DIY: Rak Almari Dapur



o9
Tak lama dulu saya ada kongsikan ruang dalam almari dapur tempat memasak saya tu.


Ruang tempat meletak tong gas.
Selalunya kalau beli almari dapur, kebanyakkan pesen 
mesti ada ruang yang ada tempat untuk letak tong gas tu kan.
 Nak bagi lebih kemas dan juga untuk menyembunyikan 
rupa tong gas yang sangat old skool itu. 
Apalah nasib ko tong gas..kenapa rupamu selalunya buruk..

Sebenarnya dah tau lama dah, tak elok dan tak selamat untuk meletakkan
 tong gas dalam ruang yang terperap macam ni. 
Baru-baru ni saya telah di berikan kesedaran oleh salah seorang rakan
 yang berkhidmat dalam bidang yang berkaitan. 
Jadi sekarang saya dah letak tong gas saya di tempat 
yang mempunyai pengudaraan yang lebih baik. 

Bila dah letak tong gas kat luar,
 ruang dalam almari tadi kosong,
 dengan ruang yang begitu luas untuk di muat naikkan barang-barang lain, 
rugi rasanya di biarkan begitu sahaja.


Rak 3 tingkat ni saya ubahsuai menjadi sesuatu yang lebih berharga. 
Jeng..jeng…berdebar-debar tak.. nak tau pe dia?..


Sebelum tu kena tanggalkan semua papan dan skru pada rak ni.



Salah satu papan yang paling nipis daripada rak yang saya tanggalkan tadi 
saya potong ikut saiz dan gam dengan glue gun 
untuk menampal ruang yang terbuka dalam almari dapur.



Seterusnya saya ukur panjang dan lebar dalam almari dapur.



Lepas tu tandakan pula ukuran pada papan daripada rak yang saya ceraikan tadi.



Potong papan mengikut ukuran yang di buat tadi.




Drill lubang untuk letak skru.




Dril juga lubang (2 di kiri dan juga 2 dikanan) papan ni untuk masukkan skru.



Proses memasang skru. Saya guna 4 skru yang berukuran..tak ingat lak.
Tapi yang pastinya skru tu agak panjang supaya dapat menembusi papan rak ni.



Dah siap pasang rak. Camni jer..Lepas ni boleh bersihkan yang comot tu.
Boleh letak barang dalam ni.

Take Care!

































5 comments:

  1. wahh kreatif..
    guna apa ade je kan..
    hehe

    ReplyDelete
  2. Jimat..guna barang sedia ada. I loike...

    ReplyDelete
  3. suka!

    blh share tak peralatan diy yg selalu awk guna? ni yg terasa nak beli gak ni.. hihi..

    ReplyDelete
  4. Terbaik DIY ni hRP ada bhn nanti boleh cuba

    ReplyDelete




My Instagram