Susun Atur Dalam Beg

9:30:00 am Sha Nazri 5 Comments

Sepah kan beg saya. Iyer..penuh dengan resit tah dari zaman bila..
Bila handphone berbunyi dalam beg, 
mulalah tak keruan, menyumpah kat handphone.. 
tak tau ceruk mana letak handphone sebab barang-barang tak tersusun di tempatnya.

Hari ni rajin sikit nak menyusun barang dalam beg.
Sebelum tu keluarkan semua barang-barang dalam beg untuk asingkan mana yang perlu.


Tengok tu..Pampers pun ada..Syifa belum lagi terrer nak buang sendiri, 
so kena standby satu dua dalam beg. 
Ping pong tu patutnya tak termasuk dalam senarai barang dalam beg saya..
ni keje Cik Syifa la ni..Tah bila dia menyeludup toys dia masuk kat beg dalam tu.
 Patutlah beg berat semacam bawak beras 10 kilo.

Untuk mengemas beg, saya memerlukan beberapa buah beg kecil 
supaya saya dapat menyimpan barang-barang 
dalam beg mengikut jenis dan keperluannya.
Saya dah lama tak pakai purse atau dompet tu. 
Lagi banyak benda saya nak sumbat kalau ada purse tu.
Lama-lama koyak dan rabak.


Saya guna beg kecil ni untuk simpan 
kad ATM, Ic, lesen memandu  dan juga duit kertas.


Dah nama perempuan kan..mesti ada barang makeup tak banyak pun, sikit..
Ini beg untuk letak losyen, lipstick, compact powder,lip balm,
 minyak cap kapak pun ada. Baby wipes tu untuk saya bersihkan make up.


Semuanya susun kat dalam ni.


Dalam beg mesti ada duit syiling kan..
 balik dari membeli belah, baki syiling tu main campak je dalam beg.
 Nak cepat punya pasal..
lagi-lagi time Syifa tengah meragam, kelam kabut di buatnya.
Sekarang ni saya ada beg kecil yang khas untuk isi duit syiling.
Ada dua bahagian, jadi saya asingkan bahagian 
untuk syiling 10 sen dan 20 sen, satu lagi bahagian untuk syiling 50 sen dan 5 sen. 
Senang nak cari. Kadang-kadang tu ada cashier yang tanya,
“Kak, ada 5 sen? Ada 20 sen? “
 Sekarang dengan cepat lagi super pantas 
saya bagi syiling tanpa mencari-cari di ceruk bawah beg saya.


Dah siap asingkan dan susun dalam beg kecil yang comel tu.
Handphone purple saya besar jadi tak muat dalam beg kecik tu.
Buku nota tu list barang yang saya nak beli dan notes saya. 
Tak ketinggalan juga payung...
 Hujan dan panas saya sentiasa berada di dalam keadaan siap siaga.
Huhu..macam nak pergi berperang jer..


Dah siap susun dalam beg.


Resit-resit belian saya masukkan dalam poket luar beg ni.
 Kadang-kadang tu kalau nak cepat duit baki pun masuk sekali dalam ni.
Dah sampai kat rumah baru asingkan resit dan duit baki. 
Mana yang patut tampal, saya tampalkan resit dalam buku budget saya.
Baki tu saya masuk dalam tabung Cik Syifa.

Sesapa yang berselisih bahu atau terlanggar saya dengan beg ni, 
silalah ucapkan assalamualaikum dengan saya..

Kesimpulannya, lepas keluar jalan-jalan atau shopping atau balik kampung, 
kena rajinkan diri untuk mengemas beg semula.

Take Care!


Baca lagi:
Sampai hati cakap macam ni..malu..

You Might Also Like

5 comments:

  1. salams sha, hbag kita sama...beg doreamon semua boleh masuk hhehehhehe

    ReplyDelete
  2. dah lama terpikir nak kemas handbag tapi smpai sekarang tak buat..beg mak2 memang camtu..bersepah2 sbb nak cepat..hihi..da dpt semangat dri sya nak kemas n susun dlm handbag ni..good idea..beg2 kecil dlm tu membantu..bila nak cari sesuatu terus tuju kat beg kecil tak payah nak selongkar satu beg kan

    ReplyDelete
  3. Salam singgah, jemput segmen: novel diagnosis, header, topup, vector art, tudung untuk dimenangi.. http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html?m=1

    ReplyDelete