Liebster Award lagi..

3:14:00 pm Sha Nazri 17 Comments



Saya di 'tag' oleh DIANA
untuk join Liebster Award ni..
Thanks tau..!


Peraturan Liebster Award : 
-Mention blogger yang calonkan anda 
& letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
-Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
-Calonkan 11 bloggers lain yang anda tengok followers kurang dari 1000.
-Buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut.
-Maklumkan kepada those bloggers.

Jom jawab soalan yang dikemukankan oleh beliau..
Get ready..Set..Go!

Soalan-soalan yang di ajukan ialah:

1. Bila anda start blog?
Tahun 2012. Masa tu tak berapa aktif 
dan mengamalkan dasar tutup pintu. hheh

2. Nama manja anda?
Shasha..manja ler tew..

3. Tiga perkataan menggambarkan diri anda?
Periang, penyayang dan penyopan..

4. Status korang sekarang?
Not single and not available which means dah kahwin.

5. Heels or flats?
Heels boleh.. flat lagi ok

6. Favourite blogger anda?
Fatin Liyana Asri

7. Warna kegemaran anda?
Pink..Pink..and Pink! 
Pink selamanya..

8. Teh @ Coffee?
Teh susu..hihi..teh la

9. Benda paling berharga yang anda permah miliki?
Ipad

10. Apa yang anda buat, bila anda sedih?
Tengok cerita lawak

11. Selain seorang blogger, anda adalah seorang.....?
Seorang anak, isteri dan ibu yang garang. heh

Okey..sekian, terima kasih..

Mari menjoinkan diri..

Tinggalkan link kat komen..nanti saya tag sape-sape yang nak join tu.

Soalan saya yang wajib anda jawab ialah:

1) Siapa nama orang yang paling anda sayang
2) Kalau anda ada RM50 nak buat apa dengan duit tu
3) Tempat makan yang paling anda suka sangat pergi
4) Apa pendapat anda mengenai blog saya
5) Kerja rumah yang paling di benci
6) Apakah hadiah yang anda impikan pada hari lahir anda
7) Warna kegemaran anda
8) Terangkan perwatakan anda dalam 3 patah perkataan
9) Tahun berapa anda dilahirkan
10) Kereta impian anda?




17 comments:




Liebster Award

2:51:00 pm Sha Nazri 4 Comments


First sekali, 
terharu dapat di tag oleh akusukatulisblog 
untuk join Liebster Award ni..

Peraturan Liebster Award : 
-Mention blogger yang calonkan anda 
& letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
-Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
-Calonkan 11 bloggers lain yang anda tengok followers kurang dari 1000.
-Buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut.
-Maklumkan kepada those bloggers.

Okey jangan buang masa..
jom jawab soalan-soalan cepu emas kat bawah ni..

1. Apa tujuan anda  berblogging ?
Tujuan saya berblogging ialah nak berkongsi maklumat dan info
terutama sekali tentang susun atur, DIY dan juga
 berbagai-bagai lagi perkara yang menarik 
di samping dapat menambah kenalan baru

2. Apa impian anda?
Impian saya adalah untuk memiliki rumah sendiri
 dan melancong ke serata dunia.
InsyaAllah..

3. Apa haiwan kegemaran anda?
Meeeaoww..Kucing dah tentu..Omey sangat!

4. Ayat Al-Quran pertama yang diturunkan oleh Allah SWT 
Iqra' yang bererti bacalah (surah al-Alaq, 1-5)


5.Siapa yang paling anda sayang?

Anak, Suami, Emak dan diri sendiri.



6. Apa komen anda mengenai blog saya? 
Simple, kemas dan banyak tips kekeluargaan 
serta info berunsur nasihat yang boleh dijadikan panduan

7. Apa kerjaya anda?
Surirumah merangkap student.
8. Apa hobi anda?
Baca buku..ececeh..taklah..memasak kot..sesuai dengan kerjaya saya. 

9. Apakah tanda kiamat (bagi satu je)
Penaklukan Baitulmuqaddis

10. Siapa idola anda
Nabi Muhammad SAW


11. Apakah dua perkara yang ditinggalkan oleh Rasul SAW kepada umatnya.
Al Quran dan Sunnah

Okey..Siap!

Mari menjoinkan diri..

Tinggalkan link kat komen..nanti saya tag sape-sape yang nak join tu.

Soalan saya yang wajib anda jawab ialah:

1) Siapa nama orang yang paling anda sayang
2) Kalau anda ada RM50 nak buat apa dengan duit tu
3) Tempat makan yang paling anda suka sangat pergi
4) Apa pendapat anda mengenai blog saya
5) Kerja rumah yang paling di benci
6) Apakah hadiah yang anda impikan pada hari lahir anda
7) Warna kegemaran anda
8) Terangkan perwatakan anda dalam 3 patah perkataan
9) Tahun berapa anda dilahirkan
10) Kereta impian anda?








4 comments:




Return dan Refund Barang Dekat Lazada

8:44:00 pm Sha Nazri 37 Comments

Meh sini jap..
Ala jap je..baca pasal pengalaman saya pulang barang rosak kat Lazada.
Barang ape?..
Teruskan membaca sampai habis.


Ni la barang yang nak di pulangkan tu.
Ini TV LED Sharp Aquos 19 ' 
Rosak tang mana?
tu..kat tepi sekali..belah kanan nu ha..
Tak nampak lagi..okey sat ye..


Ni zoom sikit kat belah yang rosak tu.
Nampak lubang tu..
hujung tu dah broken bak kata Alicia Key..
Maka broken nya TV itu sama seperti berkecainya hati saya.
Baru nak excited dengan TV baru..keciwa..

Apalagi..saya terus melahirkan rasa kekecewaan 
yang bersarang di dalam hati kepada customer service LAZADA.
Nombor yang anda harus hubungi adalah seperti berikut:


Selepas penerangan pung pang pung pang
 dalam telefon dengan Customer Service LAZADA tu,
dia memohon maaf dan meminta saya mengisi 
borang, untuk pemulangan barang yang 
di emailkan kepada saya seperti di bawah:

Saya print borang yang di emailkan tadi.
Isi semua maklumat pada muka surat pertama 
borang ini seperti
nama, alamat, order number dan detail bank seperti diatas.


Mukasurat yang kedua dalam borang pemulangan barang.
Baca betul-betul sebab ada terms and condition
 untuk pulang barang dekat muka surat kedua ini.

Bukan semua barang rosak boleh pulang balik tau..
Baca lagi kat bawah ni.

Mana-mana yang dah beli barang seperti senarai di atas,
 anggap jelah takde rezeki.
Tidak diterima untuk pemulangan.



Ini pulak syarat-syarat untuk memulangkan barang ke LAZADA.
Salah satu syaratnya, barang yang nak dipulangkan 
mestilah tidak lebih dari 14 hari dari tarikh penerimaan.
Barang mesti dalam keadaan baik, warranty
 atau seal pada barang masih valid lagi.
Kalau dapat free gift masa beli barang tu, 
kena pulangkan jugak free gift tu.
Kalau beli barang satu set macam pack combo,
 tak boleh pulang satu barang yang rosak tu je,
kena pulangkan semua.


Ni saya dah siap bungkus kan TV tu. 
Nak hantar.. kena masukkan sekali 
borang pemulangan LAZADA tu dalam kotak.
takpun boleh jugak tampalkan je kat luar kotak.


Alamat untuk hantar barang yang nak di pulangkan tadi.
Barang tersebut akan di nilai
 samada layak untuk mendapat refund.
Kalau ok semuanya, LAZADA akan 
bagi pemulangan duit termasuk bayaran Pos Laju.
Kalau tak layak, LAZADA akan pulangkan balik barang tu 
dan bayaran Pos Laju hangus la nampak gayanye.
Sumber :LAZADA
  
Slip Pos Laju. 
Simpan elok-elok.
Snap gambar slip Pos Laju ni, senang nak email
 kat LAZADA bila nak tuntut balik bayaran pos nanti.
Simpan tracking number sebab mudah nak cek website Pos Laju barang
 kita dah sampai atau tak sampai-sampai lagi ke LAZADA.

Ini yang saya email ke LAZADA untuk tuntut bayaran 
Pos Laju sebab LAZADA
 tak pulangkan bayaran Pos Laju sekali 
dengan bayaran untuk refund barang tu.
Jadi saya kena call dan email sekali lagi untuk
 remind diaorang tentang bayaran Pos Laju.
Attach sekali slip Pos Laju dan sebagai tambahan 
saya letakkan sekali kiraan Pos Laju tu, bagi lebih jelas lagi
 sebab tulisan carbon kat slip pos laju tak jelas, 
manala tau nanti timbul isu lain pulak.


Selepas cek kat website Pos Laju, kalau barang status dah delivered, 
 sila call Customer Service LAZADA.
Jangan harap diaorang nak call atau email anda.
Tanya pasal status barang tu.
Nanti diaorang akan email kan status tu.


Lepas tunggu dan call lebih kurang dalam 2 minggu la jugak baru dapat refund, bank in terus dalam akaun.
Kata staff LAZADA, proses agak lama masa tu disebabkan cuti Hari Merdeka.

Okeyla, secara keseluruhannya puas hati dengan customer servis LAZADA.
Diaorang sopan, melayan kerenah customer macam saya ni.
Setiap pertanyaan dan email ada jawapan.
So saya takdelah tertunggu-tunggu.
Cuma kalau nak pulangkan barang memang agak leceh sikit.
Harap servis penghantaran barang oleh LAZADA 
dapat lebih di pertingkatkan lagi di masa hadapan.













37 comments:




Nasi Dagang

10:00:00 am Sha Nazri 9 Comments

Sarapan pagi dengan Nasi Dagang.
Resepi saya ambil dari Azie Kitchen.


Cuma saya tukarkan berasnya.
Saya gunakan beras basmati Faiza.


Resepi gulai ikan tongkol ini pula saya ambil dari jintanmanis.com
Sebabnya gulai ikan tongkol ni tak gunakan rempah untuk gulai.
Saya takde rempah ratus untuk gulai ikan tongkol, jadi saya 
ikut je resepi yang mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah.

Pehh..memang best.
Nak buat lagi lepas ni..kalau rajinla..

9 comments:




Karya Agung Kami

9:30:00 am Sha Nazri 4 Comments


Ini ialah aktiviti masa cuti Merdeka dengan Cik Syifa.
Tengok tu..khusyuk dia buat drawing.



Bila saya tanye..
 Syifa buat apa tu?
Syisyi (Syifa) draw..
Syifa draw apa?
Draw..Bapak..Mama..
Jom tengok apa yang Syifa draw..

Saya minta dia tunjuk yang mana Mama yang mana Bapak.
Yang bulat warna oren tu Bapaknya dan warna biru panjang tu Mama..

okey..no comment..

Tengah-tengah Syifa mewarna tu, boleh pulak dia teringat kat Upin Ipin.
Terus dimintanya saya melukis kartun Upin Ipin.
Alamak..bab melukis ni saya agak gagal. Kegagalan tangan keras..

Kalau tak sama macam Upin Ipin nanti kecewa pulak Cik Syifa.




Ni dia Upin versi saya.
Anggap jelah ini abang tiri kepada Upin..
Nasib baik Syifa tak meraung. 
Nampaknya dia boleh menerima yang ini Upin versi Mamanya.

 
Dah bersungguh mama lukiskan Upin ni,
haruslah kita bergambar kenangan bersama
karya agung tersebut.


 
Sekali lagi..Syifa ready..
Smile....













4 comments:




Tukar Toilet Handle La Pulak..

9:30:00 am Sha Nazri 2 Comments

Nampaknya cerita saya asyik berkaitan dengan tandas je kan..
Harap tak boringla ye..sebab ni episod yang terakhir pasal tandas.

Sedar tak sedar, masa saya tengah buat research pasal baiki tandas ini,
sebenarnya subjek tentang kerja-kerja asas baiki 
dan menukar sistem perpaipan dan tandas di rumah ini
telah di ajar dalam matapelajaran Kemahiran Hidup (KH) tingkatan satu.
Saya sendiri secara tak langsung refresh balik apa yang telah
saya belajar masa form 1 dulu. Lama tu..

Itulah..dulu main-mainkan subjek KH ni macam tak berapa penting kan.
Sekarang barulah insaf dengan diri sendiri. Terhegeh-hegeh baca subjek form 1 balik.
Alangkah nyesalnya saya..

Benarlah kata arwah Opah saya, menyesal dahulu pendapatan..
Menyesal kemudian tidak berguna..
Namun begitu, bila dilihat dari perspektif metodologi, ia masih berguna lagi..
kerana kini saya mendapat sedikit ilmu untuk di kongsikan dengan 
masyarakat di seantero dunia di luar sana.

Kepada yang pandai silalah tolong tegur kesalahan saya
 dengan cara yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.
Owh!.
Setelah membebel panjang, tanpa disedari saya hampir terlupa dari tujuan asal saya.
Hari ini saya ingin ceritakan pula pengalaman saya menukar pemegang pam tandas.

1: Pam tandas baru jenis besi harga sebenar RM9.50
 Beli jenis besi sebab beli yang plastik tu dah 2 kali patah. Nangis lagi..
Lokasi beli: Kedai Hardware Taman Permata depan Giant
Harga selepas bertegang urat leher dengan tauke kedai : RM8.00

2 dan 3: Keadaan pemegang pam tandas setelah di ceraikan.

3: Handle Lift Arm dan besi pengetat
 untuk pemasangan seterusnya, rujuk gambar di bawah.



 1) Longgarkan nat pengunci dan tanggalkan penyangkut besi pada Handle Lift Arm
 bahagian dalam pemegang pam tandas yang telah patah.

2) Pusing mengikut arah jam untuk keluarkan pemegang pam tandas di bahagian luarnya.

3) Pusing lagi sampai pemegang boleh di tarik keluar.

4) Kumpulkan pemegang yang rosak dalam sinki bilik  air
 supaya tak bersepah.



Masukkan pemegang pam tandas yang baru.
Masukkan washer* dan ketatkan nat semula ikut arah lawan jam. 
Pastikan kedudukan pemegang pam tandas
 dalam posisi yang betul dengan  melaraskan nat pengunci.

*gasket getah yang berfungsi untuk halang kebocoran



Sambungkan rantai besi pada lubang  Handle Lift Arm di bahagian dalam.


Pasangkan Handle Lift Arm pada hujung pemegang pam tandas yang baru.


Masukkan besi pada hujung pemegang pam tandas yang 
bertindak sebagai pengetat antara pemegang pam tandas dan Handle Lift Arm.
Ketatkan juga skru dibahagian Handle Lift Arm


 Flush dulu untuk pastikan pemegang tandas
 yang baru di pasang tadi berfungsi.

Dah siap..berfungsi dengan baik setakat ini.

Sekian

2 comments:




Pelampung Lama Tukar Baru

10:30:00 am Sha Nazri 0 Comments

Entry serius..Serius giler sampai tak boleh nak sengih sikit pun.
Tak nak cakap banyak..nanti kerja banyak tertunggak.
Jom tukar pelampung!

Owh..ini bukan pelampung seperti yang kawan-kawan fikirkan..
No..no..no..
Bukan pelampung untuk bermandi-manda di pantai atau di kolam renang.
Ini pelampung di dalam tangki tandas di rumah anda semua.
Mari kita lihat pelampung yang saya maksudkan tadi.

Ini dia pelampung dalam tangki tandas.
Anda pernah lihat bukan?
Iye...Fungsinya adalah untuk mengawal paras air dalam tangki.

Alat yang perlu ada untuk projek kali ini:
Spana boleh laras
Pemutar skru
Pelampung
Pita Putih

Sebelum tu, mari kita berkenalan dengan komponen-komponen dalam tangki tandas.


1. Paip alur masuk (paip agihan)
 Membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.

2. Paip alur keluar (paip simbah)- takde dalam gambar
Menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.

3. Paip limpah
Menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau pelampung.

4. Injap bebola
Mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.

5. Pelampung
Terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. 
Pelampung mengawal paras air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelambung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.

6. Injap gegendang
Mengawal air masuk ke tiub sifon. apabila tuil tarik, 
injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.

7. Tuil tarik/tangkai pelepas
Tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. 
Apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air.

8. Tiub sifon
Menyalurkan air ke paip simbah
Sumber : http//:panitia_kh_tigs.blogspot

Mula-mula tanggalkan pelampung yang lama.
Alang-alang saya tanggalkan pelampung tu,
 saya terus tanggalkan dengan tangki-tangkinya sekali.
Tak puas hati sebab tengok warna tangki yang kuning tu.


Tangki yang telah di bersihkan..
Cantik tak..okey..
 taklah berkilat tapi lebih berseri daripada keadaan sebelum ini DISINI.
Saya tanggalkan tangki ini daripada dinding, 
lebih mudah untuk saya bersihkan kekotoran didalamnya.


Pasang balik dan ketatkan nat pada tangki yang telah di bersihkan.
Kosongkan air dalam tangki. 


Lepas tu gantikan pelampung lama dengan yang baru.
Saya tanggalkan pelampung dari lengan pelampung tu dahulu.
Mudah untuk saya pusingkan lengan pelampung pada paip alur masuk.
 Dah siap pasangkan dekat paip alur masuk tu, cantumkan semula pelampung dan..


Ketatkan benda alah macam kat atas tu..
Apa benda ni..maaf saya tak tau nak panggil apa.
Nat pengunci kot..

Kemudian, buka punca bekalan air.
Perhatikan air yang masuk ke dalam tangki.tu 


Kalau air keluar dari lubang paip limpah,
gunakan pemutar skru biasa untuk laraskan skru pelaras tu ke arah injap bebola.
Kalau paras air rendah sangat, pusing skru pelaras ke belakang, melawan pusingan jam.


Balut dengan pita putih untuk perlindungan yang maksimum.
Sambungkan semula flexible hose dekat paip alur masuk.
 siap!

  

Sumber rujukan :
http://www.sabah.edu.my/mtc034.wcdd/tangki.html

0 comments:




Saluran Air Dalam Tangki Tandas

12:39:00 pm Sha Nazri 2 Comments


Alkisahnya saluran air untuk tangki tandas 
di rumah tidak boleh digunakan sejak
zaman saya berpindah ke rumah ini. 
Setiap kali selepas flush, takungannya perlu dipenuhkan 
secara manual dengan mengisi air ke dalam tangki tersebut.

Pada suatu hari, kami sekeluarga pulang ke kampung, 
dan salah seorang dari kami terlupa menutup paip air 
yang ingin dipenuhkan ke dalam takungan tangki tandas.
Selepas dua hari... kami pulang ke rumah. 
Air mengalir bagai sungai kekdahnya.
Sejak itu, kami semua menyesal atas perbuatan kami.
Kerana itu saya mesti berbuat sesuatu
 untuk menyelesaikan masalah ini daripada berlanjutan.


Dalam tugasan ini, sarung tangan suatu kemestian. 
Ini adalah untuk menjaga kehalusan kulit tangan.
Tutup paip air utama supaya air tak memancut keluar bila buka paip tu nanti.


Saya tanggalkan kepala paip yang menyambungkan 
getah paip ke dalam tangki tandas.
Kumpul semua dalam sinki bilik air.
 Simpan. 
Manalah tau ada kegunaannya nanti.


Bahan-bahan untuk projek kali ini.
1) Playar

2) Flexible hose
(digunakan untuk sambungan air ke tangki nanti)

3) Pita putih (pembalut untuk PVC)

4) Soket yang bentuk heksagon di tengah-tengahnya, 
di hujungnya dua bahagian yang sama bentuk.
Kalau tak salah saya, putting heksagon namanya.

  Saya tak tau nama saintifik semua benda kat atas tu..
Tukang paip mesti gelakkan saya ni.
kalau salah tolong betulkan.


Saya tanggalkan dahulu pelampung dalam tangki tandas ini
 supaya lebih mudah kerja saya untuk
menanggalkan lengan pelampung di bahagian paip alur masuk.
Maaf keadaan tangki tandas yang kuning melepak itu.
Dah blur pun masih pekat warnanya.


Selepas itu, saya perlu potong bahagian batang PVC itu 
kerana ia tidak lagi berfungsi untuk mengalirkan air masuk kedalam tangki.
Dan juga untuk memberi ruang penyambungan flexible hose ke dalam tangki.

Pasangkan soket tadi ke batang PVC
 yang menyambungkan punca air paip.
Jangan lupa untuk lilitkan pita putih di kedua-dua belah hujung soket.


                                     Pasangkan semula lengan pelampung di bahagian paip alur masuk
              yang menyalurkan air masuk kedalam tangki tandas.

Pasangkan flexible hose di soket dan juga di permulaan lengan pelampung.


Ketatkan kepala flexible hose dengan playar.


Pasangkan semula pelampung yang ditanggalkan diawal tadi.


Dah siap..test dulu..air pun dah keluar memenuhi tangki tandas dengan jayanya..
Pasni tak payah tunggu tangki penuh pastu kena tutup paip lagi. 
Kot-kot la kalau terlupa tutup paip,
 peristiwa hitam seperti yang saya cerita di awal tadi akan berulang kembali.
Berlambak la bil air.
dan juga...
ianya merupakan satu pembaziran
yang besar kepada kerajaan Negeri Selangor.

Jangan Membazir..Jimatkan air...

Take Care!




























2 comments:




Welcome to ABC's Room Cik Syifa

11:00:00 am Sha Nazri 6 Comments

ABC's room adalah terma yang Cik Syifa gunakan untuk ruang playstation nya.
Kenapa? Sebab itu je yang dia boleh faham buat masa ini. 
Jom kita buat tour sikit kat ABC room ni...


Welcome to ABC's Room Cik Syifa!..
Kat depan pintu ABC room ni saya tampalkan hiasan sedikit.
Chalkboard kecil saya lekatkan huruf magnet yang tertera nama Cik Syifa.
Di bawahnya saya lekatkan measurement yang warna kuning tu.
Berguna jugak nak ukur ketinggian Cik Syifa nanti.
Ada juga abjad ABC dan burung-burung kecil yang dibuat dari foam saya lekatkan.
Pintu ni tak cantik.
Sebenarnya saya tampalkan sticker foam ini pun untuk menutup
permukaan pintu yang ada lubang-lubang kesan paku dan stepler.


Sticker foam ini sebagai penyeri dan juga 
motivasi Cik Syifa untuk belajar ABC, 123 dan macam-macam lagi.
Okey jom kita jelajah lagi ABC room ni.


Atas tu ada bintang-bintang yang tak berkerlipan.
Lepas tu ada kad ABC dan 123 yang saya tampalkan 
sebelah menyebelah membentuk separuh bulatan.
Kad tu sebenarnya,  bentuknya seperti  buku yang di lipat macam  flyers tu.
Saya beli murah jer, tak sampai RM2. 
Balik rumah saya potong satu-satu dan tampal kat dinding.
Beli dua set sebab nak guna depan dan belakang.
Setiap kali masuk bilik ini, Cik Syifa akan akan datang dekat sudut ini 
sambil sebut dan menunjukkan pada saya abjad-abjad dan nombor-nombor ini.


Meja untuk Syifa buat aktiviti drawing.
Sebelah tu tempat parking 'car' Cik Syifa.
Ada masa dia nak nagde-ngade, saya kena tolak car dia..
(walaupun dia boleh gunakan kudrat kaki dia untuk gerakkan car tu)
Sampai lenguh pinggang mama ko ni nak oii.


Tempat untuk letak toys Cik Syifa.
Tak banyak sangat...
Kalau adapun stok yang murah-murah je..
Ada jugak yang kawan-kawan saya hadiahkan.
Perasan tak ada sejadah dan telekung kat sebelah rak ni?
Bilik ni juga berfungsi menjadi tempat solat 
dan bilik untuk tetamu beradu kalau ada ramai yang datang bertandang.

  
Ada masa Cik Syifa akan duduk dalam khemah bentuk kereta tu.
Abis semua mainan dengan baju bajan dia hangkut bawak masuk dalam tu.
Macam nak pindah rumah..
haiiih..macam-macam perangai anak-anak kreatif dan inovatif  zaman sekarang ni kan..



 Masa ni tengah buat aktiviti mewarna dengan Cik Syifa.


Ni tempat lepak Mama Syifa.
Sofa ni ada sedikit kecacatan pada tempat yang saya letakkan pashima tu.
Jadi tak nak letak kat ruang tamu dah, letak kat sini, 
boleh gak saya baca majalah kat sini sambil temankan Syifa bermain.

Itulah saja sedikit sebanyak yang saya nak kongsikan buat waktu ini.
Saya sebenarnya dah mengantuk sangat..dah nak masuk stage yang ke 6 ni..
Maaf kalau entri kali ini agak kurang best.
Tu je..tAke cAre!



6 comments: