DIY : Membaiki Almari Kasut

Almari kasut ni dah 6 tahun berkhidmat untuk saya.
Lama kan.. kasut silih berganti tapi almari tetap setia pada yang satu. Hihi..

Rak almari ni masih boleh digunakan lagi, 
cuma part pintu almari ni kena buat penambahbaikkan.
Jadi tugas saya hari ni adalah untuk memastikan
pintu almari ini dapat berfungsi dengan baik.

Jom kita mulakan!


Almari kasut yang telah saya tanggalkan pintu dan rak.
 Kesian..bogel dah lemari ni.


Asingkan pintu dan rak.
Rak ni saya lapikkan dengan kertas warna hitam.
 Tu pun dah koyak. Masa tarik kasut, tertarik sekali dengan kertas tu.
 Ayok yok..tak tau sape buat..
Encik Hubby yang buat..haha..


Almari tak boleh tutup rapat sebab bingkai pintu ni dah renggang 
akibat stepler yang menyambungkan bingkai kayu ni dah karat dan tercabut keluar.

Saya tanggalkan dulu stepler yang dah karat tu 
dengan menggunakan playar.


Bila dah terbuka macam ni, ambil kertas pasir dan 
gosokkan pada kayu supaya permukaannya rata tak menggerutu. 
Tak perlu sampai licin, just gosokkan light light gitu.
Tujuannya supaya bila sapu gam tu, sapuan tu akan rata dan
kayu ni akan melekat dengan jayanya.


Gam kayu yang saya guna.
 Harga RM4. Cap matahari. 
Matahari bangunlah.. Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami…
tetiba rasa nak menyanyi lagu Hafiz Suip.

Teksturnya pekat, warna kuning dan melekit.
Gam ni sangat kuat, 
Kalau melekat kat jari boleh bercantum, jari lima jadi empat. Ngeri tak.. 
So hati-hati, jangan sampai tercelup jari pulak.


Sapukan gam pada bahagian bingkai pintu
 yang dah di gosokkan dengan kertas pasir tadi.


Lepas sapu gam, saya guna stepler gun ni untuk
 menguatkan lagi struktur binaan bingkai pada pintu almari kasut ini. 
Ayat tak boleh blah..hihi..

Tunggu sampai gam kering, saya biarkan lebih kurang dalam 24 jam. 
Tika dan saat ini kesabaran memang sangat-sangat di perlukan.
 Ini demi untuk memastikan gam tadi betul-betul melekat.
 Sebenarnya kalau ikut arahan kat tin tu dalam 5- 8 jam dah melekat.
Saja jer nak masukkan elemen drama sangattt kat dalam ni.

Selepas ini saya akan makeover almari kasut saya ni pulak.
Yang  tu kena tunggu untuk episod seterusnya.

Take Care!
































3 comments:

  1. Beli kat area mana gam cap matahari tu....cari x jumpa...

    ReplyDelete
  2. Beli kat area mana gam cap matahari tu....cari x jumpa...

    ReplyDelete
  3. Beli kat area mana gam cap matahari tu....cari x jumpa...

    ReplyDelete




My Instagram