Cerita Bila Seterika Ku Hangit

7:30:00 am Sha Nazri 4 Comments

Argghh!!.. okey..okey...tarik nafas...lepasss...ops...tempat lain pun turut melepas sama..
Yela..puasa kan..angin banyak dalam badan..maafkanlah patik..pacal yang comel ini (skrip yang realnya ialah pacal yang hina..tapi saya tukar jadi comel)

Stress bila seterika saya ada kesan hitam. Salah saya juga kot..kot lagi tu. Tak dapat terima hakikat..




Berbalik pada cerita seterika. Setelah seterika tadi hangit, 
saya pun cepat-cepatlah menggoogle. 
Cari tips yang boleh membantu saya menyahkan kesan hitam pada seterika itu.
 Kalau kesan hitam masih tak hilang..susah hati saya, 
sebab baju-baju yang lain pun akan terkena kesan hitam tu bila nak seterika nanti.

Antara tips yang telah saya cuba tanpa berputus asa ialah....

Tips yang pertama:
Panaskan seterika pada tahap minimum .
Gosokkan seterika pada kain yang telah dicelup dalam air bercampur cuka.
Lepaskan tu gosokkan pada kain atau tuala lembap yang bersih.
Hasilnya:
Tidak menemui kejayaan.



      Tips yang kedua:
Ambil lilin dan gosokkan pada permukaan seterika yang ada kesan hitam.
Selepas itu gosokkan permukaan seterika diatas daun pisang.
Sedih kan tengok daun pisang tu. Kalau pisang boleh tanam dalam pasu mungkin saya boleh dapat daun pisang secara percuma. Disebabkan pokok pisang agak sukar di temui di kawasan rumah saya, saya telah menggunakan dengan sebaik-baiknya pembalut tempe. 
Basuh sikit daun pisang yang ada kesan tempe tu dan saya pun cube melakukan tips yang saya telah google tu.
Hasilnya:
Kesan hitam pada seterika masih tidak hilang, 
yang dapat hanyalah aroma daun pisang yang telah berlegar-legar 
di ruang udara di dalam rumah saya.


Tips yang ketiga:
Sediakan garam dan kain atau tuala lap.



Taburkan garam di atas kertas suratkhabar.
Kemudian gosokkan seterika diatasnya.
Gosok jangan tak gosok..siap nyanyi lagi..
suara panggil hujan..tapi tak turun jugak hujan..tambah panas lagi adalah..hihi..
Hasilnya:
Puas hati sebab kesan hitam yang pekat tu perlahan-lahan terasing daripada seterika tu.
Okey..tips ini boleh di percayai dan di hebah-hebahkan kepada mereka di luar sana.
Silalah cuba..recommended


Saya gosokkan sikit dengan kain yang saya telah celupkan dalam cuka yang bercampur baking soda dan sedikit air. Harapan saya supaya kesan yang masih tertinggal sedikit coklat tu dapat di hilangkan.
Tapi sebelum nak lap ni, pastikan lap sikit dulu kat small area, kang jahanam seterika riban-riban Cik Ta.
Dah kena beli seterika baru..Budget cuma ada untuk beli tikar buluh songket kat Jakel je..



 Final product..
Bolehlah kan..asalkan kesan hitam pekat tu hilang cukuplah..
saya pun dah berpeluh-peluh 2 jam mengadap seterika ni.

Okey boleh sambung seterika baju Encik Hubby balik..


TAke CAre..


Doa untuk Palastine...
Al fatihah untuk MH 17..







4 comments:




Al fatihah untuk MH 17 dan Doa untuk Palastine

7:00:00 am Sha Nazri 1 Comments


Gambar kredit :

Saat umat islam sedang berbicara tentang kegembiraan untuk menyambut Hari Raya...
kita semua di kejutkan dengan tragedi pesawat MH 17 yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia.

Sayu hati saya melihat gambar-gambar yang di siarkan di media..
Mayat bergelimpangan...beg-beg berselerakan...pesawat yang gah terbang kini hancur lebur...

Tambah sayu bila mendengar hati si ayah yang merintih..
masih mengharapkan anaknya selamat pulang untuk menyambut Syawal.
Apatah lagi bila keterujaan 6 sekeluarga untuk pulang menemui keluarga
dan terus menetap di sini tidak menjadi kenyataan.
Tambah sedih apabila ada penumpang MH 17 yang sudah 30 tahun tinggal di Amsterdam,
dan hasrat untuk menyambut raya di Malaysia juga tidak kesampaian.

Masih terngiang-ngaing di telinga saya,
nyanyian terakhir salah seorang pramugara yang menyanyikan lagu dendang perantau...
Seorang penumpang yang mengambil PHD dalam bidang psikologi
juga sempat merakamkan keadaan di dalam pesawat sebelum pesawat berlepas
dengan #hati ada sedikit gentar, seakan-akan dia dapat merasakan
ada sesuatu yang akan berlaku pada pesawat MH17 pada hari itu.

Kita selalu diberi peringatan atau saya mungkin boleh katakan pesanan..
ada 3 perkara yang kita tidak tahu dalam hidup ini..
salah satunya ialah bilakah kematian akan menjemput kita.

Saya percaya kita semua tidak tahu bila waktu kita akan di jemput Allah.
Itu rahsia Allah.. Mungkin ada sesetengah orang akan menunjukkan
tanda-tanda tertentu sebelum kematiannya,
tetapi kita hanya sedar kaitan tanda-tanda itu bila kematian itu sudah berlaku.
Seperti apa yang di ceritakan oleh bapa saudara kepada
salah seorang ketua pramugari sebelum tragedi MH 17..
Gurauannya tentang kemungkinan kapal terbang yang
di naikinya akan ditembak akhirnya menjadi kenyataan.

Saya melihat ke dalam diri saya..
Terkadang saya terlupa yang saya ini hanya singgah untuk sementara di dunia ini.
Benar apa yang saya pernah dengar dari mulut seorang artis yang telah kembali ke pangkal jalan..
dalam sebuah rancangan TV, beliau mengatakan..

      "Dunia ini bukan tempat untuk kita tinggal, tapi dunia tempat untuk kita meninggal.."

Saya bukanlah seorang manusia sempurna..sedikit sebanyak ada kesalahan di sana sini.
Saya juga bukanlah orang yang selayaknya memberikan kata-kata nasihat
kerana saya sendiri belum cukup ilmu kerohanian di dalam diri.
Masih lagi dalam perjalanan untuk memperbaiki diri.
Tapi saya percaya Allah telah memberi ujian hebat ini kepada
mereka yang mampu menghadapinya. Ujian dari Allah ini adalah hadiah
kehidupan yang tidak ternilai...Ini kerana Allah sayang kepada mereka.

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan , kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah , mereka berkata “ Innalillahi wa inna ilaihi rajiun”(sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” ,Al baqarah ayat 155-157 ---Sumber

Subhanallah..mereka pergi pada bulan ramadhan..bulan yang mulia.
Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat mereka yang telah pergi.
Dan semoga mereka yang kehilangan saudara, anak. ibu, bapa,
abang, adik, kakak, sahabat handai dan taulan tabah menghadapi ujian ini.

Di sebalik tragedi MH 17 ini, saya juga tidak dapat menahan sebak
melihat saudara-saudara Islam kita terutama sekali anak-anak kecil
di Palastin yang terkorban dek kerana permusuhan yang sudah
zaman-berzaman bergolak di bumi para anbiya.
Ibu menangis kehilangan anak..anak menangis kehilangan ibu, bapa. saudara-mara..

Sesungguhmya kita rakyat Malaysia bersyukur
hidup dalam keadaan yang aman damai.
Walaupun merungut itu mahal..ini mahal...
kita masih boleh membeli juadah di  bazar ramadhan.
Bukan satu atau dua jenis kuih muih, tapi berjenis-jenis makanan di hidang di atas meja.

Kita masih boleh bersolat dalam masjid yang tersergam indah..
tapi mereka di Palastin bersolat di tepi runtuhan bangunan masjid.
Kita tidur lena di waktu malam...
tapi di Palastin bunyi dentuman bom dan roket menghiasi langit mereka.
Kita bebas berkerja, bershopping raya...
tapi di Palastin mereka menyabung nyawa untuk meneruskan hidup setiap hari.

Saya merenung ke dalam diri...
Ya Allah, terlalu banyak yang Kau telah berikan kepadaku..
Tapi terlalu sedikit nikmat yang aku syukuri dari Mu...




Saya mungkin tidak mampu mengangkat senjata..
berjihad bersama-sama para mujahidin di Palastin...
Saya juga tidak mampu untuk pergi membantu membalut luka mereka di sana..
Tapi saya yakin..saya dan kamu semua mampu berdoa untuk rakyat Palastin.
Ayuh doakan keselamatan dan keamanan dibumi Palastin,
mudah-mudahan mereka tabah menghadapi ujian Allah di bulan yang mulia ini.


Al Fatihah untuk penumpang dan kru MH17
Doakan keamanan di Palastin






1 comments:




Trick Baru Cik Syifa

7:30:00 am Sha Nazri 1 Comments

Malam tadi selepas berbuka puasa, 
saya menonton TV di ruang tamu.
Cik Syifa pula sibuk dengan buku mewarnanya 
dan "kole" dalam bahasa pelatnya yang bermaksud colour.


Sedang saya khusyuk menonton berita sambil berwhatsapp,
 Cik Syifa membawa sebuah buku dan meletakkannya di tepi pintu.



Selang beberapa minit kemudian, dia datang lagi dengan dua buah buku di tangan.


Buku-buku itu di letakkan di atas buku yang pertama yang di bawanya tadi.



Cik Syifa menyusun buku-buku tersebut bertingkat-tingkat.
Saya memerhatikan sahaja tingkah-lakunya. 
Dalam hati saya, mungkin Cik Syifa nak menyusun 
buku-buku ini sama seperti dia menyusun permainan bloknya. 
Mungkin juga dia nak jadikan tower macam 
yang selalu saya buat dengan dia.


Tapi tak lama selepas itu, Cik Syifa tak pula mengambil buku-buku yang seterusnya.
Dia hanya berdiri di situ, sambil mendongak memerhatikan 
sliding door dan seterusnya memandang ke arah muka saya.
Saya berpura-pura khusyuk menonton tv,
seolah-olah tidak sedar apa yang sedang di lakukannya. 

Apakah yang ingin dilakukan oleh Cik Syifa kali in?..
jeng..jeng..jeng....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>


Ini rupanya trick terbaru Cik Syifa..!
Buku-buku yang disusunnya tadi rupa-rupanya 
untuk tempat dia berdiri, menjadikan dia lebih tinggi
 supaya dia dapat mencapai  dan membuka lock dekat sliding door tu.
Saya tak pernah terfikir Cik Syifa yang baru 
setahun 11 bulan mempunyai akal sepanjang ini.
Ini adalah sangat bahaya! Kalau saya terlupa kunci grill..
aduyai..Cepat jelah Cik Syifa sampai keluar.
Kat luar tu bahaya nak oi..ni tingkat 4..nauzubillah..Jangan jadi superman..
mintaklah dijauhkan..saya akan selalu
 ingatkan diri saya supaya lebih berhati-hati...
Jangan sesekali lupa kunci grill..
Cik Syifa semakin lama semakin banyak yang dipelajarinya. 
Anak-anak sekarang semakin bijak..dengan melihat sahaja, mereka dah pandai...



Aksi Syifa sengih sampai telinga bila saya tegur dia..
Gotcha!..ha..Syifa..mama dah nampak apa Syifa buat.
Dah turun..jom kita sambung colour..










1 comments:




Projek Melabel Bekas Di Dapur

7:30:00 am Sha Nazri 8 Comments

Kali ini tibalah masa untuk saya membuat label untuk bekas tempat menyimpan barang di dapur.
Label ini saya DIY je. Saya google dan dapatlah rupa dan corak yang saya kehendaki.


Print dulu label dengan senarai barang 
yang perlu untuk diletak label.
Saya printkan juga label yang kosong, manalah tahu 
kalau-kalau nak label barang yang lain pulak.



Guntingkan satu-persatu dengan penuh kesungguhan.



Label yang telah siap di gunting.



Saya gunakan solitape untuk  melindungi permukaan label ini 
daripada terkena air, tak mudah basah atau luntur.



Pastu boleh lekatkan dengan double solitape kat belakang.
Senang bila nak tampal pada bekas tu nanti.



Dah siap!!

Lepas ini dah tak confius mana satu tepung ubi dan mana satu tepung beras,
 Senang nak cari..
Takde alasan untuk Encik Hubby mencari barang dan kata tak jumpa..
sebab semua dah ada nama
Bekas pun dah tukar sama warna dan jenis. 
Nampak lebih kemas dan sangat menjimatkan ruang.


Take Care!




8 comments:




Lesen P saya dah Full!

7:30:00 am Sha Nazri 0 Comments

Ini cerita 3 bulan yang lepas.
 Baru nak tepek kat sini. 
Malam tadi dalam berita TV3 ada berita pasal syarat baru untuk belajar memandu.
 Sekarang masa belajar dah up dari 21 jam ke 22 jam. 

Lepas tu dah takde pakej-pakej gerenti lulus. 
Sebab banyak melibatkan orang-orang dalam yang makan suap.
Kalau dulu 20% sahaja penilaian daripada ujian komputer tapi sekarang ujian komputer 80%. 
Dan kena belajar jugak cara memandu jenis kereta manual dan automatik.
Begitulah sedikit sebanyak apa yang saya dengar dalam berita 
sambil mencuci pinggan mangkuk selepas berbuka semalam.

Atas sebab-sebab itu saya teringat nak update pengalaman saya semasa 
memperbaharui lesen daripada P kepada Full. 
Sebenarnya lesen P tu dah tamat pada Disember tahun lepas, 
tapi sebab saya rasa okey je pakai P kat kereta, kalau slow tu, 
agak-agak macam terhegeh-hegeh biasanya P di maafkan, 
kalau jumpa dengan pemandu prihatin..mereka akan pasrah. Hehe..
Tapi jangan buat naya orang lain. Tak baik tau..
Disebabkan tempoh untuk renew lesen P ke full ni setahun daripada tarikh lesen expired, 
jadi saya pun berlenggang kangkunglah memerap lesen ini di rumah.
 Sebabnya selalu Encik Hubby yang drive.

Sampailah suatu hari Encik Hubby mengingatkan saya untuk tukar lesen.
 Takut kalau-kalau dia outstation, ada kecemasan kat rumah, 
sekurang-kurangnya saya boleh memandu ke tempat yang dituju
 tanpa kena tahan dengan JPJ. Kotlah nasib tak baik,
 kena tahan tepi jalan, masuk paper muka depan pulak tu,
 glamourlah Encik Hubby dikalangan jiran tetangga.
JPJ paling dekat dengan rumah saya ialah JPJ Wangsa Maju.

 Punyalah panas time tu. El nino musim panas.
JPJ bersebelahan dengan Puspakom Wangsa Maju.
 Sampai JPJ Wangsa Maju berpusing-pusing mencari parking. 
Ramainya warganegara yang nak berurusan kat sini.
Nak wat macamana..kalau nak tukar ke full 
kena jugak buat kat JPJ tak boleh buat kat pejabat pos.
Tapi kalau nak renew bolehlah beratur kat pejabat pos pulak..

Saya mengusung Cik Syifa ke kaunter untuk ambil nombor giliran 
sementara Encik Hubby cari parking. 
Penting sangat…bawa kad pengenalan dan gambar paling cun di alam ini, 
sekeping je (akan dipulangkan)
Tak payah isi borang ke interview ke hape..tunggu jelah sampai nombor anda dipanggil.

Sementara tu, Cik Syifa saya tinggalkan sekejap dengan Encik Hubby. 
Pergi beli cekedis kot..


Bila nombor giliran dipanggil, tunjuk kad pengenalan dengan lesen lama.
 Kemudian pegawai kat kaunter tu akan minta bayar RM30 untuk setahun.

Resit bayaran

 Lepas bayar sila ambil tempat duduk di kaunter hujung nun di sana.
 Masa saya tengah tunggu ni ada mamat yang 
tak berapa nak ensem asyik follow saya je. 
Saya duduk depan, dia duduk depan. Saya tukar tempat duduk di belakang, dia ikut jugak.
 Haiihh..kenal ke? Kalau kenal awat senyap..Ishh..macam psiko je mamat ni.
Hai cepatlah..cepatlah nama saya di panggil..
Rasa terlalu slow sangat masa berjalan. Tik tok tik tok..

Ahah!..akhirnya seorang pegawai yang berambut jarang, 
ditengahnya terdapat kilatan cahaya memanggil nama saya. 
Kuatnya suara dia. Rasa diri terglamour sekejap.
Saya pandang mamat psiko tu, dengan pandangan yang agak bongkak.
 Yelah. I dah kawen okey..
Hanya Encik Hubby bertahta di hati. Ekekekek..

Lesen baru saya. Tamat tempoh masa harijadi saya.
 Lagi 2 tahun. Lama lagi..hehehe


Bye-bye lesen P.
Kau tetap jadi kenangan..

Alhamdulillah..selesai urusan di JPJ. Lepas ini boleh racing..
haha..takde maknanya..saya sayang nyawa saya. 
Dan menghargai kehidupan yang ada.
Don’t drink and drive!
Pesanan khidmat masyarakat ini 
di bawa kepada anda oleh JPS..Jabatan Pengangkutan Shasha.


Take Care!


0 comments:




Suatu Hari..Saya Drill Dinding

7:31:00 am Sha Nazri 8 Comments

Semalam saya telah mengambil keputusan yang drastik untuk berdikari,
 tanpa mengharapkan Encik Hubby untuk drill dinding kat dapur.  
Buat drill kat dinding tu bukan nak skodeng tau! 
Tapi nak pasangkan penyangkut kat dinding.

Dengan lafaz bismillah..mari kita mulakan dari sekarang!

Sangat excited sebab saya telah merasmikan drill Encik Hubby ni.
 Lepas semua ni siap,saya mesti pastikan 
drill ini kelihatan berkilat seperti baru keluar dari kilang. 
Oh! dunia ini penuh kepalsuan..hehe..

Buat pengetahuan semua saya idakla pakar dalam bidang drill ini. 
 Kalau ada benda yang saintitifik tu janganlah tanya saya.
 Tanyalah pada tauke kedai hardware yang boleh di percayai. Dia lebih memahami. 
Saya cuma boleh kongsikan apa yang saya tau melalui pengalaman yang ciput ini.
 Harap maklum.

Okey..saya mulakan dengan doa sebelum nak mendrill:
Ya Allah ya Tuhanku..mudah-mudahan semuanya selamat. 
Permudahkanlah pekerjaan ku hari ni. Amin..


Langkah pertama saya tandakan dulu lubang penyangkut ini, 
sambil memastikan yang ukuran tersebut tepat, tak sengit.

 Safety tips : 
Pastikan tempat yang nak drill tu takde sambungan wayar atau paip.
 Kalau tak keras melengkunglah ko kat situ Jemah..Ini sangat-sangat penting. 
Selain guna alat yang boleh kesan live wayar dan saluran batang paip dalam dinding tu,
 saya gunakan traditional method. Perhatikan betul-betul kedudukan suis dan paip air. 
Elakkan drill pada dinding yang hampir dengan suis dan paip itu. 
Contoh kalau suis itu kat bahagian bawah, jangan drill dekat bahagian atas suis tu. 
Ditakuti ada sambungan wayar kat situ. 


Saya tapekan plastik dekat dinding. 
Plastik tersebut berfungsi sebagai tadahan untuk habuk yang keluar masa mendrill nanti. 
Takdelah bersepah dan jimat tenaga untuk menyapu atau memvacum.

Lepas tu bolehlah cari cermin mata atau goggles
 dan mask untuk tutup mata dan hidung daripada habuk.
  Saya tak pakai. Sebab takde. Goggles tu ada saya beli dulu, tapi 
tah kemana Cik Syifa letak lepas dia bawak pergi berenang dalam bath tab dia, 
hilang tanpa berita.


Langkah seterusnya ukur wall plug yang nak guna tu dengan drill bit.
 Jangan guna drill bit untuk kayu pulak.
 Seperti gambar di atas, drill bit ini khas untuk masonry atau dinding konkrit. 
Untuk pastikan saya tak terlebih mendrill, saya lekatkan tape pada drill bit tu,
 supaya ukurannya sama dengan wall plug. 
Drill bit mestilah sesuai diameternya dengan wall plug, kalau tak nanti terlebih besar, 
wall plug jadi longgar. 


Kemudian ketatkan drill bit dengan menggunakan besi pengetat drill bit 
yang dipanggil chuck ni. 
Make sure ketat, kang terpelanting pulak kena tempat lain.


Tiba masa untuk drill. 
Safety first:
Masa drill kena bagi tekanan yang kuat -lawan arus tolakan mesin drill itu.
Drill sampai had tape yang kita dah lekatkan pada drill bit itu.
Kalau drill jangan lama sangat, takut motor terbakar.
Kalau guna extension cord, pastikan let loose, jangan tegang sangat.
Tips ini dibawakan kepada anda daripada forum di Carigold.



Dah siap drill, bolehlah masukkan wall plug. 
Kalau wall plug tu degil tak nak masuk
 ketuk ala-ala manja gitu dengan menggunakan hammer .


Selepas itu pasangkan skru pada penggantung yang berharga RM2.80 ini.


 
Dah siap. Boleh gantung koleksi sarung tangan oven ini.
 Homemade je..
Sebab tu kat rumah saya ini,
 sarung bantal sama corak dengan dengan sarung tangan ini. 
Sepasang kan..hehe.
Lebihan kain yang saya gunakan untuk buat sarung bantal saya 
jahit menjadi sarung tangan ini.

 Saya tunjuk kat Cik Syifa..Cantik tak Mama buat?
 Cik Syifa cakap.. tik! Yang bermaksud cantik…
hihihi..happy bila anak saya yang setahun jagung tu puji. Tak cantik pun dicakapnya cantik..
Pandai ambik ati mama ye..Sukeler tu..

Saya menyusun dua puluh jari termasuk jari kaki memohon maaf jika ada terkasar bahasa.
Saya sudahi dengan ucapan Selamat Men drill!

Take Care!.


















8 comments:




Sesi Mengemas Hanger

7:30:00 am Sha Nazri 0 Comments

Hai semua..shasha in da house..
Assalammualaikum..
Harap semua masih segar pagi ini..Baru beberapa jam dah bersahur kan..
Takkan dah ngantuk kot..
Kalau kat office tu masa lunch la guna sebaik-baiknya untuk merehatkan mata. 
Kat mana port paling baik..emm..teringat zaman saya dulu..
kat suraulah..konon-konon nak rehat kejap..
lastl-last kul 3.30 baru bangun. 
Sampaikan bos saya ingat saya dah kena kidnap dengan 
cashier bangla kat Mydin..ekekekek..tak baik tau Kak J..Nape Mat Bangla..
carilah warganegara Malaysia. 
Sesuai dengan iklim kat Malaysia ni.

Tu cerita dulu..Sikarang saya mau cerita sama adek manis…
(pinjam dialog Mat Bangla)
Cerita apa?..teng..teng..tengggg..
Cerita pasal penyangkut baju atau selepas ini akan disebut sebagai hanger.
 Sebut hanger senang sikit kan..kalau penyangkut baju kena taip 2 patah perkataan.
Letih i olss..i olls puasa tau u ollss..ngade kan..tampo kang..hehehe..
sabar..bulan Ramadhan ni..


Cik Syifa pun turut sama menjayakan sesi mengasingkan hanger.

Kan semalam saya ada cerita tentang mengemas baju kurung.
 Dalam masa yang sama, saya juga telah mengasingkan hanger 
untuk saya sangkut baju kurung. 
Jadi adalah hanger-hanger yang saya tak gunakan. 
Kat mana saya letak sekalian hanger tu semua? 


Kat sini..
Besi untuk sangkut baju ni beli masa bujang trang tang tang dulu, 
untuk sangkut baju kerja kat rumah sewa.
 Daripada simpan buat tukun, saya jadikan tempat 
menyangkut koleksi hanger gabungan kami sekeluarga.  
Saya letakkan di tepi dinding, laluan ke bilik air. 


Dalam bekas kecil warna hijau tu saya letakkan pengepit baju. 
Senang bila saya nak menjemur baju.
Angkut je dengan bekas hijau tu. Perasan tak beg coklat kat tepi sekali tu...


Inilah isi dalamnya.
 Saya letakkan penyidai baju yang bentuk payung tu, 
yang kecil ini jarang guna. Beli untuk sidai baju Cik Syifa masa baby. 



Kat bawah tu saya letakkan 2 buah bakul baju.
 Masa ini bakul tu nampak cerah je kan..sebab baru lepas basuh baju. Hehehe..
Kenapa ada dua? Sebab satu bakul tu khas untuk baju kerja Encik Hubby.



Kat tepi dinding tu pula saya sangkutkan penyapu dengan mop. 
Tak best sebenarnya letak kat situ, tapi buat masa ini
 hanya inilah keputusan yang terbaik saya boleh buat.

Tu je cerita buat masa ini.

Till then..ta ta..ti ti..tu tu..

Take Care!
















0 comments:




Mengemas Baju Kurung

7:30:00 am Sha Nazri 8 Comments


Baju kurung saya tak banyak. Dulu baju kurung hanya dipakai ke majlis kenduri atau pergi ke ofis. Sekarang ini baju kurung jarang sekali saya sentuh sehinggalah pada suatu hari yang nyaman..saya telah mengeluarkan semua baju kurung yang saya gulung di dalam laci pakaian. 


Tujuan saya buat ini semua adalah untuk menggantung baju kurung saya. Ada satu almari yang saya telah kosongkan dengan baju-baju yang tak pakai lagi. Baju yang tak di pakai itu saya dah bungkus dan letak dalam bilik stor untuk tujuan pendermaan. Tapi tak tau lagi kat mana nak derma.


Sebelum itu gigih saya mencari hanger yang sesuai untuk menggantung baju kurung.
Hanya hanger yang berkaler hijau dan sama jenis je yang saya gunakan. Pusing satu rumah mencari hanger yang sama jenis.



Pastu sesi melipat baju kurung.
Letak baju kurung di atas kainnya.



Pastikan kain baju kurung di lipat. 
Kebanyakan baju kurung kan jenis kain licin 
jadi kipas kat kain tu letak menghala ke dalam supaya tak terkeluar bila digantung. 
Boleh tengok kat SINI jugak cara melipat baju kurung.



Siap..dah gantung.
Sedikit tips yang saya pernah baca, untuk baju kurung yang di gantung nampak kemas:
Gunakan hanger yang sama jenis dan warna. 
Kedudukan hanger pun kena sama. Samada mengadap ke depan atau kebelakang.
Bila gantung baju kurung kedudukannya juga mesti selari.
 Bahagian lipatan tu yang lebih kemas tu di hadapan.
Kalau rajin boleh susun baju kurung tu ikut warna masing-masing.
Kalau purple.semua purple je..ijo pun semua ijo je..barulah nampak seragam.


Tunjuk sikit lagi..hehe..Seronok tengok baju kurung dah gantung kemas.
Oh..suka sangat sampai 2-3 kali buka almari. 



Selamat Mengemas!

Take Care!







8 comments:




Mood Menyusun Almari Dapur

8:24:00 am Sha Nazri 5 Comments

Kan kita semua gila Bola bola bo. Bola bola bo bo.Bola bola bo. Bola bo bo bola

Adoiii..ni semua Encik Hubby punya pasal..dia yang minat bola saya yang giler. Kekadang boleh pulak lagu ni termasuk dalam otak masa baca doa iftitah..opss..tergelincir lidah menyebut..itu kalau masa iman tak berapa nan ado..ish..mintalah dijauhkan..

Puasa hari ke tiga..Alhamdulillah..masih bersemangat nak teruskan menyusun atur di rumah. Walaupun cuaca agak super duper panas, tapi kan ke perkara biasa..kalau puasa memang cuaca agak hot. Sejak saya dilahirkan ke dunia lagi, jarang ada time bulan puasa musim hujan. Inilah dugaan..lapar..dahaga..panas..bayangkan di padang mahsyar..lagi tak tercapai dek akal fikiran bagaimana keadaannya di sana nanti. Puasa pun puasa jugak, kerja-kerja rumah tetap jalan..
Semalam saya mengemas almari dapur saya yang tak berapa nak riban-riban tu..So far saya sangat berpuas hati dan bersyukur ada jugak almari ini tempat saya memasak dan menyimpan barang. Alhamdulillah..
Almari dapur ini telah berjasa kepada saya sewaktu mula-mula berumahtangga dulu..



Inilah kitchen kabinet saya..omeyyy kan :P
Atas tempat memasak..bawah tempat simpan barang. 



Saya gunakan lapik pokaldot yang sangat cute ini. Beli kat Mr DIY RM2.90.
Menurut pengeluarnya:
Menyerap dan menyahkan bau, dan mengurangkan pembiakan bakteria
Mengelakkan kelembapan dan habuk
Kalau minyak atau sos tumpah boleh dilap je dengan tisu
Plastik lembut, dapat melindungi barang-barang serta kayu kabinet yang riban-riban tu
Sekian..Wasalam



Potong ikut keluasan yang di kehendaki.
 Saya letak double solitape sebab benda ni asyik nak bergulung je.



-Sebelum-
Saya letak pinggan mangkuk dan juga sepupu-sepupunya di dalam almari ini.



-Selepas-
Ini selepas di kemas. Ikut panduan daripada Sifu susun atur, Less is more..
Senang nak guna terutamanya bila ada wartawan yang tiba-tiba terjah rumah saya.
Bajet macam retis pulak.. ;)



-Sebelum-
Beralih ke rak yang di tepi pula.



-Selepas-
Rak atas tempat simpan peralatan baking. 
Kalau time terlajak rajin tu..bila nak buat kek ke biskut ke hanya cari kat bahagian ini sahaja.
Rak bawah pula saya simpan balang untuk isi kuih-muih untuk hari raya. Baru 3 hari puasa dah ingat raya..
Takpe yang penting persedian awal untuk mengelakkan trafik jam kat rumah.



-Sebelum-
Dalam laci penuh dengan pelbagai aneka barang. Ini kes sumbat je..
Di luar nampak kemas di dalam hanya saya dan Tuhan saja yang tahu..



-Selepas-
Saya letak sudu, garfu, pemarut, slicer, dan besi pengadun (mixer) di dalam laci.
Bekas warna biru tu muat-muat je dalam laci ni. Thank God..
Kalau tak satu hal pulak nak gergaji potong bagi muat dalam ni..
Ini kalau kena air pun insyaAllah..masih selamat lagi. 
Kayu laci pun tak cepat kembang.



-Sebelum-
Tak lama dulu saya simpan peralatan baking saya dalam bakul ini.



-Selepas-
Saya simpan mixer, blender kecik yang comel untuk 
Cik Syifa masa dia baby (sekarang guna untuk blender jus buah) dengan kettle.
 Ini semua produk yang saya selalu guna. 


Walaupun ruang agak terhad..tapi dengan susun atur, dapat jimat banyak ruang. 

Take Care!

5 comments: