DIY : Pin Cushion Yang Zero Kos

Hai semua..
Tak sangka ada juga yang bertanyakan tentang bila saya nak update blog lagi.
Walaupun blog biasa-biasa jew..

Sorry for being silent dalam 2 minggu ni, tak update blog.
Idea berkepok-kepok tapi nak menaip tu sangat lah malas.
Kan best kalau saya cakap je pastu keyboard tu boleh taip sendiri.

Hari ini saya nak kongsikan projek DIY yang sangat simple dan mudah.
Pernahkah anda mengalami masalah pin tudung 
yang tetiba hilang pastu 2- 3 hari jumpa balik.
Atau masalah kemurungan kerana pin tudung feveret anda 
tak dapat ditemui di serata ceruk rumah anda?

Okey, saya punya masalah yang nombor 1 tu. 
Walaupun pin tudung saya dah siap-siap simpan dalam bekas, 
tapi kadang-kadang bila terlampau gelabah nak cepat 
saya main letak kat mana-mana tempat selamat dalam rumah.
 Sebab ada Cik Syifa kan, so kena pastikan selamat. 
Tempat selamat kebiasannya tersorok dari pandangan mata.

Lepas tu bila tak dapat cari, 
mula lah mengagau siapa curik pin tudung saya..
Haha..tak baik tuduh-tuduh kan. Dose..

Atas alasan-alasan seperti di atas, 
marilah kita sama-sama men DIY kan jer tempat nak cucuk pin tudung ni, aka pin cushion.

Bahan-bahan yang saya gunakan adalah semuanya free of charge.

Kain: Ambil dari kain baju kebaya yang dah 
tak pakai lagi kerana hangit kena seterika.

Reben: Lebih daripada projek yang lepas.

Kapas: Ambil dari bantal yang sarung yang dah buruk.

Butang: Butang extra yang di sertakan sekali  masa beli baju.

Velcro tape: Velcro ni untuk ikat wayar, 
tak beli sebab yang ni pun boleh jadi bahan untuk projek DIY ni.

Jarum, gunting dan gam UHU: Semua dah ada kat rumah.

Gunakan kreativiti anda semaksima yang mungkin, 
kerana kreativiti itu adalah sesuatu yang sangat berharga.

Dah siap semua bahan-bahan jom kita mulakan.


Gunting dulu kain mengikut saiz yang di kehendaki.
Saiz kain akan menentukan berapa besar pin cushion ni nanti.


Terbalikkan kain (bahagian dalam kat luar) 
dan jahit disekeliling kain tadi.


Jangan lupa untuk tinggalkan sedikit ruang 
untuk masukkan kapas.

Terbalikkan kain, sekarang corak kain yang cantik tu kat luar.


Masukkan kapas kedalam kain melalui ruang yang kita tinggalkan tadi.


Bila dah agak penuh, buncit kita punya isi kandungan kain tadi, 
jahit ruang yang terbuka.

Pastu saya nak letakkan sedikit aksesori kat pin cushion ni.
Takdela nampak boring sangat kan.

Ambil butang dan jahitkan di tengah-tengah cushion ni.


Dah siap jahit butang, tapi macam kosong je..
tak nampak eksklusif kan..hik..hik..

Ha..masa nilah ribbon tadi memainkan peranannya. 
Tampalkan ribbon dengan gam UHU kat tangah-tengah cushion tu, 
rupa dia lebih kurang macam ikat ribbon kat kotak hadiah.


Dah siap. 
Kalau letak colour yang lebih terang lagi cun kan, 
tapi saya cuma guna bahan-bahan yang ada di rumah. 
Anda boleh hias pin cushion ni ikut kreativiti masing-masing.

Saya tampalkan velcro tape di belakang pin cushion ni, 
dan lagi satu side velcro tape tu saya guna double solitape
 (yang lekat kuat tu) lekat je kat almari dressing saya.

Guna velcro tape ni sebab mudah untuk saya tanggalkan pin cushion ni nanti.
Mungkin satu hari nanti nak bawak pergi travel ke,
balik kampung ke..atau nak tukar pin cushion colour lain ke..
just tanggalkan dan lekat balik.

Boleh letak jarum peniti, pin tudung yang selalu guna kat pin cushion ni. 
Nak pakai shawl senang je, cabut je pin dan terus pakai.
 Balik rumah, terus cucuk pin kat sini.

Berbeza dengan sebelum ini, 
saya letak semua pin tudung dalam bekas ais kiub dan simpan kat dalam drawer.
Bila dah bercampur-campur dengan pin lain, 
ambik masa kan nak pilih pin tudung mana yang berkenan kat hati.
 Pembaziran masa di situ..hihi..bagi mommy seperti saya,
 setiap saat itu sangat berharga. 


 
Bagi mereka yang mempunyai hero atau heroin yang tengah melasak macam saya,
 sila pastikan pin cushion ni di simpan di tempat yang selamat. 
Saya letak di bahagian paling atas dressing table, 
dan makesure saya lock pintu sliding yang bercermin tu.
Lock tu boleh cari kat kedai DIY.

Okey…Selamat ber DIY kesayangan-kesayanganku!
Take Care!



































2 comments:

  1. comel.. agak2 kalau tukar kapas tu dengan kekabu ok tak? kat rumah ada stok kekabu, balance topup bantal kat rumah...

    ReplyDelete




My Instagram