Merdeka Kali Ketiga Buat Cik Syifa

2:47:00 am Sha Nazri 0 Comments

2 minggu sebelum 31 Ogos 2014,
saya tergerak hati membelikan Jalur Gemilang buat Syifa.
Jalur Gemilang yang bersaiz sedang berharga RM 0.90 itu 
saya bawa ke rumah dan tunjukan pada Syifa.


Mula-mula Syifa masih blur apa yang perlu dilakukan dengan Jalur Gemilang ini.

"Syifa..Mama belikan Syifa bendera..Ini lambang Negara Malaysia tau."

Syifa belum faham sepenuhnya apa yang saya cuba sampaikan.
Tapi Syifa sempat mengatakan pada saya..

"Aaa..antik..antik.".
(bermaksud cantik sambil menunjukkan ke arah jalur gemilang yang sedang di pegangnya)



Tidak berapa lama kemudian, muncul lagu 
Tanggal 31 Ogos di siarkan di TV.
Kelihatan ramai yang memegang Jalur Gemilang 
sambil mengibarkannya ke kiri dan ke kanan.
Syifa pun membuat perkara yang sama seperti klip video di TV 
dengan Jalur Gemilang nya sambil menari-nari mengikut rentak lagu itu.



Syifa menyanyi lagu 31 Ogos mengikut tempo nya sendiri.
Walaupun pitching ke laut, tapi semangat sungguh dia menyanyi.


Bertafakur...untuk MH17 dan MH370..
Sambutan Kemerdekaan tahun ini disambut sederhana.


Jalur Gemilang kami semua bersatu..
Jalur Gemilang di bawah naunganmu
Merah putih Biru Kuning
Jalur Semangat kami semua!

Saya Anak Malaysia!
Saya rasa bertuah dan bangga menjadi anak Malaysia!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!
Di Sini Lahirnya sebuah Cinta..







0 comments:




Makeover Tuala Lap

11:29:00 am Sha Nazri 3 Comments

Masa saya jalan-jalan dengan Cik Syifa, menghabiskan masa terluang kat Tesco,
saya ternampak tuala lap yang gantung-gantung untuk lap tangan tu. 
Ada yang berharga RM6.90 sampailah berbelas ringgit pun ada.
Mungkin design dengan kualitinya diambil kira sampai harganya mencecah belasan ringgit.



Pada saya yang ekonomi ni kalau setakat nak lap-lap tangan tu, budget RM4 dah memadai.
Tuala lap ni saya beli di MR DIY, harga kalau tak salah dalam RM3.
Kainnya pun ok je..Kalau lap tangan atau pinggan mangkuk yang basah,
 mudah je serap air dan tak tinggalkan kesan serat-serat benang pada pinggan mangkuk.

Jadi, berbekalkan semangat waja, 
hari ini saya nak kongsikan aktiviti makeover tuala lap.
 Nak bagi ceria sikit.
Tuala lap tangan pun nak berfashionista jugak.
Mudah-mudahan tuala ini menjadi pengelap tangan
 yang boleh berbakti kepada tuan rumahnya.
Ayuh kita mulakan!


Mula-mula saya ambil tuala lap yang dah sedia ada kat rumah untuk dijadikan panduan.
Saya ambil seluar jeans saya dari  zaman jahiliyah tu 
dan potong mengikut bentuk yang di kehendaki 
untuk di jadikan hiasan di bahagian atas tuala lap.


Ini kain yang saya sudah potong. 
Ada dua bahagian bentuk separuh bulatan.
 Malas nak fikir style urban lain, nanti tak jadi. 
Lagipun saya bukan nak join KL Fashion Week.
Buatjelah mana yang terdaya.
Kain yang no 3 itu saya potong untuk di jadikan penyangkut tuala lap ini nanti.


Terbalikkan kain (bahagian dalam tu kat luar).  
Jahit kain  ketiga tu untuk dijadikan penyangkut tuala lap ini.



Next step, ambil pin macam kat atas dan masukkan pin
 kedalam kain yang di jahit tadi untuk dapatkan bahagian luar kain.


Saya jahit lagi kat tepi tu supaya nampak kemas.
Okey tak..okeylah..anda kena terima hakikat 
bahawa saya bukanlah tukang jahit yang terror.


Sekarang ni saya cantumkan kain bahagian 1 dan 2 (bahagian dalam tu kat luar).  
Saya jahitkan bahagian yang separuh bulatan tu dahulu,
tapi tinggalkan sedikit ruang di tengah-tengah separuh bulatan tu 
untuk masukkan kain yang telah dijahit tadi sebagai penggantungnya.
Seterusnya, ambil kain tuala tadi dan 
masukkan kedalam kain  bahagian 1 dan 2 yang telah di cantumkan tadi.
Masa ini kena gunakan kreativiti untuk menyusun 
dan melipat tuala itu menjadi seakan-akan bentuk kipas.
Pin kan dengan jarum peniti supaya tuala tu tidak berlari-larian bila di gerakkan.
Kemudian jahit lurus di bawah bentuk separuh bulatan tadi .



Last sekali, jahitkan pula kain untuk sangkutkan tuala ini.
Saya jahit di sekelilingnya sekali lagi untuk nampak lebih kemas.


Dah siap. Saya sangkut kat dinding dibahagian dapur. Lepas basuh tangan, boleh terus lap.
Tuala yang warna oren tu Encik Hubby dapat free..
yang tu pun saya korbankan untuk projek makeover tuala saya kali ini.

Ada door gift tuala comel-comel dari rumah orang kenduri kawin?
Elok sangatlah tu..buat projek makeover ni..
Kawan-kawan mesti lagi kreatif..saya ni idaklah terror sangat..sekadar suka-suka je..


Sekian..
  TAke CAre!
































3 comments:




Tak Susah Pun Buka Tin

8:30:00 am Sha Nazri 1 Comments

Meh sini adik-adik ku yang baru nak belajar masuk dapur…
Yang baru first time nak bukak tin susu..Hari ni Chef Shasha nak ajar cara-cara membuka tin.
Buat para bapa tunggal juga dialu-alukan untuk mengikuti kelas membuka tin ini.

Yuran? Takde..free of charge.
Kalau nak hulur pun boleh..
hulurkan tangan, ringankan beban kepada mereka yang memerlukan 
seperti anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal..

Macamana?..Anda berminat nak mengikuti kelas membuka tin saya hari ini?
Lets go bebeh!

Pernah jumpa pembuka tin macam ni?
Gambar paling atas- Bahagian hadapan pembuka tin, pengepitnya boleh di tarik keluar.
Tengah- Bahagian hadapan pembuka tin dengan pengepitnya dimasukkan kedalam.
Bawah- Bahagian belakang pembuka tin iaitu pisau dan roda 
yang berfungsi untuk memudahkan kerja membuka tin.

Body part pembuka tin susu dalam gambar di atas tu
 nama saintifiknya saya tak tahu, 
jadi saya menamakannya sendiri supaya lebih difahami.
Kalau tak silap firasat saya, ada  berjenis-jenis pembuka tin, 
satu yang macam kat atas, satu lagi  jenis yang kena ketuk sendiri tu.
Sekarang ni dah ada pembuka tin yang guna bateri.
Tapi saya prefer yang ini sebab lebih murah..sesuai untuk orang yang ekonomi seperti saya.
Kalau nak mengikuti kelas buka tin saya ini, sila cari pembuka tin seperti gambar di atas.


Sediakan tin susu yang nak di buka itu.
Jangan lupa basuh dulu tin susu sebelum dibuka,
terutama sekali bahagian atasnya.
Ditakuti ada najis mutawassitah atau habuk-habuk kedai runcit singgah di atasnya.



Jom buka tin!
1) Mula-mula ambil pembuka tin. 
Tarik pemegang dan pengepit pembuka tin itu seluas yang boleh, 
 jangan tarik sampai patah. 
Tarik sampai had keluasan yang di benarkan.



2) Letakkan pembuka tin betul-betul pada tepi tin susu. 
Pastikan tepi tin susu yang hendak dibuka itu berada 
di tengah-tengah antara roda dan pemotong pada pembuka tin.
 Harap-harap faham.

3) Rapatkan pemegang dan pengepit pada tin susu,
 seperti anda sedang menggunakan playar.
 Rapatkan sehingga pengepit itu betul-betul berada di bawah pemegang tin 
(seperti dalam gambar kedua diperenggan yang atas sekali)


4) Setelah dikepitkan, buka tin dengan memusingkan
pemusing pembuka tin itu seperti anda sedang membuka penutup botol. 
Pada masa ini, anda dapat rasakan pembuka tin itu mula bergerak 
mengikut bulatan tin itu. Pusing je sampailah ke tempat kita bermula tadi,
insyaAllah...tin itu akan tebuka.

Tarrraa! Tin susu yang sudah dibuka.
                                                                                                                                                                               
Untuk membuang penutup tin susu tadi, tarik pengepit dan bukakan seluas-luasnya.
 Penutup tin itu akan jatuh ke bawah. 
Bolehlah pindahkan susu cair itu ke dalam bekas yang lebih selamat dan suci.

Senang je kan..Dulu saya pun tak tahu macamana nak guna pembuka tin ini. 
Rasanya macam susah sangat nak buka pakai yang ini, tapi selepas saya membuat research,
 akhirnya saya telah temui betapa mudahnya menggunakan pembuka tin jenis di atas.
Setelah menggunakan pembuka tin susu seperti ini,
tak perlu lagi saya mengetuk dengan menggunakan anak lesung batu,
 atau mencungkil dengan pisau ataupun memulas hingga tapak tangan menjadi merah padam...

Buka tin susu senang.. jiwapun tenang…



















1 comments:




Tempat Mendobi Kecil-Kecilan

8:30:00 am Sha Nazri 2 Comments

Baiklah..mari saya teruskan rencana untuk hari ini.
Saya ingin membawa pembaca sekalian menelusuri tempat mendobi kecil-kecilan saya di rumah.
Kenapa kecil sangat? Sebab sesuai dengan keluasannya yang agak sempit, 
namun begitu tetap comel..ekeleh..nak puji jugak tu..jangan marah tau..

Perkara penting yang perlu ada dalam pusat mendobi di ceruk rumah saya ialah yang pertama, 
semestinya mesin basuh. Kalau takda mesin basuh, bolehje berus dan basuh baju pakai tangan.
Tetapi selari dengan arus kemodenan,
 di saat ini hampir kesemua penduduk dan rakyat jelata menggunakan mesin basuh. 
Bak kata pepatah..kalau tiada mesin basuh, 
manakan dapat membasuh berkoyan-koyan baju dalam masa 60 minit.

Selain daripada itu, sabun basuh juga adalah elemen yang perlu dititik beratkan.
 Ada yang menggunakan sabun basuh jenis serbuk seperti saya. 
Saya menggunakan jenama Daia..
Daia kini datang dengan haruman floral yang lebih harum…bak kata Lisa Surihani dalam iklan Daia.
 Ada juga sabun basuh jenis cecair seperti Dynamo yang cepat sangat habis penggunaannya, 
pada pendapat saya yang kerdil ini.

Impian saya ialah,  saya ingin menyusun atur bahan-bahan cucian ini di tempat yang strategik 
sebelum Cik Syifa menyusun aturkan botol-botol pencuci yang dianggap 
sebagai permainan bowling padang baginya.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua sekalian pembaca yang budiman, 
marilah bersama-sama berkongsi cara-cara saya 
menyusun atur bahan-bahan pencuci di pusat dobi kecil-kecilan saya ini.



1) Pertama sekali saya dril dinding dan masukkan skru plug ke dalam lubang dril.
Ketuk sedikit dengan menggunakan tukul besi agar ia segera masuk kedalam.
Untuk cara-cara drill yang lebih lengkap boleh rujuk DISINI.

2) Setelah itu, ambil rak besi dan ketatkan skru pada rak supaya ia tetap teguh dan utuh di disitu.

3) Sila buat sedikit eksperimen dekat rak yang telah di pasang pada dinding, 
dengan memegang rak tersebut. 
Kalau ia tidak menari-nari ke kiri dan ke kanan, maka rak itu sudah siap untuk di gunakan.


Saya letakkan bahan pencuci yang selalu saya gunakan.
Botol Zip warna purple itu untuk cucian lantai dan jubin bilik air.
Vanish yang dalam botol pink itu untuk membersihkan kotoran degil 
seperti kesan kotoran terkena sambal petai atau kari roti canai.
Botol biru itu spray air yang dicampurkan dengan cecair pencuci zip 
untuk saya semburkan pada meja dan lantai yang terkena tumpahan air manis atau kuah
 (untuk kotoran yang mempunyai keluasan minima)
Botol zip yang berwarna putih itu pula selalunya saya gunakan untuk kotoran 
2 kali ganda susah nak hilang.

Apa ada dalam bakul pink tu??? Ssshhhh..rahsia….
Huhu..tak payah rahsia sangatlah…Sebenarnya ada ini je..



Berus sabut kale coklat untuk berus seluar Encik Hubby, 
lepas bermain lumpur di padang.
Berus besi itu pula digunakan untuk mengikis karat-karat hitam pada periuk dan kuali
 akibat kepanasan api dapur gas yang melampau.
Berus biru itu selalunya saya guna untuk berus lantai je.




Inilah suasana pemandangan pusat mendobi saya dirumah.
1) Tempat sidai kain lap dan kain buruk. Ceritanya ada DISINI
2) Ruang untuk simpan plastik. Saya pernah kongsikan DISINI.
3) Tempat letak bahan pencuci.
4) Sabun Daia , saya masukkan dalam bekas berpenutup.
5) Rak berpintu yang colourful itu, untuk saya letakkan stok 
barang-barang cucian yang lain seperti ubat gigi, sabun mandi, 
shower foam, ubat nyamuk dan lilin untuk kegunaan semasa blackout.


Itu sahaja buat masa ini. Semoga anda terhibur dengan rencana ini.

Sekian 









2 comments:




Maggi Cepat Masak Sedap Makan

11:27:00 am Sha Nazri 2 Comments

Maggi....sejak saya kecil baru nak kenal dunia, 
saya sudah dapat bau aroma karinya yang menusuk hidung.
Maggi juga salah satu makanan wajib masa saya kat hostel dulu.
Huh..bila PTPTN dah agak-agak genting tu..
mulalah cari maggi buat lapik perut untuk meneruskan study.
Nasib baiklah makan maggi otak saya masih boleh berfikir..
Sesetengah pendapat mengatakan yang makan maggi ini boleh jadikan otak lembap..
Betul ke tak..Tak pasti pulak saya..


Owh..ini bukan untuk santapan tengahari..
Semangkuk maggi mana cukup untuk juadah lunch di hari Sabtu ni.
Ini juadah waktu lewat malam.
Time malas nak masak tahap Ultraman Taro..


Maggi makan panas-panas..
Untuk lapik perut..

Sekian..

2 comments:




Tempat Letak Kain Lap

8:00:00 am Sha Nazri 2 Comments

Saya dah lama mencari penyelesaian yang paling best 
untuk sidai kain lap saya yang buruk itu. 
Selalu saya dah lap-lap meja saya basuh dan sidai dekat tingkap dapur.
Biasakan dengar ayat di atas?..
Jadi suatu hari di hari raya, saya terbaca entry ini-
 Sudut sangkut kain buruk dalam blog Cik Yana.
Bagus idea ni..
jadi saya mohon jasa baik Cik Yana untuk menghalalkan saya mencilok idea beliau ini.



Tapi sebelum itu, kenalah beli besi untuk nak sidai kain lap tu.
Saya beli di kedai Mr DIY, rege dalam 11 hengget setengah kot.
Kalau nak exact amount cuba close up kat gambar kotak itu, bahagian paling kanan..hehe..
Tambah satu kerja lagi..kalau rajin bolehlah buat macam tu..



Di belakang kotak tertera cara pemasangannya.
Kacang je ni..Lama tak dengar tagline ni..


Inilah isi dalam kotak tu. 
Satu batang besi, dan penyangkut untuk besi di kiri dan kanan.
Belakang penyangkut besi tu ada pelekat.


Saya beli penyangkut jenis ini sebab tempat untuk lekat kan
 penyangkut ni boleh rotate. Boleh letak kat sudut tanpa rasa was-was lagi.


Cik Yana lekat kat mesin basuh, tapi saya menderhaka sikit kat idea tu.
Besi penyangkut ini panjang, terlebih daripada ukuran mesin 
basuh saya, jadi saya letak di tingkap seperti didalam gambar.
Sebenarnya di sebalik tingkap itu ialah bilik yang bersambung dengan dapur.
Saya rasa ini tempat yang paling sesuai sebab
 ia agak tersembunyi daripada pandangan dari ruang tamu.
Okey..kain lap saya tidaklah sesuci seperti diatas itu. Ini cuma sesi testing je.

Lepas lap meja terus cuci dan sidai kat belakang tu. 
Tak sakit mata memandang kain yang bersidai di tingkap.
Kemas dan cepat kering..
Sekian.


2 comments:




Tepung Pelita Key El la sangat!

8:00:00 am Sha Nazri 1 Comments

Saya suka saaaangggaat dengan manisan ni..
Kalau pergi bazar Ramadhan saya akan cari tepung pelita ni dulu.
Rasa lemak santan dan manis gula campur lagi dengan aroma daun pandan.fuhhh..heaven nyerr…
makan pulak time cuaca panas..rasa sejuk je tekak bila menelan tepung pelita ni.


Sebab saya suka sangat tepung pelita, 
saya pun cuba resepi yang telah saya simpan sejak 3 tahun lepas. 
Minta maaf sebab saya tak dapat nak sertakan link resepi kat sini, 
sebab tak ingat kat mana saya cilok resepi ni. 
Tapi kalau google pasti jumpa berpuluh-puluh resepi 
yang hampir sama cara dan prosedur pembuatannya :)

Takde stok daun pisang kat rumah?
Jangan resah gelisah..saya pun takde daun pisang untuk lapik kuih tepung pelita ini..yelah..
susah gak kan nak cari daun pisang tengah hutan batu ni..
Jadi penyelesaiannya ialah …


Inilah dia tepung pelita Key El la sangat!..
Masuk adunan tepung pelita tadi di dalam cawan ataupun mangkuk kaca 
ala-ala tomey macam kat atas tu.



Tak cukup mangkuk tu…saya masukkan pula dalam gelas.



Tepung pelita yang di sejukkan dalam esbok. 
Makan sejuk-sejuk barulah best.






1 comments:




Easy Mop - Mop Raya Saya

8:30:00 am Sha Nazri 2 Comments

Rasanya belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada saudara serta saudari.
 Setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini..hihi..siap nyanyi lagi.

Lama saya menyepi…bizi….
tapi saya tetap teringat-ingat pada blog saya ini.
 Siang malam hati tertanya-tanya, berapa banyakah sawang yang sangkut dekat blog ini..
Tapi hari ini …I’m back!!!..untuk menyahkan sawang-sawangan itu. 
Okey, cukuplah tu pasal bab sawang. Boring....

Sebelum raya hari tu saya telah membuat sedikit pelaburan.
 Pelaburan untuk beli mop baru. 
Orang sibuk cerita pasal beli baju raya, saya pulak sibuk cerita pasal beli mop.
 Eh..mop ni bukan calang-calang mop tau.
Mop yang akan menjadikan aku, kamu dan dia yang pemalas nak mop lantai itu..
akan menjadi rajin apabila menggunakan mop ini.

Memperkenalkan… 

Penerangan pada kotak:
Inilah Easy Mop. Membuat kerja rumah lebih mudah.
Tak gunakan elektrik -senang nak guna (jimat bil letrik)
Tak payah sentuh air -tak payah nak perah kain mop dengan tangan (tangan tak bau busuk)
Boleh guna pedal kaki atau press je guna tangan untuk keringkan kain mop
 (Yang ni guna tenaga sendiri, free je tak payah bayar)



Lagi penerangan pada kotak. 



Dalam kotak tu ada aksesori mengemop seperti di atas.


Sebelum mengemop, saya cantumkan dulu kepala mop (benda yang warna hijau) tu
dengan kainnya dahulu ( benda warna putih). 
Nak bagi faham betul-betul ni..Faham tak? Angguk sekarang jugak kalau faham.
Nak senang pijak je atas kepala mop tu, 
bila dengar bunyi "click" maknanya dah berjayalah tu.
Kalau nak tanggalkan kepala mop pulak, pijak kain mop dan tarik handle tu ke atas,
 tarik kuat sikit tau. Kalau ala-ala manja tak jadi.
Lepas tu sambungkan pula dengan pemegang mop tu.
Kepala mop ini boleh pusing 180°.
 Kalau nak mengemop kat bawah meja, kerusi atau celah-celah sempit tu 
agak mudah dengan bentuk kepala mop yang leper tu.



Selepas itu, isikan air kedalam baldi hijau ni, 
dan tuangkan 1/3 penutup cecair pencuci  lantai ke dalam baldi.




Takat air dalam baldi seperti anak panah dalam gambar di atas. 
Jangan ter over limit pulak.
Basket putih tu tempat untuk keringkan mop dan 
dalam baldi hijau tu pun ada fungsinya juga,
 iaitu boleh membersihkan kain mop,
 ia berpusing sama seperti kita keringkan kain mop.
Harap maklum.



Ini cara untuk keringkan kain mop. 
Masukkan mop dalam spinning basket dan pijak handle yang ada anak panah tu.
 Best tau bila spin ni.
 Berpusing-pusing..Macam spin dalam washing machine pulak.
 Saya ber eksperimen untuk keringkan beberapa helai kain buruk..
menjadi..tak payah perah kain guna tangan. hehe..



Handle mop boleh di sesuaikan mengikut ketinggian 
dan kerendahan anda yang nak mengemop.
Kalau nak keringkan guna handle, cuma tolak klip putih tu ke atas,
 pegang handle mop yang ada cover plastik hijau tu, 
dan tolak ke bawah dalam spinnning basket tu.
Saksikanlah ia berpusing-pusing macam dalam salad spinner.



Masa untuk mengemop!
Selain mop lantai, sangat berguna untuk saya mengelap air yang ditumpahkan oleh Cik Syifa.
Bersihkan habuk kat kipas pun boleh dan pelbagai kegunaan lain mengikut kreativiti masing-masing.
Saya puas hati dengan pembelian kali ini, sebab mop inipun banyak dapat good review daripada pengguna. Pembelian yang pada mulanya dianggap satu pembaziran oleh Encik Hubby kini menjadi kegunaan yang cukup bermakna buat saya dan Encik Hubby.
Kat mana saya beli? Cari kat Lazada..Harga mampu milik.
Sekian.

2 comments: