Cucur Bawang Seciput Bilis Yang Rangup Di luar Lembut Di Dalam.

10:00:00 am Sha Nazri 1 Comments


Okey..jangan sentap tengok tajuk resepi di atas.
Apahal plak minah ni letak bilis seciput jek..kedekut tul..

Haha..tak..bukan kedekut, bukan jimat..
tapi sebab ikan bilis kat rumah tinggal seciput je, 
jadi seiring dengan nama resepinya jugak. 
Hujung bulan kan..biasalah..semua tinggal serbuk je.

Sebut je cucur atau cekodok semua orang Malaysia tahu kan. 
Ada yang tak tahu?..kalau tak tahu poie tanyo omak,poie tanyo uwan. 
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan.

Bahan-bahan nak bueknyo pun sonang ..
apsal lidah dah bertukar ke daerah lain pulak ni..

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 kiub ikan bilis
Serbuk lada putih
Garam (jangan letak banyak sebab kiub ikan bilis dah masin)
1 sudu teh bikarbonat soda
Segenggam ikan bilis
2 labu bawang besar
1 camca yis kering
Air panas
2 sudu besar minyak panas

Kaedah membuatnya:
Mula-mula kena campurkan semua bahan kering iaitu 
tepung gandum, tepung jagung, bikarbonat soda, serbuk lada putih 
dan kiub stok ikan bilis yang telah di hancur lumat.

Bawang dan ikan bilis tadi saya cincang kasar-kasar.
 Masukkan ke dalam adunan tepung.
Kemudian campurkan yis dan air suam (jangan panas sangat) 
dan kacau untuk melarutkannya.
Masukkan air dengan yis dalam adunan tepung dan
 kacau menggunakan kaedah kaup balik. Macam buat kek pulak keedahnyer. hehe.
.Sambil kaup sambil berselawat. InsyaAllah bertambah barakahlah adunan ni nanti.

 Adunan jangan terlalu cair, sedang-sedang je, 
kalau cair sangat cucur ni nanti mudah meresap minyak.

Panaskan minyak dalam kuali.
 Bila minyak dah panas, ambil 2 sudu minyak panas dari kuali 
dan masukkan ke dalam adunan tepung. Kacau rata.



Adunan yang telah di gaul sebati.



Minyak dah panas, bolehlah digoreng cucur ni. 
Api jangan terlalu besar dan jangan kecil sangat. Sederhana jer.


Cucur yang telah siap di goreng cicah dengan sos cili letak mayonis sikit.



Walaupun dah sejuk, cucur masih lembut dan rangup.
Sedap dimakan sambil tengok Upin Ipin.
Walaupun dah tengok berpuluh kali..Terpaksa tengok..demi mu anak.. :) 


























You Might Also Like

1 comment: