Let's Play Doh

12:46:00 pm Sha Nazri 10 Comments

Dalam entri yang lepas, saya kongsikan cara buat Homemade Playdoh.
Senang je..kalau mak ayah rasa risau takut-takut anak termakan playdoh yang ada bahan kimia tu bolehlah cuba resepi playdoh tu.
Tak kuar duit pun...cuma keluar peluh je..bahan-bahan pun kebanyakannya ada kat rumah.

Hari ni saya kongsikan moment-moment saya dan Syifa bermain sambil belajar dengan playdoh.
Suka tengok air muka Syifa yang exited bila saya membuat bermacam-macam bentuk dari playdoh tu.

Sebelum tu saya nak share dough set ni yang saya beli di Giant dengan harga RM5.
Kat dalamnya ada 8 jenis bentuk (bulat, star, empat segi, tiga segi) dan juga roller comel dan 2 biji playdoh yang kecil dalam bekas ni. Sesuai sangat digabungkan dengan homemade playdoh yang saya buat semalam.

Syifa sedang meleperkan doh.
Ini salah satu aktiviti Syifa..main masak-masak.
Set permainan masak-masak ni untuk mengasah bakat Syifa memasak nanti. InsyaAllah bakal peserta Junior Masterchef Malaysia..huhu..

Tengah potong kobis katanya..liat sungguh kobis tu ye Syifa..

Lepas potong kobis dan cili, masukkan ke dalam mangkuk kecil.

Goreng kobis tadi sehingga naik bau.

Saya pun join sekali..best jugak..rasa macam mak masuk tadika balik.
Terkenang kenangan zaman tadika...

Sambil-sambil melayan Syifa, saya berlatih melipat kulit karipap sebelum bersedia untuk membuat karipap yang sebenar.

Seronok buat aktiviti playdoh ni. Macam-macam kita boleh buat. Mengasah kreativiti anak-anak.
Anak-anak boleh berimaginasi dengan cara yang sihat dan sebagai latihan praktikal untuk Syifa di awal usia ni. 
Masa ni lah sel-sel otaknya akan berhubung..tiba-tiba terbayangkan iklan anmum..

Aktiviti ini juga dapat melatih fine motor skill dan juga hand movement anak. 
Contoh kalau main masak-masak macam ni, saya minta Syifa untuk potong doh tu guna pisau plastik, belajar cara pegang sudu, ambil doh yang di potong kecil-kecil tu daripada mangkuk dan transfer ke dalam bekas lain.
Kalau imaginasi pulak, biarkan dia sendiri yang membentuk doh tu. Contohnya, Syifa tunjuk kat saya dia buat snowman tapi  rasa tak de pun rupa snowman tu walau sebesar zarah pun.
Takpe..ni proses pembelajaran..bagi dia credit sebab berusaha bentukkan snowman, walaupun tak langsung macam snowman..
Bagus..rajin anak mama..buat snowman..

Tengah goreng mee diatas dapur comel..kalau dapur saya warna pink macam ni semangat nak masak tanpa mengira batasan waktu..eceh

Mee siap! Siap dengan telur goreng palsu, di hiasi buah-biahan plastik.

Snowman versi mama Syifa..



10 comments:




Homemade Playdoh

11:56:00 am Sha Nazri 18 Comments



Assalammualaikum..
Entri ini adalah update daripada entri yang lepas. Disebabkan saya terrrpublish..maka jadilah ia entri yang tiga suku siap. Mesti ramai yang pening baca entri yang mula-mula kan..sorry ye..entri tu sepatutnya masuk dalam draf saya, tapi saya tak sedar ianya telah di publishkan..
Sekarang dah edit..dah susun atur mana- mana ayat yang tunggang terbalik tu..

Ok..tanpa membuang masa dan tenaga, jom baca pasal homemade playdoh yang saya buat untuk aktiviti Syifa nanti. 

Homemade playdoh ni tak mengandungi bahan-bahan kimia, jadi takdelah mak abah sentap kalau anak termakan.

Bahan-bahan nak buat playdoh ni pun semua dah ada kat rumah. Kos untuk membuatnya adalah RM0.00. Ni yang saya paling suka..sangat jimat..

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum cap wau (cap apa-apa pun boleh..asalkan namanya tepung gandum)
1/2 cawan garam halus (garam saya takde brand, bli kat kedai runcit)
2 sudu besar minyak masak saji
11/2 cawan air panas 
Pewarna makanan 


Mula-mula kita satukan tepung gandum, garam halus dan minyak masak dalam satu bekas.
Lepas dah gaulkan semua, saya asingkan menjadi 4 bahagian. Saya akan masukkan warna yang berlainan ke dalam bahagian tu nanti.


Saya guna 4 warna iaitu hijau, kuning, merah dan biru. 

Ambil bahagian yang pertama, buat lubang ditengah-tengah adunan dan masukkan air. 
Lepas tu saya letak pewarna kuning yang menjadi pojaan hatiku. Gaulkan semua sambil tambah air sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat kat tangan.

Lepas tu, ulang proses yang sama untuk bahagian yang lain pulak. 

Dah siap doh untuk keempat-empat warna pilihan saya.

 Saya simpan dalam bekas yang ada partition macam ni untuk elakkan doh ni melekat.
Doh ni boleh tahan sampai 2 bulan kalau simpan dalam bekas kedap udara.

Walaupun takde bahan kimia, tapi tetap jugak kena ada pengawasan dari orang dewasa, yelah..playdoh ni kalau dah gentel dekat atas lantai, atas meja..dah merata-rata tempat letaknya...kotla anak nampak macam sedap je playdoh ni..takut termakan pulak kan..sekarang ni ada macam-macam jenis kuman jahat penyebab penyakit..
 sebagai langkah berjaga- jaga..simpan di tempat yang selamat.
Sekian pesanan dari penaja..

18 comments:




Ruang Untuk Simpan Barang

4:46:00 pm Sha Nazri 4 Comments

Rumah comel pasti memerlukan ruang yang terhad untuk simpan barang kan.
Kadang-kadang kita perlukan sedikit kreativiti untuk menyimpan barang-barang tersebut.

Kat rumah mesti ada bantal- bantal ekstra untuk para tetamu yang bermalam di rumah.
Pening jugak memikirkan kat mana tempat yang sesuai nak simpan bantal dan comforter yang menggunung tu.
Saya kongsi cara saya simpan barang yang seumpama dengannya.
Kalau nak cara yang murah, mudah dan menjimatkan seperti prinsip 3M saya tu,
jom saya kongsi sedikit sebanyak cara saya.

Taraaaa!!
Saya simpan di sebelah almari.
Almari tu ada ruang yang muat-muat untuk simpan bantal tu.
Dalam bagage tu ada comforter.
Dalam kotak pula ialah buku-buku dan majalah lama. 
Dalam perancangan nak jual..
Tunggu uncle paper lama tak muncul-muncul.

Ini pandangan daripada pintu masuk.
Now you see, now you don’t….
Kotak dan bantal tu di sembunyikan di balik almari di hujung tu. 
  Jadi ..takdela nampak sangat dari luar.
Sebelum ini saya letak di atas almari..
Tapi banyak pulak habuk berkumpul kat situ.
Lagipun tak berapa kemas pada pandangan mata saya.

Ruang Stor saya pun saya buat konsep macam ni.
Cuma ruangnya lebih besar sedikit.
Cukup untuk letakkan barang-barang yang jarang guna dalam kotak.
Yang penting ruang tu tak terlalu sempit
 supaya saya boleh ambil barang-barang tu bila di perlukan.


Almari ini selain untuk simpan pakaian,
 ia juga berfungsi sebagai dinding atau penghadang
 daripada dilihat dari pintu masuk.
Pemandangan yang kurang menarik di belakang
almari itu dapat di lindungi dengan jayanya.


Sekian perkongsian saya.
Saya tak sempat menyinggah blog kawan-kawan yang rajin datang ke sini.
InsyaAllah..ada masa saya akan terjah.

Terima kasih sudi singgah ye..
Saya amat menghargainya..






4 comments:




Aktiviti Anak: Cara Buat Senaman Regangan dan Shoot the Ball

8:00:00 pm Sha Nazri 2 Comments

Hai kawan-kawan..
Jom kita main basketball pulak nak tak?
Jom sama-sama dengan Syifa dalam permainan Shoot the Ball.

Tetapi, sebelum melakukan apa-apa jenis aktiviti sukan, 
kita perlu membuat  senaman regangan.
Ia bertujuan untuk meningkatkan fleksibiliti sendi 
dan juga mengelakkan daripada berlakunya kecederaan otot.
Meh ikut sama-sama.


1)Mulakan dengan bahagian kepala.
Pusing kepala ke sebelah kanan seberapa daya yang awak ada,
lepas tu pusing sebelah kiri dan relaks jap.
Kemudian last sekali bahagian depan.
Kira lapan hingga ke 10 kali.

2) Senaman seterusnya ialah senaman regangan
 pada bahagian bahu dan tangan.
Untuk senaman ini, kita tolak tangan 
ke belakang sejauh mungkin dan tahan sehingga 10 saat.

3)Senaman membengkokkan badan ke sisi.
Pastikan masa berdiri tu lutut dibengkokkan sedikit.
Tangan kiri juga dibengkokkan ke sisi.
Kira lapan lagi..dan relaks kan diri.

4) Senaman regangan pangkal paha.
Untuk senaman ini, kita akan duduk.
Rapatkan kaki dengan tapak kaki.
Siku di letakkan pada pangkal paha dan 
perlahan-lahan tolak pangkal paha  ke bawah.
Tahan selama 8 saat lagi



Senaman seterusnya ialah senaman regangan betis.
Senaman ini perlu dilakukan dengan sokongan.
Sokongan dari ahli keluarga dan paling mustahak ialah tiang  sokongan.
Mula-mula kena cari dinding dan sokong diri anda pada dinding tersebut.
Langkah kaki kiri ke depan dan kaki kanan ke belakang rapat pada permukaan lantai.
Perlahan-lahan bengkokkan lutut ke depan dan pastikan tapak kaki anda rapat dan tidak bergerak.
Tahan hingga 10 saat

Okey..dah selesai sesi regangan badan.
Sekarang kita mulakan permainan basket ball bersama Syifa.


Sediakan 2 biji bola yang disukai.


Sebelum nak shoot ball, kita kena berdiri tegak. 
Kaki dibukakan sedikit selebar bahu.
Lutut di bengkokkan sedikit.
Ini bertujuan untuk membantu keseimbangan badan sewaktu 
nak membaling bola ke dalam jaring tu nanti.
Paling penting..relakskan diri dan senyum..


;p;
Setelah kita belajar cara berdiri. kita kena tahu cara memegang bola pulak.
Gunakan kedua-dua belah tangan untuk memegang bola.
Siku dibengkokkan ke 90 darjah.
Gunakan hujung jari dan bukannya tapak tangan 
untuk memegang dan melepaskan bola.
Posisi bola yang terbaik adalah setinggi dahi atau di atasnya.
Tentukan arah titik atau point dekat jaring.
Fokus dan concentrate...


Lepaskan bola dengan lengan di julurkan ke atas kepala.
 Arahkan bola ke titik point yang anda bayangkan tadi.
Dan bola meluncur ke dalam jaring dengan jayanya..

Senang je kan..
Syifa yang 2 tahun pun boleh melakukannya..
Anda juga pasti boleh..
Aktiviti yang seronok di lakukan bersama-sama keluarga.



Sumber:








2 comments:




Aktiviti Bersama Anak yang Mudah, Murah dan Menjimatkan.

3:05:00 pm Sha Nazri 4 Comments


Saya masih mengunyah muruku sempena dengan Depavalli semalam..
Dan sambil krup krap krup krap kunyah muruku,
 saya nak share aktiviti untuk anak
yang boleh dilakukan bersama-sama ibu dan ayah
 di rumah tanpa barang-barang atau toys yang mahal-mahal.


Pinggan plastik, sudu, garfu dan pisau plastik Ikea.
Nak jugak tu mention Ikea. Huhu 
Benda berwarna-warni ni 
memang menarik perhatian anak kecil macam Syifa.
Budak-budak kan suka colourful macam ni.
 Bukan kata budak, mak budak pun suka.



Syifa sedang mengasingkan sudu, garfu dan pisau plastik 
ke dalam pinggan yang mempunyai warna yang sama.
Kalau takde pinggan dan sudu yang warna-warni, 
boleh juga gunakan kertas yang berwarna, 
ataupun apa-apa sahaja macam blocks yang berwarna-warni ke..
Aktiviti ni boleh melatih Syifa kenal warna. 
Warna biru, hijau, pink, purple, kuning dan lain-lain lagi.



 
Selain daripada tu, cawan plastik pun boleh di jadikan barang untuk aktiviti si kecil.
Ni pun cawan warna-warni dari Ikea. Ikea lagi…?
Boleh susun macam ni...
Saya minta Syifa susunkan cawan ini mengikut warna yang saya sebutkan.
Contohnya: Syifa tolong ambilkan mama colour orange, susun kat sini.
Aktiviti yang dapat melatih anak mengenal warna, 
menyusun barang dan mengikut arahan yang di berikan.



Cawan ni jugak boleh buat tower macam ni. 
Suruh Syifa susun yang paling banyak kat bawah dan paling sikit kat atas.
Sengih sampai telinga sebab berjaya menghasilkan tower nya sendiri.


Lagi satu aktiviti yang konsepnya sama macam cawan tadi iaitu ring tower.
Ring tower ni Syifa dah praktis sejak umur 9 bulan lagi.
Ring tower ni pun satu permainan yang perlu ada untuk anak-anak.
Ring tu ada pelbagai saiz dan warna. 
Susun ikut saiz daripada yang besar dan atas sekali saiz yang paling kecil.


Yeayy!! Berjaya!!



Syifa sedang menyusun pin bowling.
Sambil dia susun tu, boleh juga suruh dia kira berapa pin bowling
 yang berwarna hijau, warna biru ada berapa, 
warna merah ada berapa..susun ikut warna ke..macam-macam boleh buat..

Permainan bowling pun salah satu aktiviti yang mencabar minda anak-anak.
Yelah nak bawak si kecik ni pergi main bowling  ..dia belum bersedia lagi.
Patah riuk nak angkat bola..berat seh..
Jadi cukuplah dengan bowling plastik ni.
Saya beli di Giant dengan harga RM5 kalau tak silap.


Cubaan pertama kurang berjaya..You can do it girl..Kemon.. kemon..


Masih tidak berputus asa..
Syifa mencuba sekali lagi dengan penuh semangat kesukanan.



Yeayy!..Berjaya ke sasaran.
Permainan bowling ini jugak dapat latih dia fokus dengan sesuatu, 
ketepatan dalam membaling bola dan merangsang motor skill dia.
 Macam dalam iklan Anmum..Sel-sel otak sedang berhubung..

Kenapa bola tu jatuh?
Graviti Mama…


Ok..Syifa dah terrer dah..jom susun lagi sekali, mama nak main pulak.. J

Mungkin ada orang yang beranggapan aktiviti macam ni 
nampak agak remeh dan tak cool, takde brand. 
Tapi bagi saya, tak perlu mainan yang mahal pun untuk 
buat anak-anak bermain dan belajar benda baru. 
Paling penting ialah masa yang kita luangkan bersama anak-anak 
dan kreativiti daripada bahan-bahan yang ada di sekitar rumah 
untuk dijadikan permainan interaktif yang dapat menarik minta anak-anak 
untuk belajar dan explore perkara baru..

Tapi kalau mampu beli yang mahal, silakan..pilihan terletak ditangan sendiri.

Salam ukhwah dari saya..



















4 comments:




Cara Jimat Ruang Penyimpanan

12:23:00 pm Sha Nazri 5 Comments

Program membungkus baju bajan Cik Syifa masa baby 
telah bermula pada hari ini bermula jam 11 pagi tadi.
Senang je saya tak payah lipat beria-ria sangat 
sebab semua saya masuk dalam bag vacuum.
Jangan risau kepada yang belum lagi mempunyai vacuum di rumah,
 kerana beg ini tidak memerlukan vacuum pun. 
Cuma guna tenaga dalaman je untuk mengempiskannya.


Nama: Bag Vacuum
Asal: Mr DIY
Harga : RM 3.50


Satu pekat ada 2 helai plastik yang bersaiz 38 x 54cm. 


Lipat baju yang nak di simpan mengikut ukuran saiz  bag vacuum. 
Tinggalkan sedikit ruang lebih kurang 5cm daripada
 zip lock untuk memudahkan bag vacuum ni ditutup nanti.


Ini baju yang akan saya simpan dalam bag vacuum.
 Susun yang besar kat bawah, yang paling kecik kat atas.
Kalau baju ada zip atau pin yang agak tajam tu, 
letak di bahagian bawah. 
Tindihkan dengan  baju lain yang takde zip
 supaya beg tak terkoyak masa kita seal beg ni.


Masukkan baju ke dalam bag vacuum.
Sebelum tutup beg ni, saya gulung beg ni
 untuk buang dulu udara yang ada dalam beg ni.


Tarik zip clip untuk tutup bag vacuum ini.


Sekarang boleh gulung beg vakum ni bermula 
daripada zip lock hingga ke hujung plastik.
Udara yang terperangkap di dalam bag vacuum ini 
akan keluar melalui lubang kecil di hujung beg.


Baju yang telah dimampatkan.


Simpan dalam drawer baju Syifa.
Sebelah bag vacuum tu baju yang saya lipat,
 belum di masukkan ke dalam bag vacuum. 
.
Dengan bag vacuum ni saya dapat menjimatkan ruang.
Baju pun tak berkulat, lebih tahan lama dan selamat daripada serangga perosak.




















5 comments:




Membaiki Sinki Tersumbat Tahap Kronik

3:13:00 pm Sha Nazri 7 Comments

Sinki dalam bilik air kedua kat rumah dah tersumbat daripada minggu lepas lagi.
Saya memang tak boleh tunggu dengan lebih lama lagi 
sebab sinki tersumbat tu semakin lama semakin kronik. Berbau pulak tu..
Saya dengan rasa rendah hati, telah membaiki sinki tersumbat
 dan telah menjalankan operasi pada hari Jumaat minggu lepas.

Sebenarnya ada beberapa cara untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat.
Mula-mula saya guna cara yang lebih santai iaitu 
dengan menggunakan cuka dan baking soda.

1) Masukkan ½ cawan baking soda kedalam lubang sinki.
Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan.

2) Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai 
untuk masukkan baking soda tu  kedalam lubang sinki.

3) Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka kedalam lubang sinki tadi.
Tunggu 5 minit supaya baking soda dan cuka tadi bertindak balas.

4) Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki.
Lihatlah hasilnya..jadi ke tak?

Mengikut pengalaman saya yang lepas,
selepas saya buat seperti cara diatas, 
sinki masih lagi tersumbat. 
Nampaknya saya kena gunakan cara yang lebih tegas di sini.
Amaran: Sila dapatkan restu ibu bapa atau suami isteri sebelum melaksanakan misi ini.


Mula-mula sediakan baldi kat bawah sinki untuk tadah air
 yang keluar tujuannya supaya lantai tak kotor.

1) Saya tanggalkan perangkap sinki ni guna tangan.
 (eh..mestilah guna tangan..takkan guna hidung kan..)

2) Bila perangkap dibawah sinki sudah ditanggalkan, 
buang semua kotoran yang telah terperangkap di dalamnya
 ke dalam baldi yang diletakkan di bawah sinki tadi.
Saya buka paip sekali lagi dan saya lihat air masih lagi bertakung didalam sinki.

3) Seterusnya, saya tanggalkan sambungan PVC dibawah sinki. 
-Nama betulnya saya tak tahu..tapi bentuknya seperti dalam gambar nombor 3 tu.
Pesanan Penaja: 
Kalau sambungan PVC tu terlalu ketat,
 gunakan pipe wrench untuk longgarkan sambungan tu.

4) Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi 
dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi.


Sambungan PVC yang saya telah tanggalkan. 
Susun mengikut kategori masing-masing.

Sebelum saya mencantumkan semua sambungan 
dan perangkap tadi dibawah sinki, 
saya cek dulu samaada sinki masih lagi tersumbat atau tidak.
Bila saya pasang air, air masih bertakung, sinki masih tersumbat.
Haaaih..ternyata ianya sungguh mencabar skill dan keupayaan saya di ketika itu.


Saya ambil kabel yang special untuk masalah “kesumbatan” ini.
Masukkan kabel ke dalam sambungan PVC yang masih bersambung di bawah sinki.
Pusingkan handle pada kabel itu sambil menolak kabel itu ke dalam.
Bila kabel tu menyentuh atau memerangkap benda yang menyumbat sinki tu, 
cepat-cepat keluarkan kabel dengan memusingkan kabel ke arah lawan jam.

Cara di atas juga kurang berkesan pada sinki saya. 
Maklumlah..sinki tersumbat tahap kronik.
 Sungguh panjang kronologi cerita saya membaiki sinki yang tersumbat ini kan.
Harap anda bersabar dan dapat teruskan pembacaan..sikit je lagi nak abis cerita ni. 

Saya gunakan traditional method macam kat dalam gambar.
Ambik pemutar skru flat dan masukkan kedalam sambungan PVC.
Gerakkan pemutar skru tu ke kiri dan kanan supaya benda 
yang menyumbat saluran PVC tu dapat di leraikan.

Maka.. keluarlah semua rambut dan pasir-pasir yang saya pun tak tau dari mana asalnya.

Alhamdulillah..misi menyelesaikan masalah sinki tersumbat dah berjaya.
Buka paip dan air mengalir ke lubang sinki dengan lajunya.

Penat sungguh..macam baru lepas masuk pertandingan berenang merentasi lautan.
Susah sebenarnya nak menyelesaikan misi kali ini.
Jadi anak-anak..hargailah jasa tukang paip.
To all plumber in Malaysia..
We will..we will rock you!

Eh?..dah habis da..



7 comments: