Tuesday, June 24, 2014

Mari Mengemas Plastik

by , in
    Siti situ sana sini plastik. 
Plastik oh plastik..
Beli barang mesti ada plastik yang di bawa balik,
 nak buang rasa sayang. 
Dalam hati..plastik ni simpan untuk masa depan..nak guna nanti.
Saya akui saya salah seorang pengumpul tegar beg plastik. 
Balik dari membeli belah di pasaraya, 
mulalah kumpul semua plastik dan masukkan semua dalam bakul.
 Bertimbun dah kat rumah.
Saya pernah kongsikan cara saya DIY kotak untuk menyimpan plastik sampah DISINI.
 Tapi tu cuma plastik sampah..
Hari ini saya nak DIY pula tempat untuk saya simpan 
plastik yang dari pasaraya tu.
Sebelum ini saya lipatkan plastik tu bentuk segitiga
 dan simpan dalam bekas. Bagus cara ini, tapi saya takde masa melipat 
di tambah pula dengan penyakit lemah-lemah badan bila nak lipat plastik aka MALAS. 
Saya perlukan satu sistem yang lebih ringkas, 
cepat dan mudah dalam dunia yang serba mencabar ini.
Jadi saya telah melakukan perubahan yang drastik.
 Pada suatu hari, saya telah terjumpa dengan kotak seterika. 
Setelah beberapa ketika merenung kotak tersebut,
 dengan tidak semena-menanya saya mendapat idea 
untuk mengisi plastik ke dalam kotak seterika itu.



Tetapi sebelum itu, saya perlulah menggunakan peralatan yang sesuai untuk projek DIY kali ini.





Mula-mula kena buat bulatan kat kotak. 
Saya gunakan cawan untuk membuat bulatan di sisi kotak ini.





Gunakan pisau untuk memotong kotak yang dah dilukis bulatan tadi.





Saya balut dengan kertas pembalut yang ada sticker ini. 
Cepat..tak payah gam lagi.
Proses yang sama seperti saya buat tempat simpan plastik DISINI.
Kertas pembalut ini jenis licin, permukaannya macam plastik dan kalis air.
 Sebab saya gunakan pembalut jenis ini, saya nak permukaan kotak saya tahan lasak,
 kalau air terpercik sikit, cuma lap kan.
Oh ye..kotak seterika tu saya balut dulu dengan kertas warna putih.
 Ini kerana kertas pembalut saya tu berlatarbelakangkan warna putih. 
Bila saya balut, tulisan seterika pada kotak tu nampak berbayang
 atas kertas pembalut tu, Jadi saya terpaksa tutup kotak tu dengan 
kertas putih tu dahulu. Moral of the story..
elakkan beli kertas yang ada latarbelakang warna putih.





 Dah siap. Isikan dengan plastik.
Saya cuma isikan plastik yang  berpotensi untuk saya gunakan je, 
yang lain tu saya buang.




Saya buat 2 kotak, satu untuk plastik sampah dan 
1 untuk plastik besar. Ada lagi..untuk plastik kecil, saya masukkan
 dalam bekas yang telah saya buat dalam entri sebelum ini
Labelkan supaya tak confused nanti.
Bila buat lubang di tepi kotak ini, mudah untuk saya ambil plastik tu.
Kalau nak simpan tak perlu lipat, terus masukkan je ke dalam kotak ini.




Saya letakkan di atas rak yang warna-warni ini, 
iaitu tempat saya menyimpan peralatan mencuci.
Plastik ini mudah untuk saya ambil, 
sebab tempatnya di dapur dan dekat dengan tong sampah.




Sekian, terima kasih.


Jaga diri!
Monday, June 23, 2014

DIY: Homemade Document Holder daripada kotak

by , in

Olá, como você está?
Longa história .. você saudável ouviu isso? Comeu ou não ..            

Haiihh..pening hakak membaca status di atas.
Relax brother and relax sister,
jangan tergesa-gesa membuka new tab untuk google translate.
Saya boleh terus menterjemahkan di sini..
saya ulangi..bukan menjemahkan..tetapi menterjemahkan..

Tu dia..bahasa Portugis sudah keluar hari ini,
akibat sepakan percuma Piala Dunia di Brazil.
Terjemahan dari ayat di atas ialah..
Hai korang, apa khabar? Lama tak dengar cerita..Sihat ke?
Dah makan ke belum..

Kalau dah makan, ucaplah Alhamdulillah..
kenyang hari ni ye..ramai lagi insan di dunia masih kebuluran di luar sana.
Kalau belum makan, ambil secawan milo atau teh,
 cicah biskut sambil tu boleh baca cerita saya hari ini.
Jangan biarkan perut kosong..nanti berangin satu badan.

Okey..sekian dulu mukadimah saya..
mukadimah tak boleh bermeter-meter panjangnya seperti kain langsir,
 ia seharusnya pendek, ringkas dan padat
untuk mengelakkan penulis blog dari di keji. Huh..

Okey..saya teruskan dengan tajuk hari ini..

Mungkin ada yang masih termenung memikirkan idea
yang bernas untuk mengemaskan kotak ataupun cardboard
bahasa omputihnya yang masih terperap di dalam bilik stor.
 Daripada ia terbiar di sudut bilik ataupun di belakang pintu
saya ada idea yang boleh di kongsi untuk menjadikan kotak itu
 tempat untuk meletakkan dokumen, majalah,
kertas peperiksaan anak-anak dan lain-lain lagi.



Perkenalkan Cik Syifa..
Puteri saya yang ceria di atas kotak bekas dapur gas, 
sedang menarikan tarian Ali Café gaya Fahrin Ahmad. 
Berkepak-kepak tariannya dah macam ayam den lopeh..
Opss..peminat Fahrin Ahmad jangan cepat melenting..
Statement berkepak bukan ditujukan pada Encik Fahrin, tapi Cik Syifa..





 
Kotak tadi saya ukur dengan pembaris yang dibeli 
masa zaman saya kat Matrik Kuala Pilah dulu (dah lebih 10 tahun). 
Kemudian, potong dengan menggunakan pisau yang tajam.
Tips supaya lantai vinyl anda tidak calar 
sewaktu memotong kotak dengan pisau yang super tajam itu:
Gunakanlah  landas..iye..landas untuk memotong sayur 
juga boleh di gunakan untuk memotong kotak.




Kotak yang siap di potong mengikut ukuran saya.
Bahagian C itu untuk hadapan dokumen holder ini
dan bahagian D itu untuk tapaknya. 
Kalau dah ada kat rumah, boleh je digunakan untuk
dijadikan acuan untuk ukuran tu.




 
Meh kita gam pulak. Saya guna hot gun sebab nak cepat kering. 
Kalau gam cair yang biasa tu, kena jadi
patung cendana kat situ, duduk lama sikit, tunggu kering.





Kotak dah siap kena gam.





Jom kita balut document holder ni. Nak bagi lebih cantik, tertarik dan menarik.
Letak gam kat wrapping paper.





 
Dah siap balut.
  



 
Setelah di balut, saya letakkan fail dan buku di dalamnya.     

Mungkin ada yang bercakap dalam hati.
Ala..dokumen holder macam ni baru 2 rengget satu,
wat pe susah-susah I nak buat..I beli je..(mulut haruslah muncung) hehe..

Iye..boleh beli..silakan..tiada yang melarang,
tapi kalau anda rajin dan kreatif menggunakan
bahan-bahan terbuang di sekeliling anda,
sampah yang ada di rumah juga boleh menjadi sesuatu yang berguna.

Sekian, terima kasih berkunjung ke blog saya!  :)


Jaga diri baik-baik..



                                                                                                                                                                                                                                                                                                 





Monday, June 23, 2014

Oh..insan istimewa ini bernama Firdaus..

by , in
Cerita tentang seorang anak OKU yang di abaikan oleh ibunya yang saya lihat di Buletin Utama TV3 semalam sangat menyayat hati saya.




Mengucap panjang pegawai imegresen yang menjumpai adik ini dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Menurut apa yang di katakan oleh pegawai tersebut dalam berita semalam, anak ini dijumpai dalam keadaan tidak terurus, duduk di sebuah bilik yang berlantaikan tanah dan di penuhi dengan najis. Lihat sahaja pada badannya. Baju yang di pakai telah reput, seperti lama tidak berganti, tiada pakaian yang menutupi tubuhnya yang kurus kering.


Saya menonton dalam berita yang disiarkan di TV3, dia keluar dari bilik itu dalam keadaan mengesot-ngesot. Sedihnya saya lihat kamu dik..
Oh ibu!..Kenapa sampai hati membiarkan dia di situ...
Tak dapat bayangkan bagaimana kamu melalui semua ini dik..

Mujur ada insan yang menemuimu..Membawamu ke hospital..Moga Allah membalas budi baik insan yang membantu Firdaus itu. Jika tidak, mungkin adik Firdaus akan dibiarkan sepi..Ceritanya juga tidak dapat di dengari hari ini.

Malam ini cerita adik Firdaus ini di siarkan lagi di berita TV3. Keadaanya stabil dan alhamdulillah..kuasa Allah..walaupun dia terbiar tidak dijaga dengan baik, dia sihat..tiada penyakit yang memudharatkan.


Mudah-mudahan insan yang di luar sana, jika berkemampuan, hulurkanlah tangan bantu adik Firdaus ini.

Saya doakan adik Firdaus mendapat tempat yang lebih baik. Hidup dengan gembira dan ceria.



Friday, June 20, 2014

Membasuh Mesin Basuh Episod Terakhir

by , in
Dalam episod yang pertama saya telah memperkenalkan pencuci untuk membasuh mesin basuh. Kali ini episod yang terakhir. Cerita ni ada 2 episod je. Pengarah, jurugegas, penerbit dan pelakonnya ialah saya dan mesin basuh.  Ayuh kita mulakan!


Manakala heroinnya pula ialah pencuci Wash Drum Cleaner jenama Cosway,
 seperti yang telah saya ceritakan dalam entri sebelum ini.




Mula-mula saya on kan mesin basuh pada mode wash dengan air takat paling tinggi.
(lain design mesin basuh lain caranya)





Bila air dah masuk dalam mesin, masukkan sepeket pencuci Wash Drum Cleaner ni.





Biarkan air dalam mesin basuh selama sekurang-kurangnya 5 jam. 
Saya rendam 3 jam je.
Sisa-sisa dari habuk kain tu dah timbul atas permukaaan air.
Waktu ini boleh lihat daki-daki yang keluar dari keliling mesin basuh tu.





Lepas 2 jam, tukar pada mode clean tub dekat mesin basuh saya.
Boleh jugak guna soak, tapi saya tak nak sebab 
saya nak biarkan mesin basuh saya terendam lama sikit.




Selepas habis clean tub nampak tak ada kotoran yang tertinggal di permukaan mesin basuh tu?
Lap kotoran tu dengan kain lembap sementara masih basah lagi.
Kalau dah kering nanti susah nak tanggalkan kotoran tu.




Berus gigi ini (free gift masa beli beras cap rambutan) 
saya gunakan membersihkan penutup dekat bahagian filter mesin basuh.
Penuh dengan habuk-habuk. Inilah kotoran yang akan melekat pada baju bila di basuh.




Dah siap di bersihkan.





 Lalalala..seronok tengok mesin basuh bersih berkilat. Bau pun fresh je..
Amalkan mencuci mesin basuh sebulan sekali, 
tapi bagi saya  yang konon-konon busy ni 3 bulan sekali pun dah memadai.
Selamat Membasuh!

Take CAre!



Thursday, June 19, 2014

Basuh Mesin Basuh Episod 1

by , in
Saya nak kongsi satu benda yang jarang kita basuh, tapi selalu kita guna untuk membasuh.. Apa dia murid-murid?.. Iye jawapannya mesin basuh.

Untuk episod pertama ini saya nak kongsikan produk yang dapat membantu untuk menjadikan mesin basuh lebih berkilat. Pada mulanya saya agak ragu-ragu juga dengan kebolehan produk ini, tapi setelah di basuh dengan ayat-ayat pujukan oleh BFF saya, saya pun bersetuju menggunakan produk ini.




Inilah produk yang saya maksudkan. Wash Drum Cleaner. 
Saya telah mencuba dan menggunakan produk ini beberapa kali.
 Saya beli di Cosway tahun lepas,kalau tak silap saya harganya lebih kurang RM10.
 Sebelum ini saya cuma tekan button clean tube dekat mesin basuh
 saya untuk cuci dalam mesin basuh, tapi setelah saya guna bersama 
dengan produk ini, kesannya sangat memberangsangkan.

Apa yang yang best sangat?
Bagi peminat bola sepak mungkin topik ini tak berapa hot sangat..
tapi bagi suri dan ibu-ibu mesti nak tahu keistimewaan produk ini kan.



Ini menurut pengeluarnya:
  • Tidak bertoksik, 100% biorosat dan mesra alam.
  • Berkesan menanggalkan timbunan kerak kapur, daki sabun, perca kain dan kotoran yang mencomotkan pakaian yang telah di basuh.
  • Menyahkuman untuk cucian yang bersih
  • Memanjangkan tempoh hayat mesin dengan mempertingkatkan prestasi pencuciannya.


Arahan penggunaanya seperti yang tertera di belakang kotak. 
Maafkan keburukan kotak itu. Terlalu lama berada di kawasan 
kering dan lembap sepanjang tahun, jadi kotak ni dah semakin buruk rupanya.





Ini rupanya serbuk pencuci mesin basuh Wash Drum Cleaner
Berbiji-biji kecil warna putih.

Kat mana nak beli? Boleh cari kat kedai Cosway. 

Nanti saya kongsikan pengalaman saya membasuh mesin basuh menggunakan Wash Drum Cleaner dalam episod seterusnya.

Take CAre!













Thursday, June 19, 2014

Pantry Versi Budget Ciput

by , in
Hai kawan-kawan..
Sihat tak?
 Lama tak mengepos cerita kat blog ni..Sangat rindu..ekekek..
Cerita saya dalam 4-5 hari yang serba busy  ni 
saya mulakan dengan pantry kecil yang kiut miut tu..
Mana..? mana dia? Kiut sangat ke?
Meh dok dekat sikit..nak share ni.




Inilah dia pantry versi budget ciput yang saya perkenalkan di awal tadi.
Almaklumlah rumah sewa..takde la saya nak ber KC bagai. 
Nanti apa pula pandangan tuan rumah. Mungkin suka mungkin tak suka kan..
Jadi inilah satu-satunya jalan selain daripada jalan yang lain 
untuk saya menyusun atur stok barang dapur dan juga stok makanan 
yang tak seberapa tu, terutamanya bila tengah-tengah bulan..
Makin lama makin susut..banyak yang dah masuk dalam perut.

Masih ingatkah anda dengan rak ini? 
Iya..kalau anda masih ingat lagi rak ini saya gunakan untuk meletak buku
 di sudut home office saya yang kos rendah itu. Sekarang dah beralih ke dapur.
 Buku-buku saya dah pindah ke rak yang lain.
 Sebenarnya rak ini dah beberapa kali berpindah randah mengikut kesukaan hati saya..haha..
tapi saya janji yang ini mungkin bukan kali terakhir..
pengubahsuaian ini akan terus berlaku selagi hayat di kandung badan.

Rak ini betul-betul berada di tepi dinding ruang masuk ke dapur cinonet saya. 
Pantry kecil ini ibarat penyambut tetamu yang mengalu-alukan kedatangan saya ke dapur. 
Saya letak di sini sebab tempat ini agak strategik, bersebelahan dengan dapur memasak dan yang paling penting saya dah tak boleh fikir lagi tempat lain kerana ruang yang agak cinonet di sini.
 Kalau letak mengadap tempat lain di khuatiri nanti badan dah kat dapur,
 tapi kaki masih di luar dek kerana tersepit di tengah-tengah.

Okey jom  saya cerita fungsi rak ini di setiap tingkatnya.

Nun di atas sana saya letakkan stok ubat-ubat yang saya pernah cerita di SINI
Nampaknya ada 2 buah bakul merah lagi, maknanya stok ubat dalam
 rumah sudah bertambah dan saya perlu lakukan sesuatu nanti..iaitu sesi penyisihan ubat. 
Tudung saji hijau tu saya sangkut kat dinding, sebab jarang di gunakan.
Tingkat pertama bahagian satu: 
Saya susun semua jenis sedara mara tepung kat sini. 
Saya suka buat kuih tapi tak la rajin sangat. Suka-suka je..
Cuba resepi ..kadang-kadang ok, kadang-kadang ko..
bolehlah untuk  family makan. Antara koleksi tepung saya ialah
 tepung gandum, tepung pulut, tepung jagung, tepung ubi,
 tepung naik sendiri, tepung roti, tepung pau dan tepung kastard. 
Kaya lah tauke tepung.  Lepas ni saya boleh bukak kedai jual tepung online. 
Tapi tepung-tepung ini saya belum nak let go lagi. Haha.. 
Eh..ada satu bekas berisi keropok udang kat tepi tu tersesat. 
Ini mesti kerja En Hubby.
Kena buat label cepat-cepat ni. 
Pengsan kang nak cari tepung gandum bila nak buat cekodok nanti. 
Sementara waktu ni saya label dengan sticker kuning, tulis tangan. 
Tak cantik sebab tu tak nak tunjuk dulu.
Bahagian kedua tu saya letak gula, nestum dan susu. 
Senang untuk saya ambil bila dah letak satu tempat macam ni. 
Dalam bakul putih tu saya letak tisu, plastic zip lock
baking paper dan aluminium foil. Dalam bekas biru yang rendah tu pula ialah 
baking powder, ovalette dan yis.





Okey  beralih ke tingkat yang kedua.
Telur yang sudah di basuh bersih saya letak dalam bakul biru.
 Kemudian di ikuti dengan bakul yang berisi kaum kerabat botol
 iaitu sos cili, sos tiram, kicap, cuka dan fish sauce.
Dalam bakul putih sebelah botol-botol tu pula ialah jar 
atau botol mayonis yang saya guna semula. 
Cerita pasal botol  atau jar ni saya ada kongsikan di SINI
Dalam botol tu antaranya saya isikan dengan kacang, kismis dan lain-lain lagi. 
 Di bahagian ketiga pula saya susunkan bihun (yang pasti bukan cap masjid),
 spaghetti , meggi dan bekas yang berisi biskut dan kerepek.
Bawah tu pula, dalam bakul pink..motif guna kaler pink?
 Sebab nak bagi keceriaan pada rak ini. Pink ialah warna motivasi untuk saya memasak. 
 Dalam bakul pink tu ada bawang besar, sebelahnya bawang putih dan kentang. 
Maaf kerana kentang tidak begitu menonjol di situ di sebabkan kentang tinggal sebiji je.. Hehe..
Ini di sebabkan kentang-kentang yang lain telah di korbankan untuk membuat pegedil. 
Selain daripada botol rempah ratus yang saya cerita kat SINI, 
saya ada satu lagi tempat untuk simpan rempah ratus yang masih 
didalam plastik tapi sudah di buka bungkusannya. 
Ada rempah yang dalam plastik besar, tak muat untuk masuk semua dalam 
bekas rempah ratus yang kecil itu. Saya ikat dengan getah dan kumpulkan semua tu 
di dalam bekas empat segi yang berpenutup merah itu. 
  
Di sebelahnya pula bekas kosong yang boleh pusing-pusing tu.




Bawah sekali minyak masak.  Beli dua sebab minyak masak selalu tak cukup stok kat kedai. 
Tak taulah kenapa..time nak dekat puasa dan raya ni mesti 
ada kekurangan bahan mentah kat pasaraya, kedai runcit pun sama. 
Kekadang terpaksa beratur nak beli minyak masak. Sebab tu beli 2 botol sekaligus.
 Saya letak beras dalam bekas bulat tu.
Blender pun kat situ. Senang nak capai.
 Barang eletrik yang jarang guna saya letak dalam storage box.



Bila susun macam ini, lebih banyak ruang yang saya boleh gunakan.
 Senang untuk saya cari barang-barang kering untuk memasak 
dan saya boleh memasak dengan riang gembira.  
Tu je buat kali ini.

 Jaga Diri!
               
















               




Thursday, June 12, 2014

Simpan Lengkuas dan Daun Saderi

by , in


Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya yang tak berapa nak awesome ni.. 
Walaupun begitu, saya tak jemu-jemu menulis blog kerana saya menulis bukan kerna nama.
 Ececeh..macam lirik lagu pulak.
Tujuan saya menulis hari ini tak lain tak bukan untuk berkongsi tips 
yang mungkin dapat menyelesaikan tak banyak pun sikit 
masalah lengkuas yang cepat kecut dan daun saderi yang berlendir
 jika disimpan terlalu lama dalam peti sejuk.
Okey..just sit back and relax..kerana semuanya akan saya reveal kan hari ini..dimana? 
Di sinilah..



Memperkenalkan encik lengkuas atau nama saintifiknya Alpinia galangal Swartz.




Sediakan bekas kosong yang ada penutup dan 
masukkan lengkuas kedalam bekas tersebut. 
Lengkuas ini saya potong tebal-tebal sikit supaya muat dalam bekas comel saya tu.
Nak masuk seketul lengkuas tu pun boleh, tapi guna bekas besarlah jugak.




Masukkan air ke dalam bekas yang telah diisi lengkuas 
sampai semua lengkuas tadi terendam di dalam air.




Tutup rapat-rapat.
Simpan lengkuas di dalam peti ais.
Jangan lupa untuk tukarkan airnya seminggu sekali supaya tak berlendir.
Boleh tahan sampai berbulan-bulan..tak caye..cuba test try tengok..

Ada yang datang rumah saya confuse, dia ingat ni jeruk yang boleh makan tu..
Eh..ni tak boleh di makan begitu sahaja..Nanti cirit bertubi-tubi datang kang..


Kejap..ada lagi nak story mory ni..Awal entri tadi dah pesan kan..sit back and relax..
Jadi dok diam-diam kat situ sambil baca dalam hati. 
Meh sini, tengok gambar kat bawah.



Daun saderi  atau nama panjangnya Apium graveolens 
acapkali di gunakan di dalam sup atau salad.
Kalau beli daun saderi ni mesti ikatannya besar-besar kan. 
Nak simpan dalam peti sejuk dalam jangka masa yang lama
 memang tak dapek la. Kalau dalam plastik cepat berair, 
dalam suratkhabar pun akan layu juga akhirnya.
 Maafkanlah dedaunan saya di atas yang togel sedikit. 
 Dah guna selama beberapa hari, jadi ia  kelihatan agak togel di situ.




Cara saya simpan daun saderi supaya tahan lama, 
saya masukkan air kedalam bekas macam gelas ni.
 Air tu cuma masuk sampai takat akar je.
sebab kalau rendam sekali batang saderi, akan cepat berlendir.




 Saya letak di bahagian tepi dekat tempat simpan botol dalam peti ais.
Dalam 3 hari sekali saya keluarkan daun tu dan tukar air. 
Siramkan juga air dekat daun-daun tu supaya daun mendapat air secukupnya.
Saya beli daun saderi ni sejak entri saya Menyusun Atur Peti Ais tu lagi.
Masih boleh bertahan sehingga ke hari ini. 
Tapi kalau lama sangat pun daun akan bertukar jadi warna kuning, 
yang tu dah tentu lah kena buang kan. 

Okey..tu je..Kalau ada cara lain yang lebih afdhal dari saya, 
sila..sila.. jangan malu jangan segan..kita kongsi sama-sama.

Semoga bertemu di lain masa.

 Take Care!



Wednesday, June 11, 2014

Cara Mudah Simpan Bekas Tipuware

by , in

Pening kepala bila fikir mana nak letak bekas tipuware yang berduyun-duyun ni. Ada yang letak atas peti ais, ada yang dekat dalam kabinet. Tapi macamna kalau rumah yang takde  kitchen cabinet? Contohnya macam
rumah saya ni.


Mari kita kumpul semua bekas tipuware itu.

Dah tu mana nak letak semua ini? 
Ini dia penyelesaian saya....

>
>
>
>
>
>
>
>
>




Storage box cap Giant. Beli dah lama, sampai berhabuk dah.. 
Daripada terbiar sepi, lebih baik saya gunakannya tanpa was-was.




Bekas tipuware saya susun bersebelahan dengan penutupnya. 




Dah siap susun. Ada ruang lagi. Pasni boleh tambah koleksi tipuware.
 Orang sibuk cari tupperware, saya dengan tipuware. 




Dah habis susun. Boleh tutup.
Saya buat label sementara dengan kertas sugar paper hitam. 
Tulis dengan crayon warna putih.
 Pinjam Cik Syifa kecik tu punya.

Tu je. Dah siap susun..tenang sikit mata.

Eh..cop.. cop..cop..nak pegi mana tu.....Nanti dulu..ada lagi nak share ni...




Selain daripada tipuware, barang-barang yang saya jarang
 guna pun saya masuk dalam storage box.
Antaranya, balang-balang plastik, balang kuih raya, pengisar jus buah,
 periuk belanga, kuali  kecil, botol-botol susu syifa, dan lain-lain yang dirasakan perlu..
Macam dalam gambar kat atas tu.




Susun semua bertingkek-tingkek. 
Saya susun kat dapur, kat bawah counter table yang budget separuh siap. 
Ala-ala counter table la sebab tuan empunya rumah ini
 buat dia memanjang sampai ke sinki, tapi takde kabinet. 



Okey..dah habis..Tu je. Tata..titi..tutu..

Take Care!
Tuesday, June 10, 2014

Cara Mesra Alam Untuk Buang Minyak Masak

by , in

Mari kita cerita tentang minyak masak..

Saya nak cerita cara yang saya gunakan untuk membuang minyak masak ini sejak zaman-berzaman. Daripada zaman arwah Opah saya sampai zaman saya, masih praktikkan benda yang sama.
Sekarang saya pula menjadi pengumpul minyak masak tegar. Tapi takdela sampai bertong dram, sebotol dua je, lepas tu terus buang . Apakah nasib minyak masak terpakai selepas itu? Saya tidak tahu menahu. Harap-harap janganlah ada manusia yang kurang prihatin guna minyak masak tu untuk di jadikan minyak masak recycle.

Ini ada info yang menarik tentang minyak masak terpakai yang saya baca dari sebuah blog.
Sebenarnya, sisa minyak masak ni boleh dijual kepada satu syarikat yang mengendalikan sisa minyak masak untuk industri Biodiesel. Syarikat tersebut ialah CGV Industries yang telah banyak melibatkan diri dalam beberapa kempen Kitar Semula.  jadi, tolonglah simpan di dalam tong khas dan jual kepada syarikat tersebut...malah jugalah sebab satu tong penuh ( yang disediakan oleh syarikat terbabit ) , anda boleh dapat RM30.00. Anda cuma perlu call sahaja untuk mendapatkan tong2 tersebut..Khidmat ini ada diseluruh negara.. pihak kantin kat sekolah saya telah menyertai dan menyokong program ini..anda bila lagi???
Hubungi mereka di talian ini 03-51224399---SUMBER 

Macamana kaedah yang saya gunakan untuk menyelesaikan pembuangan minyak masak ini?
Ini dia jawapannya…


Minyak yang dah warna perang kegelapan tu saya dah tak nak guna. 
Kalau guna pun rasa makanan yang  digoreng jadi pahit, dah tak sedap. 
Paling lama pun saya cuma guna 2 kali je, lebih daripada tu, saya akan buang.
Saya memang simpan botol minyak masak yang kosong, supaya senang bila nak refill 
semula dengan minyak masak yang dah tak guna tu. 
 Bila minyak panas dah sejuk, saya tuang dalam botol minyak masak yang kosong. 
Maafkan keadaan kuali saya yang kurang menawan hati itu..




 
Nak senang guna kon yang warna merah tu..
Mudah nak masukkan minyak, lagi cepat dan tepat..
Minyak tak meleleh ke luar botol..




Ini botol yang sudah penuh. Eee..dah jadi minyak hitam.




Satu cara lagi yang pernah saya guna pakai ialah dengan memasukkan 
suratkhabar didalam plastik dan tuangkan minyak masak 
yang tak nak digunakan tadi didalam plastik itu.
 Tujuannya supaya surat khabar tu menyerap minyak. 
Cara ini leceh sikit sebab ia melibatkan plastik dan suratkhabar.

Cara lain yang saya pernah baca antaranya  tanam minyak masak..yang ni 
agak sukar bagi saya yang tinggal di rumah yang bertingkek-tingkek.

Apa? Buang dalam sinki? Jangan..nanti lambat laun hati akan terluka dan menanggung kesedihan bila berhadapan dengan sinki yang tersumbat.
Lagipun minyak yang mengalir ke longkang akan mencemarkan alam sekitar.
 Kan tak best macam tu..

Itu je secebis kisah tentang cara saya membuang minyak masak terpakai dengan
kaedah yang lebih mesra alam.
Mungkin ada cara lain yang lebih efektif dari saya?.


Take Care!








My Instagram