dekorasi sticker flora dan fauna ini didinding sebelah pintu masuk. Setiap kali Cik Syifa masuk bilik ni, kat sini tempat persinggahan dia yang pertama. 
Dah jadi tradisi, masuk je mesti tunjuk huruf ABC tu. Setakat ni Cik Syifa dah boleh kenal huruf-huruf tu. 
Tapi ada jugak masanya dia tunjuk saya yang kena jawab.



A..A for Apple...Let's find the letter B..
B..for beh..beh..ball!! yeayy!!



Look, Syifa, there's an S! Just like in your name!


Sekian 
Take Care!

2 comments:




Susun Make up Dalam Beg

12:02:00 am Sha Nazri 1 Comments

Ish..saya taklah rajin sangat nak ber DIY ni..Susun-susun dan DIY ni saya buat bulan lepas. Masa tengah free tu saya snap la gambar-gambar. Save dalam komputer. Pastu bila ada kelapangan macam sekarang ni barula saya post kat blog sekaligus. Bukan hari-hari saya ber DIY..bila ada kelapangan je..


Topik hari ini ialah beg make up. 
Beg make up ni saya dapat masa redeem point member card kat Sogo.
Beg ni saya isi barang make up yang ala kadar tu. Tak banyak pun..sebab saya tak reti make up dan jarang bermake up. Masa kerja dulu adalah, setakat pakai foundation, compact dengan lipstik. Tupun sebab nak menutup wajah yang agak pucat. Kalau tak calit bedak sikit kang orang ingat saya baru bangun tido lak..hehe
Walaupun barang makeup tak banyak tapi berterabur jugakla kalau humban semua dalam beg tu. Alangkah bagusnya kalau beg make up saya ini sentiasa kemas dan teratur. Bila dalam keadaan emergency nak cepat terus boleh ambil, tak payah terkocoh-kocoh mencari.


Jadi saya ambik kertas keras daripada kotak.
 Saya balut dengan kertas pembalut hadiah.



Kertas yang saya balut tadi, saya gam di tepi dan tapak beg dengan glue gun untuk bagi beg tadi lebih teguh, utuh dan kukuh. Macamni beg tadi takdela terkemek dan nampak lebih kemas.



Saya potong kertas daripada kad ucapan Selamat Hari Raya untuk membahagikan setiap ruang. 
Ala-ala macam rumah untuk setiap barang make up saya nanti.


Dah siap saya masukkan barang make up saya..kan dah cakap..sikit jer..
Ini ruang bahagian atas yang siap di bahagi-bahagikan.
Dibahagian tepi beg make up tu saya letakkan brush dan eyeliner.



Ini bahagian bawah. 
Bahagian bawah ni ruangnya agak luas sikit. Jadi barang-barang make up yang agak berat dan besar sikit saya masukkan di sini.


Simpan dalam drawer dresser.  Kalau goncang pun isi make up dalam tu tak berterabur dah..
Tak caya cuba try test tengok..

Sekian.
Take care!

1 comments: