Makeover Rak Almari

8:30:00 am Sha Nazri 6 Comments



Hari tu saya DIY untuk tambah rak dalam almari kat dapur saya tu.
Tapi keadaan didalam ruang almari tersebut kurang menarik.
Tak berseri langsung.

Saya nak kongsikan aktiviti saya semalam. 
Gigih menyiapkannya masa Cik Syifa tengah lena. 


Antara barang yang paling penting dalam projek DIY kali ini.


Ukur wallpaper mengikut ukuran ruang dalam almari.
Tandakan ukuran tadi dengan pensil dan pembaris.


Pastu gunting.


Lepas gunting, kita tampal pulak wallpaper ni. 
Saya pernah kongsikan sebelum ni kat SINI.
Untuk memudahkan kerja-kerja menampal sticker wallpaper, 
saya tanggalkan pintu almari ni.
 Tak susah pun, tanggalkan skru je. Pintu almari ni ringan je.


 
Tampal wallpaper untuk menutup papan yang tak bercat tu.
Nak pilih warna wallpaper yang sebijik.. 
tapi tak dapat cari, ini je corak dan warna yang ada pada waktu dan ketika ini.


Dah siap tampal. 
Kat bahagian rak atas sekali tu nampak tak macam ada lipatan..tak berapa kemas. 
Terpaksa redha..tak boleh buat apa, 
sebab saya tampal lubang dengan papan lapis kat situ.
Takpe nanti boleh sembunyikan dengan barang-barang yang letak kat situ. Hehe..


Kembalikan semula pintu almari ke tempat asalnya.
Skrukan elok-elok.


Sekarang nak letak cabinet mat ni pulak untuk lapik rak tu.
Lekatkan dengan double solitape di belakang cabinet mat ni supaya lebih kemas.


Dah siap letak alas untuk rak saya ni.
Nampak lebih selesa nak tengok kan. 
Rak yang kurang cantik tu telah bertukar menjadi lebih cute dan comel sekarang. Hihi.

Sebenarnya saya juga tambah satu lagi rak di ruang almari yang disebelahnya.
Daripada 2 ruang, saya dah ada 5 ruang sekarang.
 Lebih banyak ruang untuk simpan barang-barang.


Keadaan sebelum dan selepas di makeover.


Yeay! boleh letak barang-barang kat dalam ini.
Ni susunan buat sementara waktu ni je.
Kalau rajin nanti baru susun cantik-cantik.

Kos untuk makeover rak dalam almari:
Wallpaper sticker- Mr DIY = RM3.50
Cabinet Mat- Mr DIY = RM2.90
Jumlah = RM6.40

Sorry ye kalau entri saya kali ni agak kalam kabut, 
harap-harap apa yang saya sampaikan dapat di fahami oleh seluruh rakyat jelata.

Terima kasih sudi bertandang ke blog saya..
saya  saayaanggg korang yang selalu jenguk blog saya ni.

Tetiba rasa syahdu pulak. Hehe..

Take Care!


 































You Might Also Like

6 comments:

  1. wahhh..nampak lebih cantik..nasib dapat jumpe wallpaper sticker yg sama color..matching sungguh

    ReplyDelete
  2. Kemas je. Objektif tercapai tanpa bajet yang besar.
    Best..best..

    ReplyDelete
  3. bagus lah awak ni,gigih n rajin make over mcm2 benda..dah tu,pandai pulak pkai drill tu..pape pun,keep it up,buat inspirasi utk kami semua..heheeee..;)

    ReplyDelete
  4. jimat.. dengan hanya RM6.40 dah dapat berhias dan berdeko..
    suka kalau bab jimat-jimat ni. hehehe

    ReplyDelete
  5. kalau tak ada kabinet ada alternatif lain x?

    ReplyDelete