Homemade Ikan Masin Jeruk Menu Super Simple

Ni menu sahur saya.
Awalnya..penyimpan mohor besar Raja-Raja belum umum lagi tarikh start puasa..
Okey.. untuk makluman,
bagi orang perempuan seperti saya...
sahur hari ni adalah untuk mengganti puasa tahun lepas.


Ikan masin ni saya buat macam ikan jeruk. Senang sangat, nak buat ni.
Pernah share kat SINI.
Ikan masin ni saya goreng garing. Bila makan rangup..krup-krap bunyi mengunyahnya.
Pastu tumis pulak bawang besar dan bawang putih yang dihiris.
Kemudian masuk pulak cili padi, goreng sampai garing.
Tabur je atas ikan masin yang dah digoreng tadi.


Simple sangat..makan dengan nasi putih panas-panas, berulamkan timun.
Sepinggan mana cukup. Tambah lagi,tanpa segan silu..hehe



2 comments:

  1. Singgah pagi..
    tengok ikan masin..tetibe rasa nak makan ikan pekasam..

    ReplyDelete




My Instagram