Projek Mengemas Peti Ais di Tahun 2015

9:30:00 am Sha Nazri 3 Comments


Saya tanya apa khabar..
Saya tanya apa khabar..
Saya tanya apa khabar semua…
Uhuhu..nak nyanyi  jugak tu..
Tahniah Joe Flizzow feat SonaOne kerana menang AJL 29,
 walaupun saya sangat teruja mendengar suara Caliphs Buskers yang sangat merdu..

Saya dah tanya awak apa khabar..
Saya sihat je..Tak tanya pun tak pe..
Saya memang nak bagitau ikhlas dari hati yang suci murni ni, 
sesuci lebaran di hening subuh sunyi.

Dalam beberapa minit ni sudi-sudikanlah kiranya melapangkan dada 
membaca story morry saya pasal mencuci, membasuh, mengemas
 dan menyusun peti ais di rumah saya. 
Ini adalah projek mengemas saya yang julung-julung kalinya di tahun 2015.

Salah satu azam saya untuk tahun 2015 telah tertunai dengan jayanya.
 Ada banyak lagi senarai yang akan menyusul selepas ini.
 Hanya yang shortlisted sahaja akan terpilih untuk di ke udarakan 
di blog kesayangan saya ini. 
Okey..sit back and relax.. Ayuh kita mulakan cerita saya Mengemas Peti Ais.

Sebelum itu mari kita lihat keadaan peti ais saya sebelum di kemas.
Tahun lepas saya cerita tentang mengemas peti ais saya DISINI.
Setelah lama masa berlalu meninggalkan saya, 
susunannya kembali  ke zaman kemelesetan kerajinan.
Kalau peti ais ada perasaaan seperti manusia, 
sudah tentu beliau menyumpah saya menjadi peti ais jugak 
supaya saya dapat memahami kedudukan beliau sebagai peti ais. Haha..


Fuyoo..sepahnyerr..

Sebelum apa-apa hal, saya mesti mencari cara yang efficient 
(betul ke ejaan ni, kalau salah tolong salahkan google,
sebab saya copy paste dari google jer..haha..dah slow,
lama tak menjejak kaki ke sekolah) 
untuk menjadikan peti ais kelihatan lebih menarik. 
Jadi dengan semangat yang sehangat api,
saya terus memandu memecut ke Giant Taman Permata.
Tempat yang pertama saya tuju ialah Mr DIY. 
Pusing satu MR DIY mencari idea dan bahan-bahan
 untuk projek mengemas peti ais kali ini. 
Saya di temukan dengan bekas yang saya anggap so comel ini. 
Saya beli 4 biji, ke buah..Saya dah lupa apakah penjodoh bilangan yang sesuai di gunakan. 
Tapi takpe..Itu bukan masalah saya. Muhaha..tu masalah Cikgu Bahasa Melayu.

Saya gunakan bekas transperant yang di beli Di MR DIY berharga RM2.50 x 4=?
Kiralah sendiri. Saja je tau nak main teka silang nombor pagi-pagi ni kan.
 Wat orang celik mata.

Saya letakkan 3 daripada 4 bekas yang saya beli 
di Mr DIY tu di bahagian atas rak atas peti ais.
Dalam bekas disebelah kiri tu ialah cheese, yogurt dan minuman booster
 untuk Syifa senang nak membuang.
Dalam bekas yang lagi satu tempat saya meletak marjerin, 
susu cair (masih dalam tin) dan butter.
Tengah-tengah tu kosong, jadi saya letak pisang yang dah terlajak masak, 
dah di kupas dan dimasukkan dalam bekas, cita-cita menggunung nak buat cekodok pisang.

 Semua rak ini saya lapik dengan place mate dari ruang makan saya. 
Pernah saya cerita kat SINI dulu. Saya tak guna dah placemate ni kat atas meja, 
sebab semak pulak rasanya. Saya suka meja saya nampak neutral. 
Ececeh..macam-macam lah Cik Puan Sha ni..

 Rak nombor 2 tu pula bakul yang saya beli tahun lepas di MR DIY. 
Susah nak cari bakul putih macam ni, kat MR DIY selalu cepat jer habis. 
Murah jer, bakul ni kalau tak silap tak sampai RM5 pun.
Dalam bakul putih ni tempat saya simpan buah-buahan.

 Buah epal memonopoli bakul putih saya,sebab epal ni kegemaran Cik Syifa dan Encik Hubby. 
Epal ni bukan jenis yang beracun tu...InsyaAllah..selamat. Dah test makan..
Dah nak abis pun sewaktu saya menaip entri ini.
Alhamdulillah.. kami sekeluarga sihat walafiat.
  Bekas transperant yang saya baru beli tu saya letakkan ubat jenis cecair
 seperti ubat batuk, ubat demam, selsema dan lain-lain lagi.


Beralih pula ke rak nombor 3. 
Kat sini saya simpan barang-barang yang saya nak masak untuk beberapa hari. 
Dalam bekas berpenutup putih tu gula merah, gula kabung, belacan dan juga kerisik. 
Saya nak kena labelkan bekas ni sebab rupa dan warna mereka hampir-hampir sama. 
Saya selalu silap ambil. Nak ambil belacan, terambil kerisik..haiihh..

Bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar dalam bekas berpenutup biru. 
Tak lupa juga cik petai yang di rendam didalam air untuk menjamin kualitinya, 
saya simpan dalam bekas tipuware. 
Saya letak di rak ke tiga ni sebab rak ni mudah di lihat oleh mata saya,
 senang saya plan nak masak apa untuk hari tu 
tanpa terlupa bahan-bahan yang perlu untuk di jadikan rencah dalam masakan.


Rak yang ke 4 pula saya letakkan 2 buah bakul ni untuk di isikan dengan sayur-sayuran.
 Sayur ni saya masukkan dalam plastik zip lock. 
Tahan lama dan yang paling penting senang nak organize.
 Sayur yang kurang daya ketahanannya saya letak kat depan, 
contoh macam bayam, sayur ni saya akan masak dulu 
berbanding dengan kacang buncis yang lebih tahan lama kalau disimpan.


.
Bawah sekali kat dalam ni pun sayur juga. 
Peminat sayur..adalah sikit brokoli, timun, cili dan lain-lain lagi dalam tu. 
  Saya masih menggunakan plastik zip lock yang saya beli di Giant,
 cap giant dengan harga Giant jugak.  


Begini rupanya plastik zip lock aka sandwich bag tu, 
satu kotak berharga lebih kurang RM6, berukuran 177mm x 205mm. 
Satu kotak ada 30 bag. Saya selalu recycle plastik tu.
 Lepas guna saya bilas manja-manja kat bahagian dalam plastik tu
 dan keringkan dekat bottle rack dryer Cik Syifa.
 Dah kering boleh guna semula untuk bungkus sayur yang lain pulak. 
Kalau dah nampak macam uzur sikit tu bolehlah buang. 
Super duper jimat kan.
Im lovin it! :P


Beralih ke ruang di pintu peti ais pula.
Bahagian atas sekali saya gunakan plastik tipuware
ala-ala bekas tau fu fa tu tanpa penutup,
 dan letakkkan ubat yang perlu di sejukkan
macam ubat demam dan ubat sembelit yang masuk pungg***.
Dalam bekas biru tu pula pewarna masakan yang jarang guna.
 Satu botol tu sampai 3 tahun tak habis-habis lagi. 
Cuma perasa vanilla dan perwarna hijau je yang saya selalu guna.

Tingkat ke dua tu pula ada coklat yang tinggal beberapa keping, 
kalau letak dalam plastik bungkusannya nampak macam banyak 
walau hakikatnya tinggal 3 keping je.

 Perencah masakan macam kiub ayam, kiub ikan bilis, 
dan perencah nasi goreng semua saya letak dalam bekas warna purple tu.
Dalam bekas yang berpenutup biru tu sebenarnya gula halus dan gula icing. 
Kalau letak kat luar penuh dengan semut sebab bekas tu tak berapa kalis semut. 
Semut boleh menyelinap masuk ke dalam tu. 
Sebab itulah saya simpan je dalam peti. Dijamin semut tak masuk.


Ini bahagian untuk botol atau jar antaranya taucu, tom yam paste, jem dan mayonis.

Bahagian yang paling bawah sekali untuk botol-botol kordial. 
  Kalau nak bancuh air senang je..ambil kat sini.
Tepi sekali yang ada tumbuh-tumbuhan tu, (dalam bekas)
saya letakkan serai dan daun saderi yang direndam dalam air nak bagi tahan lama. 
Cara ini akan melambatkan proses pengecutan serai dan daun saderi. 
Saya selalu simpan menggunakan cara ni sampai serai dah tumbuh akar.
Kalau ada tanah kat rumah, dah lama saya tanam serai.
Boleh buat kebun serai..Tapi tu cuma angan-angan je. 


Sebagai penutup tirai cerita mengemas peti ais hari ini,
 saya jamu anda dengan gambar keadaaan sebelum dan selepas peti ais di kemas.

Macamana? Bersemangat nak kemas peti ais tak lepas ni?
Mestilah kan..Chaiyok!

Tangan dah lenguh menaip, maklumlah..lama berehat dari berblogging kan. 
Sampai sini dulu. 
Nanti akan menyusul chapter 2 pula, 
cara saya menyusun bahagian sejuk beku dalam peti ais.

Take care…
























You Might Also Like

3 comments:

  1. Wah,,,Kemas tu. Thanks for the idea. Nak beli jugak bekas transperant ngan bakul tu ☺

    ReplyDelete
  2. awak,, bekas putih tu sama dengan saya,, saya pun beli untuk peti ais hari tu..
    saya kemas la sekejap pastu sepah balik

    ReplyDelete
  3. kemas sangat. rajin btul. sy tinggal sorang kat rumah so dlm peti ais xde ape sangat

    ReplyDelete