Sardin Masak Lemak : Senang Dimasak Sedap Dimakan

Lauk sardin masak lemak kegemaran kami sekeluarga.
Walaupun nampak merah menyala, tapi sebenarnya tak pedas pun.
Merah tu sebab kuah daripada sardin dalam tin tu.

Cik Syifa pun boleh join makan sekali.
Saya masukkan cili padi seketul-seketul, masuk last sekali supaya tak rasa pedas.
Resepi ni hasil perkongsian daripada SIL.
Senang jer nak masak ni.

Jom tengok apa yang diperlukan untuk masak resepi ni.


Bahan-bahan:
Serai, halia, cili padi/cili merah besar, 
bawang putih, bawang merah dan kentang.



Hiris bahan-bahan seperti diatas.
Serai tu saya ketuk je.



Kentang ni saya potong 8 bahagian supaya cepat empuk.


Mula-mula saya goreng ikan sardin cap ayam ni dulu dalam kuali ajaib saya ni.  
Saya beli yang jenis mackarel tu. Isi dalamnya besar sikit daripada jenis sardine tu. 

Goreng sardin ni adalah salah satu perkara yang mencabar, 
sebab ia akan meletup-letup. Habis dapur berminyak. 
Tapi saya guna api yang paling kecil untuk menggoreng, 
jadi kuranglah letupan tu. he..he..


Kalau tak nak goreng pun boleh, 
cuma saya rasa lagi sedap bila sardin ni digoreng dahulu. 
Goreng kejap jer..jangan sampai hitam lak. 
Ketepikan dulu sardin yang dah digoreng.



Seterusnya saya tumis bawang merah dan bawang putih.
Bila dah layu masukkan halia yang dihiris dan serai.
Tumis lagi sampai naik bau.



Lepas tu masukkan cili padi dan masukkan santan cair dahulu.



Masukkan pula kentang.



Masukkan perasa, garam dan serbuk kunyit.
Kacau sebati dan masukkan santan pekat.
Bila dah mendidih, terus masukkan sardin yang telah digoreng tadi.



Bila kuah dah agak pekat, boleh lah di hidangkan.



Sedap makan dengan nasi panas-panas.

Senang je kan nak buat...



Take Care!


2 comments:

  1. nt blh try buat!
    tgk mcm sedap.. ihiks

    ReplyDelete
  2. ooo pakai santan ke? alise biasa tambah kicap jek.. yang goreng dulu pon alise buat jugak.. :)

    ReplyDelete




My Instagram