Laminate Tanpa Laminating Machine


Ingat lagi tak korang DIY Alif Ba Ta yang saya kongsikan minggu lepas?



Alif Ba Ta flashcard itu hanyalah kertas A4
 yang sangat mudah untuk di rabakkan oleh Cik Syifa.
Untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini,
 hari ini saya nak laminate flash card yang saya DIY minggu lepas.

Tapi..saya tidak mempunyai laminating machine, 
yang saya ada di rumah cumalah washing machine.

Kebetulan di rumah saya ada plastik laminate lebihan daripada ofis Encik Hubby.
Adalah dalam beberapa keping, cukup untuk flash card ni.




Plastik laminate ni ada dua keping yang bersambung di hujungnya.


Saya susunkan flash card Alif Ba Ta di antara plastik laminate ni.


Lepas adjust kedudukan flash card tadi dalam posisi masing-masing,
 saya klipkan di hujung plastik laminated untuk tetapkan kedudukan flash card tadi.
Kemudian letak plastik itu di atas ironing board.



Saya gunakan tuala yang saya dah tak sayang lagi, 
pendek kata kalau hangit tebako..kita bako aje.
Tuala ni dijadikan alas di bawah seterika itu nanti.
 Kalau guna t-shirt cotton lagi senang dan cepat proses nak laminate ni 
sebab t-shirt lagi nipis daripada tuala.



Saya set kan seterika tahap untuk kain jenis cotton, tunggu seterika panas.
 Mulakan seterika dari tengah-tengah plastic laminate tu dan bawa ke tepi. 
Setiap kali seterika, tekan sedikit sambil kira 1-10. 
 Lebih kurang 10-15 saat la camtu, bergantung kepada jenis seterika yang anda gunakan.
Seterika free macam saya ni kena usaha lebih sikit.

Beri perhatian di bahagian tengah-tengah yang ada ruang antara flash card dan plastic,
dan satu lagi di bahagian penjuru. Kena tekan lebih sikit.



Dah siap seterika. Ops..dah siap laminate Alif Ba Ta flash card ni.
Potong ikut saiz flash card. Potong juga lebihan plastik laminate tadi.
Kat penjuru yang ada bucu tajam tu pun saya guntingkan 
supaya tak berlaku kecederaan fizikal kepada sesiapa yang menggunakannya.



Dah siap flash card Cik Syifa.

Kalau nak laminate yang projek yang simple dan dalam kuantiti yang sedikit boleh guna cara ni. 
Manalah tau dalam kecemasan kedai tutup ke, hidup atau mati nak kena laminate jugak kertas tu, maka gunakalah seterika untuk laminate.

Sekian, terima kasih.

Take Care!





























5 comments:

  1. hahaha..bagus idea tu..
    mane tau tetiba terdesak kann..
    boleh guna cara ni...

    ReplyDelete
  2. wahh! boleh cuba! tq for the idea! :))

    ReplyDelete
  3. kreatiff..

    tapi takot terbakau puleks nanti..haha

    ReplyDelete
  4. Bagos sangat idea! Nanti nk try jgk..tq so much :-*

    ReplyDelete




My Instagram