DIY: Tukar Socket Plug

Nak cerita sikit pasal kejadian minggu lepas.
Dalam pukul 10 pagi, saya macam biasa temankan Syifa kat playroom dia.

Tiba-tiba saya terbau hangit. 
Saya tengok ke luar, kot la ada makcik cleaner bakar sampah.
Takde pun.. Takpelah..mungkin bau hangit tu dari rumah jiran yang berdekatan kot.

Tapi saya rasa kurang senang, makin lama bau hangit tu makin menusuk ke hidung.
Saya mula mencari-cari punca bau tu di dalam rumah.
Saya cek suis di setiap bilik, dan akhirnya saya jumpa punca bau tersebut.



Rupa-rupanya suis kat dapur yang terbakar.
Nampak tak kat anak panah tu..dah lopong dah suis on off tu.

Menggigil satu badan. Masa tu Encik Hubby takde kat rumah.
Nak call, bateri hp dah kong..



Terus saya off suis utama.

Berpanas lah saya dengan Syifa. Dah tak boleh nak pasang kipas..berpeluh-peluh..
Nasib baik nasi dah masak awal-awal.
Nak tunggu Encik Hubby balik kerje mungkin malam nanti baru sampai rumah.
Kalau Encik Hubby balik pukul 12 malam acaner? Bergelap la pulak kami 2 beranak.

Baru saya teringat..
Saya ada simpan satu socket plug kat dalam kotak storage box.
Lama dulu saya pernah tukar socket plug sendiri. 
Tapi masa tu ada Encik Hubby tolong bagi arahan kat saya.
Bab elektrik ni saya banyak belajar dengan Encik Hubby sebab dia pakar dalam bidang ni.

Saya buka balik nota yang saya belajar dari Encik hubby dulu.
Harap-harap dapat membantu saya tukar socket plug yang dah terbakar tu.



Peralatan yang diperlukan:
1) Pemutar skru phillips
2) Test Pen
3) Pemotong wayar
4) Socket plug yang baru RM5.90
5) Keberanian tahap ultramen

Mula mula pastikan suis utama yang besar MCB nama dia ye, kalau tak salah..
Yang tu kena tutup. Pastikan langkah keselamatan dipatuhi.


Kat belakang socket plug yang baru ni kena hafalkan kedudukan untuk 
nak sambungkan wayar nanti.



Buka skru pada socket plug yang dah terbakar tadi.



Ini rupa socket plug yang hangit tu.
Dah cair dalam tu.



Longgarkan skru pada socket lama untuk tanggalkan wayar yang bersambung.



Sekali lagi..ingat warna wayar tersebut.
Boleh tengok kat SINI.


Sambungkan wayar mengikut kedudukan masing-masing.
Jangan lupa ketat kan skru.



Dah siap. 
Pasangkan plug. On suis utama. 
Alhamdulillah..saya berjaya melakukannya!

Mujurlah dah boleh on suis. Kalau tak sampai maghriblah kitaorang berpanas bergelap.
Tengkiu Encik Hubby kerana beri panduan dan tunjuk ajar kat saya.

Saya minta agar korang yang nak buat sendiri benda yang melibatkan arus elektrik ini agar tahu dan faham apa yang korang nak buat. Jangan main belasah jer. Benda yang melibatkan arus elektrik adalah sangat berbahaya. Jangan cuba-cuba sendiri jika tak berapa tahu pasal benda ni. 
Dapatkan nasihat dan bantuan daripada mereka yang lebih pakar.



Disclaimer
 Segala paparan hari ini adalah untuk panduan sahaja. Pengarang tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakkan atau kemalangan yang di hadapi daripada percubaan membaiki sendiri socket plug ini. Sebarang pengubahsuaian yang melibatkan barangan elektrik adalah membahayakan diri sendiri dan orang lain. Jika terdapat sebarang kemusykilan, seharusnya anda pergi mendapatkan khidmat profesional untuk menjalankan kerja-kerja pendawaian eletrik. Pastikan anda betul-betul tahu dan yakin sebelum mencuba apa-apa teknik di atas tadi.
Artikel ini hanya untuk perkongsian di alam maya sahaja. Artikel ini tidak boleh digunakan di mahkamah syariah atau juvana mahupun Mahkamah Persekutuan untuk dijadikan bahan bukti. 

9 comments:

  1. kalo saye mmg xberani dh nk tukar sndiri..
    takot..

    ReplyDelete
  2. gud job sis !!! hal yang kecik2 mcm ni patut kita pun kne ambik tau kan..

    salam singgah~~

    http://cenetos.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Hai nak tanya kalau suis saya punya plug rosak kena ke buat langkah - langkah tadi.Mohon penjelasan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu suis rosak, maksud tuan xblh nk switch on off ke..
      Klu masalah mcm tu, sy cadangkan baik tukar terus yang baru.
      Langkah2 nk tukar sperti yg sy terangkan dlm blog saya, tp jika tuan ragu2 utk tukar atau tidak, sy nasihatkan tuan dapatkan khidmat nasihat drpd yg lebih pakar, krn hal yg berkaitan dgn arus elektrik ni kan bahaya..yg penting kena utamakan keselamatan dahulu..

      Delete
  4. as salam, maaf nak tanya.. klu awak tahu.. merah klu ditukarkan pada warna hitam bole kee.. sebb kat rumah saya hanya warna hijau n hitam... 2 warna hitam dan 1 warna hijau. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..
      Apa yg sy tahu klu ikut standard, wayar ada 3 warna, merah/coklat (live), hitam/biru (neutral) & hijau/hijau jalur kuning (bumi).
      Ada kes tu kdg2 pemaju gunakan wayar live dan neutral sama warna, mungkin sebab nk kurangkan kos wiring tu.
      Dlm kes puan, ada wayar hijau dgn 2 wayar hitam. 2 wayar hitam tu xpasti yg mana satu wayar utk life dan mana satu wayar utk neutral.
      Wiring klu xkena cara yg betul, blh jd benda sgt bahaya.
      Pd pdpt sy, lebih elok klu puan dptkan khidmat nasihat yg lebih pakar.

      Delete
  5. Saya baru selesai pasang socket plug berdasarkan panduan yg diberi.. Terima kasih byk2

    ReplyDelete
  6. terbaik la ada blogspot mcm ni, terima kasih byk2..

    ReplyDelete
  7. Tahniah & terima kasih atas perkongsian ilmu..

    ReplyDelete




My Instagram