Makeover Ruang Dalam Almari


Kali ini saya nak cerita ruang dalam almari pulak.
Memandangkan baju semakin bertambah, 
saya merajinkan diri untuk buat makeover dalam almari
 seiring dengan pertambahan baju sekarang ni.

Sebelum tu, jemput tengok ruang dalam almari saya 
sebelum di makeover  DI SINI.  
Saya share tentang cara saya kemas baju kurung.

Rak dalam almari saya ni memang dah tak boleh
 menampung baju yang di lipat, semakin hari semakin melendut. 
Jadi saya mengambil keputusan yang drastik
 untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ini adalah penyidai baju yang tak di gunakan lagi.
 Besinya masih kuat tapi saya tak gunakan 
sebab penyidai ni di bahagian bawahnya tak balance, kalau jemur baju kat balkoni tu, 
bila kena tiup angin..terus tumbang, rebah menyembah simen.
 Simen la kak..sebab umah saya takde tanah.

 Mengikut perancangan, saya akan ambil salah satu daripada besi ini 
(yang di tanda dengan anak panah) 
untuk di jadikan tempat menyangkut baju dalam almari nanti.

Nampak tak permainan penjimatannya di situ?  
Saya memang suka benda-benda yang dapat mengurangkan kos operasi macam ni. He..he..

Eh? Cik Syifa pun ada kat dalam gambar ni..
ingat tido tadi..pantang nampak kamera, ada je dia menyelit kat situ. 
Sekarang ni dah pandai ambil gambar selfie pulak...

Tanggalkan besi tadi dan ukur panjang besi dan lebar ruang dalam almari.
Lepas tu…


Kena gergaji besi ni mengikut ukuran tadi.


Sebelum itu saya nak memperkenalkan objek di atas.
Dua objek ni saya akan gunakan untuk menyangkut atau meletakkan 
besi yang saya potong tadi.

Beli kat kedai hardware depan Giant Taman Permata, Ulu Kelang.
Ha..lengkap alamat dia.. poskod?..poskod adalah rahsia..hik..hik..

 Sedikit review pasal kedai yang menjual objek tersebut:

1) Mahal..RM 1.50 satu. Satu jer bukan sepasang hokey..

2) Menyesal tak pergi kedai hardware kat Taman Melawati tu..
murah sikit, 50 sen je satu.

3) Takpelah…yang mahal lebih berkualiti kot..
mungkin ada hikmah disebalik ini semua...eceh!



Tandakan lubang untuk meletakkan tempat penyangkut besi tadi.
 Saya panggil benda ni bracket, agak-agak je la..
nama betul dia saya tak begitu pasti.

Pastikan ukuran bracket yang pertama selari 
dengan bracket di bahagian yang sebelah lagi dalam almari.
Jangan senget..nak sangkut baju nanti roboh pulak.


Kemudian saya drill dengan mata drill yang paling kecil,
bila dah buat lubang kat sini,
lebih mudah kerja saya untuk masukkan skru nanti.


Pasang skru kat bracket. Skru bracket di kedua-dua bahagian di kiri dan kanan.


Dah siap pasang. Bracket yang sebelah lagi terlindung dengan pintu almari, 
tu yang nampak separuh je.
Dah macam-macam position saya cuba,
 tapi tak dapat jugak nak tunjuk gambar penuh.

Yeay! Sekarang saya boleh letakkan baju kurung saya dekat tempat penyangkut baru ni.


Baju yang telah di disusun rapi.


Kat bawahnya saya letakkan kain batik dan baju t-shirt yang di susun dalam bakul..


Ruang dalam almari yang telah saya makeover.


Keadaan keseluruhan dalam almari.


Take Care!





































4 comments:

  1. tu lah.. kita pon banyak baju kurung pai xde tempat nak sangkut.. nice tuto..

    ReplyDelete
  2. Kemas. Ada plan yg sama juga untuk almari anak. Hrp boleh berjaya juga :)

    ReplyDelete




My Instagram