Sumpah Iblis..sebuah lagu yang hilang....

10:00:00 am Sha Nazri 0 Comments

Kisah ini bermula di zaman purbakala
Tika dunia masih lagi awal umurnya
Terbuktilah penderhakaan iblis durjana
Membusungkan dada kononnya engkau mulia

Lahirnya tercipta dalam api
Lahirnya tercipta dalam api
Yang kelak akan membakar dirimu sendiri
Yang kelak akan membakar dirimu sendiri

Terbayang-bayang sumpahmu di depan yang Esa
Selagi dunia masih berdegup hayatnya
Aku akan terus membawa racun bisa
Untuk santapan maut jin dan manusia


Berkali-kali sudah kau meragut realiti
Ingin memfantasiakan hidup ini
Ingin membangkitkan lagi riwayat berbisa
Agar terperangkap kami disangkar durjana
Agar terperangkap kami di sangkar durjana

Ingatlah insafilah hai makhluk semua
Ingatlah insafilah hai makhluk semua
Iblis pendusta dia anak neraka
Iblis pendusta dia anak neraka

Lailahaillalah..lailahaillah..

Lirik di atas ialah sebuah lagu nasyid yang saya tidak tahu kumpulan mana yang mendendangkan lagu tersebut. Nasyid ini saya dan rakan-rakan saya persembahkan sewaktu zaman sekolah rendah, semasa pertandingan antara sekolah-sekolah dalam daerah. Sangat lama..lebih 20 tahun lepas..sampaikan ada satu baris lagu ini yang saya dah lupa. Nasyid ini diajarkan kepada kami oleh Cikgu Azmi yang mengajar saya di sekolah rendah dulu.

Kenapa saya bercerita tentang lagu nasyid ini? Apa faedahnya?
Entah dari mana datangnya... tiba-tiba saya menyanyikan lagu ini, dan saya rasa saya perlu menulis liriknya di dalam blog saya supaya lirik lagu ini tidak luput dalam ingatan saya. Saya pernah mencari lagu ini di You Tube..tapi hasil pencarian saya menemui jalan buntu..kerana lain yang dicari, lain pulak yang keluar..Tanya Pakcik Google pun tak dapat juga..

Berbalik kepada persoalan yang saya bangkitkan tadi..kenapa?
Cuba lihat dan baca pada lirik lagu ini...Liriknya agak puitis untuk menerangkan sifat iblis...Liriknya juga mengajak kita untuk tidak terpedaya dengan tipu daya iblis.
Itu tentang liriknya...belum lagi melodinya..ada sesuatu yang berlainan tentang melodi lagu sumpah iblis ini. Melodinya agak misteri..kalau dialunkan dengan betul..boleh menimbulkan kegerunan kepada diri. Bukan takutkan iblis..tapi takutkan dosa mengikut hasutan iblis. Susah untuk saya terangkan tentang melodinya. Kena dengar baru tahu bagaimana alunan lagu nasyid sumpah iblis ini. Lagu nasyid ini mempunyai satu karakter yang unik bagi saya. Jarang ada lagu seperti ini zaman sekarang...
Kepada pencipta lagu dan lirik Sumpah Iblis..saya sangat admire hasil seni anda...Ini adalah salah satu lagu nasyid yang menjadi ingatan dan peringatan buat diri saya.




0 comments:




Semangat Menyusun Atur Peti Ais

8:30:00 am Sha Nazri 1 Comments

Ini adalah sequence story saya semalam. Nampaknya saya cuma one step closer to the final countdown..Hhihihaha..omputih pulak..Saje je nak men "Jemah kan" diri...
Okey mari kita saksikan bersama-sama apa yang telah saya susun atur selama ini..



Pandangan dari pintu masuk peti ais..
Perubahan yang ketara ialah saya telah mencabut semua fridge magnet dan kawan-kawan beliau. Bila dah takde semua tu, rasa tenang jiwa memandang peti ais ni.




Tadaaaa! Nampak lapang...
Tema warna untuk peti ais saya ialah hijau, kuning, biru, putih..so colourful..
Kalau boleh nak satu kale je..semua putih, tapi nak wat macamana, dah takde..
Jadi gunakan mana yang ada..
Biar budget ciput, jangan sampai ikat perut sebab nak beli tupperware..





Bila dah susun macam ni baru lah perasan sebenarnya ciput je barang dalam peti ais yang betul-betul berharga. Mana yang dah luput buang, yang boleh letak kat luar saya letak kat luar, jadi kat dalam peti ais takdela bersemak samun dengan pelbagai aneka barang..



Ruang dekat pintu peti ais..Atas sekali tu saya letak ubat batuk, ubat demam..sebelahnya pulak pelbagai perisa dan pewarna makanan tiruan yang di benarkan. 
Ada rak kosong lagi..yang tu belum difikirkan kegunaannya..
Rak ke 3 pulak saya meriahkan dengan botol tom yam pes, taucu, mayonis dan sebagainya.
Kat bawah sekali saya letak minuman jus atau kordial. Tepi sekali yang berdaun tu bukan sekadar hiasan..tapi daun saderi yang saya masukkan dalam bekas berisi air. Konon-konon nak bagi tahan lama. Saya memang ada masalah kalau simpan daun bawang dan saderi..mesti cepat rosak. Kalau letak dalam bekas macam tu, harapan saya semoga mereka dapat bertahan seminggu dua lagi..





Sayur-sayuran semua saya bungkus dalam plastik zip lock. Lebih kemas dan senang untuk saya ambil.
Lagipun sayur lebih tahan lama. Sayuran berdaun macam kangkung dengan bayam tu saya bersihkan dan potong siap-siap, masuk dalam plastik zip lock tu. Selain dapat menjimatkan ruang, tak kotorkan peti ais dengan pasir dari sayuran tu, lagi satu bila nak masak terus campak je dalam kuali,,jimat masa..Ni pun cedok idea dari pakar-pakar..





Bahagian sejuk beku.  Macam biasa letak ikan dan ayam. Cili yang dah blender pun dalam ni sebab nak bagi tahan lama. Dalam bakul hijau tu kelapa parut. Stok untuk seminggu.. .suka masak lemak cili api...
Ada ice pack jugak..saje simpan kot la kalau ada sape-sape lebam, boleh tuam dengan ice pack.  



Tamat sudah ceritera saya dan peti ais..Saya sudahi dengan pantun dua kerat.
2  3 kucing berlari
Terima kasih sudi baca entri saya ni...



Take Care!!






1 comments:




Ops Cuci Peti Ais

9:00:00 am Sha Nazri 2 Comments

Hari yang tenang...Tibalah masanya saya teruskan perjuangan dengan membawa visi yang murni untuk menjalankan Operasi Mencuci Peti Ais. Walaupun aura kemalasan masih lagi terselit di dalam jiwa ini, tapi selepas saya merujuk pakar-pakar yang telah mengemaskinikan peti ais mereka dengan tidak semena-menanya saya berasa terover rajin. Antara mereka yang telah memberikan panduan dan nasihat mengenai penjagaan peti ais ialah 
aku bukan bidadarirumah comel kamiApple and Orangessuesukasusun.,,dan ramai lagi blogger yang lain...Maaf kerana tak dapat nak mengepastenye disini..sebab saya sangat sibuk hari ini.



Saya keluarkan semua harta karun yang ada dalam peti ais. Bermulalah sesi untuk update mana item yang nak guna dan mana satu yang nak ditong sampahkan. 





Tutup suis dulu..
Kosongkan semua bahagian rak dalam peti ais...
tu ada kesan kicap cap tamin..ni nak kena sental bagi kilat balik.






Saya gunakan kaedah mesra alam yang super jimat untuk mencuci peti ais. 
Cuma campurkan cuka dengan air untuk membersihkan dalaman peti ais.
"Cuka mempunyai tahap keasidan yang sesuai dan berkesan untuk membunuh kulat, bakteria dan juga kuman" -Sumber




Lap kotoran daripada atas..ke tengah..bawa ke tepi..kekiri dan ke kanan.
.last sekali bahagian bawah bawa keluar..






Membasuh rak dan para-para sakura peti ais..





Bersih..cantik..kilat..(hekeleh..puji diri sendiri..)
--Okey..abaikan mood riak saya itu....-_-








                                                         Alhamdulillah..Operasi selesai..


Seterusnya...saya akan meyusun atur peti ais saya. Tapi nanti dulu..anda kena bersabar..saya akan kongsikan lagi berita-berita gempak dan hot tentang susun atur peti ais dalam entri yang akan datang..
Peace yo! 

2 comments:




Ceritera Saya dan Peti Ais

9:00:00 am Sha Nazri 2 Comments

Dah lama sebenarnya memasang impian untuk mengemas peti ais...Tapi hampir setiap hari impian itu tinggal kenangan..Kenapa..?? kenapa?? why?? Kenapalah saya saaangaat malas nak mengemas peti ais..Hari-hari berlalu detik demi detik dirasakan seakan-akan menghukum diri ini...Acapkali saya merenung kedalam peti ais, timbul rasa bersalah kerana telah membuat peti ais menjadi seperti....
>
>
>
>
>
>
>



Pandangan dari luar..nampak macam ok je kan...but..don't jugde the book by its cover hokey!






Taadaaa!! di sini saya sumbatkan semua harta karun untuk memasak..
Terpanjat Boboiyot tengok!!
well..i'm not perfect..but i will do my best for you..my peti ais..




Peti ais saya ni lain sikit..Ruang untuk sejuk beku kat bawah....
Bila cerita pasal freezer EBM saya jadi confuse nak letak atas ke bawah..


Saya dah pegi jalan-jalan kat blog otai-otai yang masih berbisa yang dah share pasal peti ais di rumah mereka. Semangat untuk melihat peti ais kembali berseri-seri semakin terasa bahangnya..Saya akan bangkit dengan visi dan misi untuk mengemas peti ais! Tunggu kemunculan saya di pawagam yang berhampiran dengan anda...



2 comments:




3 hari 2 malam - Syifa di Hospital

9:48:00 am Sha Nazri 0 Comments

Baru beberapa minggu saya keluar dari hospital, Syifa pula masuk hospital. Dugaan datamg lagi...Bagi saya, kalau sakit tu boleh di tukar biarlah saya sahaja yang mengalaminya, bukan anak saya yang baru setahun jagung mengenal dunia. Kesian melihat Syifa....

Pukul 2 pagi saya di kejutkan dengan tangisan Syifa..Kebiasaannya pada waktu begini Syifa minta di berikan susu....Saya berikan Syifa susu..tapi selepas sahaja beberapa minit selesai menyusu, Syifa terus muntah...Saya bersihkan tempat tidur yang terkena muntah dan menukar baju Syifa yang terkena muntah..Syifa masih lagi muntah-muntah setiap setengah jam sekali. Sepanjang malam Syifa tak boleh tidur hanya menangis dan menangis. Baru sahaja nak melelapkan mata, Syifa muntah lagi.
Saya mula risau keadaan Syifa...apa sahaja yang saya beri pada Syifa semuanya akan keluar balik.
Melihat Syifa semakin lemah, saya dan Encik Hubby terus menghantar Syifa ke Hospital Ampang.

Syifa di masukkan ke wad kecemasan. Masa tu muntahnya masih belum berhenti. Kali ni disertai dengan cirit birit. Aduhai anak mama...kesiannya mama tengok Syifa. Suhu badan pun makin panas..Nurse datang bagi paracetamol..Menangis Syifa sebab taknak minum ubat, tapi saya nak Syifa cepat sihat, jadi saya paksa juga Syifa telan walaupun tak sampai hati..,Lepas makan ubat Syifa pun tertidur..Lena dalam kesakitan. Kalau Syifa tak tidur, nurse datang nak cek tekanan darah pun dia menjerit, taknak...!

Syifa baru selesai ambil darah. Macam pelik je tengok benda kat tangan dia tu..






 Lena...kesian anak Mama...





 Tangan kecik Mama





 Cek tekanan darah..Waktu ini Syifa tidur boleh dengar dia tesedu-sedu..menangis dalam tidur..



Pukul 1 tengahari Syifa bangun dari tidur, Syifa minta saya suapkan tembikai susu yang makanan tengahari yang disediakan oleh hospital. Berselera Syifa makan..Dari pagi sampai tengahari ni, baru ni la Syifa makan. Saya susukan Syifa, sebab Syifa nampak macam dah ok..tak muntah lagi. Tapi sangkaan saya meleset, selepas selesai menyusu, Syifa muntah lagi atas katil hospital. Beberapa kali dia tak dapat menahan..Sepanjang masa dia menangis..Sedih hati saya. Saya rasakan masa berjalan sangat perlahan. Saya masih lagi berada di dalam wad sementara dari pagi tadi hingga sekarang.  Pukul 1 tengahari datang seorang doktor memberitahu saya, Syifa akan di admit untuk pemerhatian lebih lanjut oleh specialist.

Malam tu saya demam..badan saya menggigil..kepala rasa berdenyut-denyut. Kalau ikutkan hati saya, memang saya nak balik rumah..tidur dan berehat. Tapi tak boleh, sebab Syifa lebih perlukan saya sekarang. Walauapapun saya mesti kuat... Saya minta Encik Hubby bawakan ubat dari klinik untuk saya di hospital. Pukul 2 pagi Encik Hubby datang membawa baju persalinan untuk saya dan  Syifa serta ubat-ubatan untuk saya. nasi goreng USA yang dibawa Encik Hubby tu langsung tidak menambat selera saya. Saya cuma makan 3 sudu selepas tu saya cuma nak makan ubat dan berehat. Nasib baiklah Syifa tak menangis..bolehlah saya merehatkan diri.


Syifa sedang lena..Saya dan Syifa berkongsi katil yang kecik dan comel ni.. Katil untuk ibu atau penjaga yang jaga anak di wad kanak-kanak memang tak disediakan, cuma ada kerusi malas untuk ibu merehatkan diri kalau dah penat sangat. Saya lihat ibu-ibu lain pun terpaksa baring di atas katil yang disediakan untuk kanak-kanak tu..memang kurang selesa tapi kalau dah 2 hari tidur atas kerusi memang naik kematu badan. Saya sendiri rasa lenguh-lenguh satu badan bila bangun pagi. Sabar jela..





Mama tidur-tidur ayam..

Sepanjang Syifa di hospital tiap-tiap hari, sekali sehari kena ambil darah. Saya diminta untuk  tunggu di luar bilik ambil darah tu, boleh dengar satu wad bergema dengan suara tangisan Syifa. Sayu hati saya..
Pampers yang Syifa dah poo poo dengan kencing semua kena kumpul masuk dalam plastik warna kuning yang diberikan oleh nurse. Setiap hari nurse akan timbang untuk tahu berapa banyak yang Syifa makan dan minum tu balance tak dengan apa yang keluar. Tapi saya risau sebab Syifa memang tak selera makan sepanjang di hospital. Kalau nasi dengan ikan lagila dia tolak tepi. Dia cuma nak menyusu sahaja. Air pun taknak, kecuali air kosong, tupun minum sikit-sikit. Bila Syifa poo poo dah ada tekstur sikit saya kena ambil sample masuk dalam botol yang diberi oleh nurse. Kata doktor Syifa mungkin terkena keracunan makanan. Saya pun  rasa macam tu sebab saya juga muntah dan demam menggigil. Nasib baik saya tak teruk sangat dan masih kuat nak jaga Syifa. Suhu badan Syifa turun naik..turun naik..Kejap demam..kejap tak..Bila nak bagi ubat tu, terpaksalah berperang dengan Syifa, selalu kat rumah Encik Hubby tolong pegangkan kaki dia yang meronta-ronta tu, kat sini saya kena kuatkan diri. Cakap dengan Syifa, kalau nak cepat sihat, Syifa kena makan ubat..nanti kita boleh balik rumah...Barulah dia lembut hati..tupun sekejap je..jap lagi tu dia lupa la tu..

Alhamdulillah..lepas 3 hari Syifa dah semakin sembuh. Selera makan masih kurang tapi Syifa dah makan keropok dengan biskut. Lepas saya merayu kat doktor untuk balik rumah, alhamdulillah..dah boleh discharged. Seronoknya Syifa bila sampai rumah..Tidur pun lena..Makan pun makin berselera..Lepas seminggu barulah Syifa sembuh sepenuhnya..Alhamdulillah..
Sekian..
Take Care!!





0 comments:




Ini kisah saya.. Selamat Pagi Cikgu!!

8:30:00 pm Sha Nazri 0 Comments

Endang Hari Guru kami ucapkan..endang Hari Guru kami ucapkan..16 May Hari lah Guru..Marilah kita raikan bersama-sama..hey!! ewah..
Itu antara bait-bait lagu endang Hari Guru yang di persembahkan oleh rakan-rakan saya waktu sekolah rendah. Masa  tu saya masuk dikir barat. Dengan berkain batik dan tudung lip lap lip lap saya duduk dengan kawan-kawan atas pentas sambil menghayun tangan ke kiri ke kanan ke atas dan ke bawah... Seronok sebab pengalaman pertama masuk dikir barat..

Masa saya sekolah rendah, cikgu yang paling saya ingat ialah Cikgu Azmi. Cikgu Azmi ni memang terror bab-bab melukis dan menghias, sebab tu dia ajar matapelajaran Pendidkan Seni. Kalau ada apa-apa pertandingan macam pertandingan nasyid ke, bercerita, melukis..dialah orangnya yang akan incharged.
Dia jugak ajar matapelajaran Bahasa Melayu. Saya selalu dapat markah 90% keatas dalam penulisan dan pemahaman. Tu yang saya suka sangat! Tapi tu dulu....Walaupun perwatakan dia ala-ala lembut gitu..jangan sangka air yang tenang tu tenang je selama-lamanya..garang tau dia ni..kalau dia naik angin suara dia boleh bergegar gegendang telinga. Masa dia mengajar dulu, saya selalu di suruh oleh cikgu Azmi untuk ajar salah seorang rakan saya di kelas yang kurang pandai membaca dan menulis. Sebabnya saya selalu jadi orang yang paling cepat siapkan karangan ataupun kerja yang diberikan sewaktu di dalam kelas. Yelah..daripada saya duduk temenung..Cikgu Azmi sambil-sambil dia menyemak buku kerja yang menimbun tu..boleh gak saya tolong kawan saya yang sorang ni..Kawan saya yang tak pandai membaca dan menulis masa darjah 4 dulu, sekarang dah jadi businessman..Siapa sangka kan..tak semestinya sekolah tak pandai tak boleh berjaya..

Seorang lagi cikgu yang saya ingat ialah Cikgu Rafi..Saya ingat dia sampai sekarang sebab saya pernah kena rotan dengan dia. .Pedih tangan saya..Saya menangis tau lepas kena rotan..bukan sebab sakit tapi sebab malu..Saya tak pernah kena rotan dengan cikgu. Malu sangat sebab saya tak lulus Matematik. Markah yang saya dapat cuma 40% je. Lepas tu saya berusaha belajar rajin-rajin nak dapat markah tinggi..tak nak kena rotan lagi..Lagi satu kisah, saya pernah kena ketuk kat kepala dengan Cikgu Rafi. Berdengung rasa kepala saya sebab kena batu cincin dekat jari Cikgu Rafi. Kenapa? sebab saya terlupa bawak buku teks matematik. Rentetan peristiwa itu, saya akan cek buku matematik 3-4 kali dalam beg sekolah saya yang besar gedabak tu..takut kena ketuk lagi..Cikgu Rafi masih mengajar lagi tapi dah tukar ke sekolah lain yang berhampiran dengan sekolah lama saya.

Cikgu Anush..sorang lagi anak jati kampung saya yang menjadi guru selain daripada Cikgu Rafi..Cikgu Anush ni tegap dan sasa orangnya persis pelakon Hindustan dengan jambangnya. Walaupun dia tak mengajar saya, tapi dia masih ingat nama saya. Itu yang saya sangat terharu..Walaupun dah hampir 20 tahun saya tinggalkan sekolah rendah, ingatan cikgu masih kuat lagi..

Waktu zaman sekolah menengah pulak ada beberapa orang Cikgu yang masih segar dalam ingatan saya. Cikgu disiplin yang saya dah tak ingat namanya..Orangnya memang garang..kalau bercakap semua orang seriau dengar suara dia. Masih saya ingat dia pernah menampar seorang pelajar lelaki yang terkenal dengan sifat gengstarnya dihadapan semua pelajar semasa perhimpunan tengahari buta. Kami semua terdiam..Saya pun pernah kena denda dengan dia..Kena kutip sampah sebab mengelat tak pergi merentas desa. Haha..saya paling tak suka merentas desa sebab penat..saya semput nak berlari sampai termuntah-muntah..lebih baik saya kutip sampah..boleh buat amal jariah pada sekolah..dapat pahala..insyaAllah..
Satu lagi denda yang saya dapat free je... kena rotan kat tangan sebab datang lewat..bas buat hal..aduiyai...

Cikgu Azhan ajar matapelajaran Geografi..kalau berjalan laju giler..kalah semua oarang kalau nak saing dengan dia..tertinggal la kat belakang. Kalau mengajar ada saja modal dia buat lawak. Riuh dengan ketawa dalam kelas...tapi awas..kalau tak siap kerja rumah..tawa dalam tangisan la jawabnya.




Cikgu Wan..seorang yang bersifat keibuan. Saya dan kawan baik saya jarang kena soal dalam kelas masa dia mengajar, sebab kami duduk meja paling depan berhampiran meja guru. Memang tak boleh miss la..mata kena selalu bukak walaupun fikiran dah melayang ke awan, ke pokok, ke langit, ke laut dan sebagainya. Cikgu Wan ni memang sentiasa gojes dengan baju-baju dia yang lip-lap lip-lap dan warna-warna ceria..ditambah pula dengan harum semerbak..yang tak minat matematik terus jadi minat secara tiba-tiba.





Puan Lee..Cikgu yang mengajar Ekonomi yang sememangnya berdedikasi..tak pernah miss kelas...tak pernah emergency leave ke MC ke..memang sentiasa ada je kat sekolah. Seorang yang menepati masa, sebab dia memang dah terpacak depan kelas sebelum cikgu lain keluar kelas tu.
Tapi tak taulah..ada sorang mamat namanya Pecai (bukan nama sebenar) dalam kelas saya tu...Kalau Puan Lee masuk dia mesti tidur..dan virus mengantuk dia tu boleh berjangkit satu kelas.. satu kelas mengantuk bila Puan Lee masuk..ni semua salah virus Pecai..haha..tak baik lah..Sampai lekat nama timangan Pecai Virus..Nasib baik subjek Ekonomi saya tak kantoi..





Teacher Maliga pulak guru Bahasa Inggeris saya waktu Tingkatan Tiga. Salah satu sebab nama Teacher Maliga ni sentiasa meniti di bibir kawan-kawan sekelas saya adalah kerana... sekiranya seorang murid didalam kelas tak boleh menjawab soalan dia, satu kelas kena denda. Denda yang di kenakan ialah..kena berdiri atas kerusi ataupun duduk bawah meja sampai habis time dia mengajar. Maknanya disini, semua orang kena bekerjasama untuk jawab soalan... kenalah bantu membantu. Kalau A tak dapat jawab, B volunteer nak jawab..Kalau senyap sunyi..takde yang nak jawab terimalah padahnya. Sebab itulah semua orang berebut-rebut nak jawab soalan dia..

Cikgu yang ajar sejarah pulak bernama Cikgu Azman..Tapi tak lama Cikgu Azman mengajar di sekolah saya sebab ada hal yang tak dapat dielakkan di sekolah yang menyebabkan Cikgu Azman bertukar ke sekolah lain. Bila Cikgu Azman masuk kelas semua orang senyap. Sebab dia jugak salah seorang guru disiplin. Garang, tegas dan sangat confident orangnya. Nahasla kalau tak dapat jawab soalan dia. Kena berdiri sambil junjung buku takpun kena pegang tong sampah. Tapi kalau Cikgu Azman buat lawak satu kelas macam nak pecah perut. Pun begitu Cikgu Azman ada ramai pelajar yang suka dan ramai juga pelajar yang tak suka dia. Buktinya..dalam tandas dipenuhi dengan ukiran nama Cikgu Azman.. Tapi bila hari guru Cikgu Azmanlah yang paling popular dan banyak dapat hadiah.

Ramai lagi  cikgu-cikgu yang saya tak sebutkan. Tapi tak bermakna saya lupa jasa dan penat lelah mereka mengajar saya dan rakan-rakan saya yang lain tanpa jemu. Apa yang cikgu telah lakukan adalah perkara yang sangat mulia.  Jasa cikgu akan dikenang sepanjang hayat.
Selamat Hari Guru Cikgu..Saya sayang semua cikgu yang telah mengajar saya..

Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi
Terima Kasih Cikgu!!


0 comments:




Tukar Paip Sinki...

7:00:00 am Sha Nazri 3 Comments

Masih rasa kebingungan? Diri rasa resah gelisah? Bibir kering dan merekah? Eeeeee...jangan risau...Hari ini saya nak berkongsi cerita saya menukar paip..Mudah-mudahan dapat menjadi penawar kepada awak yang sedang gundah gulana tu..
(ye..saya tau ayat intro di atas takde kaitan dengan paip..tapi..biaq pi la ..orang Kedah cakap..Ini saya punya cerita bukan awok punye..hehe..jangan mare..)

Ayuh kita mulakan!!

Get ready dengan barang seperti diatas...
Spana boleh laras dengan pita putih atau nama saintifiknya pita PTFE. Hapokobondo PTFE tu...tanyo Omak..kalau tak tau cubo tanyo Uwan, kot tak tau jugak ce tanyo kawan-kawan...kalau tak tau jugak Pakcik Google sedia berkhidmat.
Oh! tidak di lupakan..Pili paip sinki murahan yang terlajak larissss!!





 Sidang pembaca yang budiman..rule number 1..sila tutup meter air atau  paip punca air tersebut. Kalau tak tutup alamat banjir umah awak, Jemah..






Dah berkarat giler baru nak tukar paip...
Next step tanggalkan dulu besi yang melengkung kat kepala paip tu..(takde dalam gambar)
 Lepas tu tanggalkan kepala paip dengan spana boleh laras. Nak tanggal guna kudrat sendiri pun boleh..asalkan tak mendatangkan kemudharatan pada diri sendiri..
Berhati-hati tau! sebab kalau pusing spana kuat sangat, 50% kebarangkalian paip yang berkarat tu akan patah....nanti sisa dari batang paip tu tertinggal kat dalam sambungan batang paip yang kat luar tu. Bagi dia longgar sikit je, pastu dah boleh pusing guna tangan. 





Pili baru yang terlajak kilatzzzzz!





Lilit pita putih disekeliling alur kepala paip. 
Lilit dengan penuh kecekalan hati supaya kemas dan ketat. 
Kalau tak buat ketat nanti kena tanggal balik..lagi banyak kerja. 
Kalau rasa macam longgar je masa masukan kepala paip tu, balut lagi dengan pita putih tu. 
Tujuannya untuk elakkan air dari menitis ke luar.






Pasang kepala paip..putar..putar..putar lagi..




Pasang pulak besi dia yang melengkung ni...pusing bagi dia ketat sikit.






Okey..dah siap..boleh test..jgn lupa buka paip utama yang ditutup tadi..
Kalau takde kebocoran kat kepala paip tadi maknanya and telah berjaya! 
Tahniah di ucapkan!

3 comments:




Ini Kisah Saya..pengalaman keguguran

7:00:00 am Sha Nazri 0 Comments

Assalammulaikum..

Semoga anda yang sedang menatap blog saya sekarang dalam keadaan yang sihat walafiat dan berada dalam rahmat Allah hendaknya.

Sudah 2 bulan saya tidak menulis…Setiap kali hendak memulakan bicara, saya rasa bagai ada sesuatu yang membelenggu  seakan-akan  medula oblongata saya tidak menghantar implus yang datang dari medulla spinalis menuju ke destinasinya.------- “What the ??”
Bertenang..bertenang..okey saya terus sahaja kepada cerita yang ingin saya deklamasikan untuk tatapan  mereka didepan laptop ataupun sebarang gadjet yang boleh baca blog.

AMARAN: Entri saya kali ini saaaangaaat panjang..

Cerita saya bermula pada April 2014. Masa ni saya senyap sunyi dari menghapdate blog.
Alhamdulillah…Happy sebab Si comel Syifa akan menjadi kakak tak lama lagi dan rumah ini akan bertambah meriah dengan suara tangisan serta gelak tawa sorang lagi baby yang bakal akan lahir.

Tapi ditakdirkan suatu hari, saya telah mengalami pendarahan.  Pukul 9 malam, sedang saya menonton  tv, terasa ada cecair yang keluar. Saya pergi ke bilik air dan tengok ada tompokan darah. Terus saya call Encik Hubby untuk pergi ke hospital.
Sampai di hospital Ampang saya diberitahu oleh pegawai di kaunter saringan untuk terus ke wad kecemasan di dewan bersalin. Saya diberi sehelai kain sarung berwarna pink yang besar gedabak oleh nurse sambil mengarahkan saya memakainya.  Beberapa kali kain sarung saya hampir terlondeh dek kerana saya memang hampeh sekali dalam memakai kain sarong. Kalau dirumah saya memang langsung tak pakai kain batik, kalau adapun sebab terpaksa..itupun saya guna tali pinggang. Saya baring atas katil dan menunggu..menunggu..menunggu dengan penuh sabar sambil sesekali menahan kesakitan.

Lebih kurang 30 minit menunggu, seorang doktor yang sangat muda..dalam hati berbisik..ni mesti student lagi..sebab dari segi pemerhatian saya, dia seorang yang sangat suka mengulang soalan yang sama. Saya layankan juga sebab saya fikir dia masih hijau lagi dalam arena kedoktoran ini. Sedang doktor perempuan yang berbangsa cina itu bertanya tentang sejarah kesihatan saya, tiba-tiba seorang jururawat bertanya pada doktor itu samaada dia hendak order burger Mac D atau fries.. Maka bermulalah perbualan mereka untuk menghapdate order untuk Mac D pula..Saya diatas katil terkebil-kebil sambil menahan sakit. Dalam hati nak cakap..**&^%&*(() Tapi taknak cakap.

Tak lama kemudian doctor tadi pergi dan datang semula bersama seorang nurse yang order Mac D tadi, sambil membawa satu alat yang dinamakan speculum. Alat tu macam gambar di bawah ni. 

Nampak macam alat torture waktu zaman Jepun kan..Tapi takla..macam je..
(copy kat Google)

Sakitnya masa doktor masukan alat tu..Redho lagi…dalam hati berdoa..Ya Allah mudah-mudahan anak dalam kandunganku ini selamat.  Selepas cek tu, doctor minta saya tunggu di luar untuk pergi ke bilik scan untuk pastikan keadaan kandungan saya. Okey saya ikutkan aje.  Semasa menunggu giliran untuk masuk ke bilik scan tu, saya sempat membelek majalah Wanita edisi 3 tahun lepas dengan kulit dibahagian hadapannya telah rabak. Kebetulan dalam majalah tu ada artikel pasal keguguran. Saya baca dengan penuh khusyuk. 2-3 saya ulang ayat yang sama sebab masa tu saya menahan perut yang sedang sakit. Bila saya baca artikel tu, menguatkan harapan saya yang kandungan saya akan selamat, sebab antara yang disebutkan keguguran jarang berlaku kepada mereka yang berumur 30 tahun ke atas dan mereka yang mengandung anak untuk kali kedua.  Sedang saya membaca, doktor cina pelatih tu memanggil nama saya. Dalam bilik itu ada seorang doktor India yang sedang menunggu. Okey doktor pun mulalah scan perut. Kata doctor, kandungan saya tak berapa jelas. Saiznya juga agak kecil berbanding dengan usia sepatutnya -10 minggu.  Jadi doktor pun mula scan daripada bawah untuk kepastian. Saya dapat rasa sesuatu yang kurang baik..tapi saya masih berdoa supaya semuanya selamat.


Tinggal kenangan.....my baby.. :'(

Selang beberapa minit, doktor  pun memberitahu saya..Janin masih ada lagi dan usia janin sekarang sebenarnya 8 minggu dan tidak membesar  seperti 10 minggu.. doktor bagitau saya yang janin tu dah takde heartbeat. Saya seolah-olah tak percaya..saya bertanya samaada doktor pasti atau pun tak..tapi doktor mengatakan memang sudah tidak ada denyutan jantung lagi pada janin.
Tiba-tiba airmata saya mengalir. Saya menangis. Walaupun saya redha, tapi hati saya sedih. Di luar tadi saya berjanji pada diri saya yang saya akan terima apa sahaja keputusan. Tapi ternyata saya tidak kuat. Saya mula teringat yang siang tadi saya mengemas rumah, vakum ,basuh toilet, dan mengangkat air untuk bekalan di musim catuan air sekarang ini. Saya menyalahkan diri sendiri. ..Tapi apakan daya..saya tidak boleh hanya mengharapkan ibu saya seorang menguruskan rumah, kerana dia pun sudah berusia..

Kad temujanji hospital..

Saya perlu datang semula ke klinik Obstetrics and gynaecology (tak reti nak eja..copy & paste dr En. Google je..hhhaha..gelak kan diri sendiri)  untuk scan sekali lagi memandangkan bleeding yang keluar tu masih sedikit.. Dalam kereta masa perjalanan balik, saya masih mencari-cari apakah punca kepada keguguran saya ini..Saya masih menyalahkan diri sendiri. Nasib baiklah ada Encik Hubby disisi yang memberi kata-kata semangat..Kata En. Hubby..sabar..ini dugaan dari tuhan....Zikir..zikir..penawar untuk hati yang resah...



             Klinik Obstetrics and Gynaecology kat Hospital Ampang yang maha ramai manusia


Jumaat ….Pagi-pagi lagi (takla pagi buta sangat)..dalam kul 9 pagi (alasan biasalah..sebab jalan jem) saya dah terpacak kat depan Klinik O&G..Kali ini saya bawa Cik Syifa ditemani oleh Encik Hubby. Saya kena mendaftar dulu di kaunter hadapan sebelum pergi ke klinik O&G. Ambik nombor giliran dulu dan tunggu nombor anda dipanggil. Dalam 10 minit, nombor giliran saya dipanggil. Bayaran yang dikenakan ialah RM5 bukan RM1 macam dekat kaunter kecemasan tu. Sebabnya ni nak jumpa specialist, jadi bayar 5x ganda. Okey..takpe..tak banyak cakap sebab masih murah lagi..


Sila tunggu sebentar..Anda akan dilayan sebentar lagi..


Saya mendaftar di kaunter Klinik O&G pula. Ada 3 orang jururawat yang bertugas di bahagian kaunter. Saya tunggu lagi..10 minit kemudian nama saya dipanggil, diberikan nombor giliran sekali lagi dan disuruh pergi untuk ke bilik yang berada di hujung sekali untuk timbang berat dan ambil urine. Nombor giliran saya yang ke berapa puluh tah..tapi saya dah biasa menjadi penunggu setia. Jadi diri saya mudah memahami situasi menunggu di hospital kerajaan. Cuma Cik Syifa belum memahami keadaan ni lagi, jadi terpaksalah saya berhempas pulas menenangkan kegelisahannya. Sesekali Encik Hubby bawa Syifa meronda hospital, sampai lenguh kaki katanya. Syifa memang suka berjalan. Menurut cerita Encik Hubby, kalau boleh semua orang nak di “da da” nya yang bermaksud bye..bye..dalam kamus dewan bahasa Cik Syifa. Kalau dah habis idea macamana nak bagi Syifa duduk diam, saya bawa dia ke bilik menyusu. Kat situ tenang sikit, takde baby masa tu menyusu, jadi saya boleh main kejar-kejar, melompat bintang ke hapa..takde orang kesah. Encik Hubby sempat pergi ke cafeteria hospital dan membelikan saya 6 biji kuih karipap dengan air mineral. Lapar...nasib baik ada karipap untuk lapik perut.



 Pukul 12.10 pm barulah seorang doktor yang comel yang bernama Suri memanggil nama saya. Saya di minta untuk scan sekali  lagi. Prosedur yang sama saya lalui sewaktu hari pertama saya bleeding..Sekali lagi saya rasa sedih bila nampak  janin yang begitu kecil. Waktu ini darah masih belum banyak keluar, hanya lendir yang bercampur darah sahaja. Doktor bagitau saya sekiranya ada banyak darah keluar atau ada ketulan yang besar atau kantung yang keluar masa dirumah nanti, cepat-cepat datang ke hospital, sebab takut ada komplikasi lain. Doktor aturkan hari ahad, petang  untuk saya masuk wad dan  cuci semua isi dan darah tu.

Ahad..pukul 3 pagi saya terjaga. Bila saya bangun..Ya Allah..banyaknya darah mengalir keluar.. habis cadar dan tilam basah terkena darah. Cepat-cepat saya ke bilik air. Masa tu sakit contraction semakin kuat. Dalam toilet ketulan-ketulan merah seperti daging berciciran di atas lantai. Saya kutip satu demi satu dan masukkan kedalam plastik . Berlinangan airmata saya mengutip cebisan-cebisan daging tu. Ya..itulah anak yang saya sempat kandungkan selama 10 minggu..Maafkan Mama nak....
Saya tak faham bagaimana seorang ibu yang melahirkan bayi yang sempurna sifatnya sanggup membuang bayi yang comel itu ke dalam tandas atau tempat buangan sampah..sampai hati kamu..sedangkan saya melihat janin yang keluar menjadi ketulan darah itupun hati saya menjadi sayu...Saya pasti jika anda juga yang mendengar kes bunag bayi mesti merasa marah dan sedih dengan perilaku manusia seperti *&&%^%^..

Pagi itu, sepatutnya saya terus pergi ke hospital, tapi disebabkan kesiankan Syifa yang kurang sihat masa tu, saya ambil keputusan untuk pergi selepas Zohor, lagipun petang tu saya akan admit ke hospital. Selepas Zohor, saya ditemani Encik Hubby bergerak ke hospital. Sampai di hospital, saya ke kaunter 8 unit kecemasan untuk mendaftar masuk wad. Cik Syifa saya tinggalkan dengan mak. Terima kasih mak tolong jagakan Syifa sepanjang saya di wad.

Hari pertama di wad...Makan malam saya....tak lalu nak makan..makan kobis je..

Saya pilih untuk masuk wad biasa, kelas ke berapa tak penting bagi saya sebab saya hanya ingin pulang segera ke rumah. Saya kena berpuasa dari pukul 12 malam hingga 12 tengahari esoknya . Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata. Sakit..Contraction makin kuat..Sangat sakit.. Apalah yang Syifa tengah buat sekarang..Sepanjang malam saya berdoa dan berzikir..Baca ayat kursi, 3 kul..segala macam selawat keluar dari bibir saya..tapi mata masih belum boleh lelap. Benarlah..bila time sakit..susah sahaja barulah betul-betul ingat Allah..Sebab itu Allah datangkan ujian kepada saya..supaya saya dekat dengan Allah..Supaya saya sedar dan muhasabah diri…Saya baru di uji dengan sedikit kesakitan sudah mula gelabah.. Saya sangat kagum dengan ibu-ibu dan isteri-isteri tragedy MH370..mereka redho..mereka pasrah dengan ketentuan dari Allah… Saya tidak dapat bayangkan sekiranya saya yang berada di tempat mereka...




Dalam wad ini ada 4 katil dan 3 orang pesakit termasuklah diriku...



Doktor-doktor freshie...muka semua control ayu..
Kalau masuk hospital tak boleh amik gambar tau..jangan tiru aksi saya di hospital Ampang..


Dalam pukul 9 pagi seorang doktor pelatih lelaki meminta saya tandatangan borang persetujuan untuk pemindahan darah. Sekiranya berlaku perkara yang tak diingini mereka akan menjalankan pemindahan darah..tapi menurut doktor pelatih tersebut, ini cuma prosedur biasa, dalam kes keguguran jarang berlaku pemindahan darah semasa dalam bilik operation. 
Sejam kemudian, seorang doktor wanita India (specialist O&G)datang menjenguk saya ... Menurut doktor, prosedur cuci tu ambil masa lebih kurang 30 minit. Doktor akan masukkan alat dalam tu untuk cuci. Saya tak akan rasa sakit sebab doktor akan masukkan ubat bius. Sekarang saya perlu makan ubat dulu untuk memudahkan pintu rahim terbuka. Sepatutnya saya perlu makan ubat tu pukul 6 pagi tadi, tapi doktor pelatih tu terlupa beritahu pada nurse, apalagi.tang tu gak doktor pelatih tu kene lecture


Menunggu untuk di bawa ke bilik operation

Pukul 12.30 tengahari seorang nurse datang membawa baju uniform bilik operation. Saya baring di katil sambil katil saya di tolak menuju ke bilik operation. Masuk sahaja di pintu hadapan bilik operation seorang nurse berbaju biru bertanya siapa nama saya dan nombor ic saya utntuk tujuan pengesahan. Saya ditanya samaada memakai barang kemas atau contact lense atau gigi palsu. Katil saya diletakkan ditempat menunggu bilik operation berhadapan dengan kaunter nurse. Ada 4 orang pesakit yang sedang menunggu giliran termasuk saya dan dua orang ibu yang akan melahirkan anak.  Saya menahan kesejukan..dengan berbekalkan baju sehelai sepinggang dan selimut putih tu, saya berdoa agar giliran saya di percepatkan. Lebih kurang 45 minit saya menunggu, seorang doktor cina perempuan memperkenalkan diri  kepada saya. Dia bertanya sekiranya saya pernah menjalani pembedahan sebelum ini. Dan saya mengiyakan kerana sebelum ini saya pernah menjalani pembedahan appendiks dan slip dics tulang belakang. Doktor bius memberitahu saya dia akan memasukkan ubat bius tapi tidak melalui injection di bahagian tulang belakang sebab saya pernah menjalani pembedahan dibahagian tersebut.
Masuk sahaja operation theater, saya dipakaikan topeng oksigen, di kiri kanan saya ada nurse yang memasangkan wayar, ada yang mengambil tekanan darah, ada yang memasukkan tiub di tangan saya,dan ……saya tak sedar apa yang berlaku selapas itu….zzzzzzz  zzzz   zzzz

Bila saya sedar katil saya telahpun berada di dalam wad. Kepala saya masih berpinar-pinar..saya seperti namapak Syifa dan En Hubby datang kearah saya..Iyela..memang betul pun..ingatkan mimpi tadi..Kesiannya Syifa..Dapat jumpa sekejap je sebab masa tu bukan waktu melawat. Syifa menangis sebab dapat duduk sekejap je dengan saya..Encik Hubby bawa Syifa balik ke rumah dulu, sebab keadaan saya masih lemah..dari malam tadi sebiji nasi pun masih belum saya jamah.  Sajian untuk makan petang sebiji pau inti kaya dan air teh. Itulah sahaja yang saya makan.  



Bil hospital....tak sampai 20 hengget..
Kalau hospital swasta dah cecah RM2000..


Alhamdulillah..petang tu discharged. Saya dibekalkan dengan ubat tahan sakit, ubat gastrik dan asid folic. Sampai saya di rumah Cik Syifa memang tak nak berenggang dengan saya. Ke mana saya pergi dia ikut je..sampai ke toilet..takut kena tinggal lagi..alahai anakanda mama ni....Balik dari hospital tu masih ada lagi darah yang keluar..tapi selepas 2 minggu. Alhamdulillah dah bersih semuanya. 


Itulah pengalaman saya keguguran…sebelum ini saya ingat bila keguguran tu darah keluar mencurah-curah macam dalam drama tv tu..tak payah pegi cuci ke ape..rupanya banyak ibu yang keguguran ni kena buat. Dari segi mental, emosi dan fizikal lebih kurang sama je macam ibu yang melahirkan anak. Kena berpantang..Tapi saya 2 ari je berpantang lepas tu saya makan je semua..
Berakhir salah satu episod kehidupan dalam hidup saya..okey dah habis dah cerita saya...Awak yang baca ni..jaga diri baik-baik okey..bye!

                                                                         Tamat










0 comments:




Senyum lebar dekat The Smile Clinic

6:34:00 pm Sha Nazri 0 Comments


Ini cerita minggu lepas...
Saya rasa nyilu sangat bila kunyah makanan...Rasanya gigi saya yang dah berusia 30 tahun ni nak kena service ni..jadi saya pun mengutarakan pendapat saya kepada Encik Hubby untuk pergi jumpa dentist.
Encik Hubby pun setuju bawa saya dan tak ketinggalan Cik Syifa pun nak turut serta. Angkutla sekali kalau tak memekik dia tinggal dengan neneknya.

Seingat saya kali terakhir lawatan saya ke klinik gigi adalah............emmmmm
tahlah..hilang ingatan..sebab begitu lama tak jumpa dentist. Bukan sebab takut..tapi sebab gigi saya tak pernah sakit. Klinik gigi yang kami sekeluarga nak pergi ni terletak di Taman Tun. Encik Hubby pun ingat-ingat lupa klinik yang mana satu..Saya disuruh menjadi co pilot. Saya mencari-cari klinik gigi disebalik deretan kedai-kedai..biasanya klinik gigi citarasa Encik Hubby ni kat tingkat atas kedai, kecik....tersorok dan tak begitu popular...Tapi sangkaan saya meleset..



Pandangan daripada luar



Kami disambut oleh staff yang ramah mesra macam dalam gambar ni..

Okey pada mereka yang nak berkunjung ke klinik ni..saya memang  alu-alukan...sebab sepanjang pengalaman saya cuci dan tampal gigi doktor cina lelaki tu (tak ingat nama dia) memang sangat friendly dan baik hati.
Saya pernah terbaca satu blog yang menceritakan pengalaman dia mencabut gigi di klinik kerajaan. Masa saya baca agak gerun saya nak jumpa dentist, sebab suasananya sangat berbeza dengan klinik gigi The Smile Clinic. Rasa seperti berada di rumah sendiri. 


Ruang tempat untuk menunggu..sofa yang selesa..
Rasa nak baring je kat sini. Nasib Encik Hubby tak berdengkur kat sini..
Kat belakang tu yang ada pintu tu bilik untuk doktor servis gigi. Ada 4 bilik semuanya kalau tak silap saya.. Semua asing-asing. Kalau sape yang meraung masa cabut gigi tu takdelah jeritan tu terus tembus ke telinga.




Depan sofa ada tv dan dekorasi yang simple tapi kemas..cantik..
Kiri dan kanan ada pokok menghijau..




Semuanya nampak tersusun rapi..
Kaunter di bahagian tengah tu pun takde sarat dengan fail dan kertas-kertas.
Rak kat belakang meja kaunter tu kemas dengan hiasaan frame gambar dan teddy bear yang kiut miut.


Cik Syifa pun tak boring sebab kat klinik ni ada ruang untuk  bermain. Walaupun saya ambil masa hampir 30 minit dalam bilik tu, Syifa tak meragam pun. Sebelah meja TV, dekat sudut tu , ada meja dan kerusi comel dan juga rak warna merah disusun dengan barang permainan. 



Cik Syifa sedang khusyuk menulis..



Yang ni main lego pulak..tengah cantum-cantum blok.



Senyuman menawan kalbu saya sebelum masuk bilik dentist




Syifa tak hengat nak balik rumah..




Lagi aksi Syifa main train pulak dah...
jangan malu-malu ye..wat macam umah sendiri.
Syifa siap nak simpan train dalam beg mama..oh tidak!!nanti kita beli keretapi lagi besar ye sayang..okey..baru Syifa lepaskan train tu..kalau tak..berperang kat situ.


Saya kena tahan makan untuk 2 jam..sebab gigi bertampal..aduhai terliur tengok Encik Hubby dengan Syifa makan aiskrim...
Sebelum balik saya di lecture oleh doktor tentang penjagaan asa gigi, kena berus sekurang-kurangnya 2 kali sehari, kena floss dan jumpa doktor gigi 6 bulan sekali. 
Okey dah tau dah...
 Saya diberi 6 peket sample ubat gigi sebagai ole-ole untuk di bawa balik...
2 colgate, 2 sensodyne dan 2 ubat gigi pureen..
sample ubat gigi je..sample lain ada tak nak bagi free? Agak-agakla..dah bagi 6 peket tu pun dah bersyukur..

Alhamdulillah..sampai hari ni..gigi dah tak rasa sakit dan nyilu lagi.. 
Kalau sakit gigi, lain kali saya akan terjah klinik ni lagi. Tak serik nak jumpa dentist..

Website klinik :

Alamat Klinik dan Cawangan


Monday To Friday9.30am - 6.30pm
Saturday9.30am - 4.00pm
Sunday / Public HolidayClosed

Unit 244C, 2nd Floor, Western Courtyard, The Curve,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor.


037728 4428

037725 4428

info@thesmileclinic.com.my




No.86, Ground Floor,
Jalan Burhanuddin Helmi,
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur.


03 7722 4228

03 7727 4428

info@thesmileclinic.com.my




Tropicana Medical Centre
Kota Damansara.


11, Jalan Teknologi
Taman Sains Selangor 1
Pju 5, 47810 Petaling Jaya, Selangor D. E.


03 6287 1111

03 6287 1212

thesmileclinicdental@gmail.com



0 comments: