Basuh Telur Ayam

9:00:00 am Sha Nazri 2 Comments

Kat rumah telur adalah stok makanan yang wajib. 
Kalau tengah malam perut berkeroncong, 
goreng jer telur makan dengan kicap, tak pun campur dalam meggi kari.
Telur adalah bahan masakan yang boleh di pelbagaikan, 
buat kari, masak kicap, masak lemak cili padi, sambal telur dan macam-macam lagila. 
Panjang listnya kalau nak tulis semua. Saya senarai pendekkan je kat sini. 

Hari ini nak kongsi cara saya membasuh telur.

Ada orang cakap, buat ape susah-susah nak basuh telur ni.
Boleh jer makan.. kat kedai mamak tu tak basuh pun..

Eeewww..saya tak mampu lagi nak jamah telur yang ada najis tu. 
Kot la masa kita pecahkan telur tu, 
tetiba kulit telur yang ada najis tu terjatuh dalam mangkuk, cemana tu?...

Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah ini.Pendapat pertama menyebutkan bahawa ianya adalah najis dan pendapat kedua menyebutkan bahawa ianya adalah suci.

Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu.
Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya. 
Perlu diingat,ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut(maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini).
Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut ,maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu ,kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.
*Copy paste dari SINI*

Bagi saya, lebih baik kita cuci telur ayam tu dahulu untuk menyahkan bakteria dan taik ayam.
Kulit telur tu sendiri ada bakteria salmonella yang boleh menyebabkan cirit birit.
Lebih baik kita cuci telur tu dulu daripada memudaratkan kesihatan.
Tak susah pun nak cuci..

Mula-mula saya rendamkan dulu telur ayam tu dalam besen selama 5 minit.
Itupun kalau saya rajin. Tapi kalau nak cepat, saya terus cuci je.


Saya letakkan sedikit sabun basuh pinggan pada span.
Span ni memang di khaskan untuk menyental kulit telur.
Tak campur dengan span basuh pinggan.


Lepas tu saya sental dengan span ni. 
Span hijau ni mempunyai permukaan yang agak kasar,
memudahkan kerja untuk cuci telur ayam.
Jangan sental kuat-kuat..nanti pecah pulak telur ayam tu. 


Lepas tu lalukan air kat telur ayam ni. 
Basuh bersih-bersih supaya takde sisa-sisa taik ayam yang melekat.


Telur dah siap di basuh. Bersinar kan.. 
Toskan dulu dan keringkan airnya.
Lepas tu boleh simpan dalam peti ais.

Ikut pengalaman saya, telur ni boleh bertahan sampai sebulan. 
Tak rosak pun kalau simpan dalam peti ais.

Untuk bekas telur pulak.... 

Basahkan bekas telur ni sampai semua permukaannya basah lencun.


Bila dah serap air, renyukkan.


Pastu buang dalam tong sampah.
Macam ni barulah tong sampah tak cepat penuh.
Jimat ruang dalam plastik sampah. 

Malas nak turun naik buang sampah. 
Tong sampah besar nun jauh di hujung blok.
Lenguh kaki nak turun naik tangga di campur dengan kemalasan. 

Tu je antara tips yang boleh saya kongsikan.

Take CAre!






You Might Also Like

2 comments:

  1. gigihnya.. lin tak suka beli telur dalam bekas gitu.. lin prefer beli telur omega atau nutrisi.. dalam tray clear. memang jarang ada taik semua tu la. Tapi, tetap basuh. guna air je...

    ReplyDelete
  2. Nape buang bekas telur tu...leh jual semula atau buat inovasi..hihi

    ReplyDelete