Makeover Pintu Bilik Air

5:37:00 pm Sha Nazri 3 Comments


Inilah dia pintu bilik air kat rumah saya.
Takdelah kagum sangat kan..
Haha..orang semua dok tunjuk pintu bilik air idaman hati 
yang fancy-fancy dan berkilat-kilat.
Tapi itu tidak berlaku di sini. 

Maaflah sebab terpaksa menjamu mata dengan pintu bilik air yang tak hensem ni.
Walaupun tak cantik, saya bersyukur, 
sekurang-kurangnya ada pintu ini menjadi pelindung.

Oleh kerana selalu kena air, seiring dengan faktor usia
 maka pintu bilik air tersebut semakin berambu-ramba di bahagaian bawahnya.

Kalau rumah sendiri memang nak terus tukar pintu baru.
Tapi disebabkan saya tinggal di rumah sewa,
niat tu saya simpan je.

Buat sementara waktu ni, saya DIY je 
dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk DIY kali ini.
Pen, pembaris, gunting, pisau, glue gun dan 
yang paling penting ialah corrugated plastic.


Ini dia corrugated plastic. Ambil dari balance projek kat ofis Encik Hubby.
Corrugated plastic ni biasanya ada jual kat kedai alat tulis.
Harganya saya tak pasti pulak.
Permukaannya plastik dan yang penting kalis air.
Sesuai nak letak dalam bilik air nanti.



Potong ikut ukuran pintu bilik air.


Sementara itu, saya trim bahagian bawah 
pintu bilik air ni untuk efek yang lebih kemas. hhihi..


Keringkan pintu bilik air dengan kain lap.



Saya guna glue gun untuk tampalkan
 corrugated plastic ni kat pintu bilik air.


Dah siap tampal.
Corrugated plastic ni tak cukup panjang untuk cover pintu ni,
 tu yang ada 2 keping satu panjang satu pendek.

Satu lagi, tak puas hati sebab guna corrugated plastic yang transparent, 
dari luar dah nampak pintu yang tak hensem tu.

Glue gun pun tak sesuai digunakan untuk tampal, sebab tak melekat dengan kuat.


Penyelesaiannya, saya guna corrugated plastic yang warnanya lebih pekat.
Lepas tu, lekatkan dengan paku tekan supaya tak tertanggal lagi.


Corrugated plastic yang transparent tadi 
saya lekat kat bahagian dalam pintu bilik air.
Dari luar takdelah nampak sangat pintu bilik air yang tak cantik tu.

Saya potong sikit kat penjuru tu supaya ada ruang 
untuk saya masukkan saluran air mesin basuh.

Bila dah tampal corrugated plastic ni, takdelah basah lantai kat luar pintu bilik air tu.
Sekurang-kurangnya dapatlah menutup keburukan 
pintu bilik air ni buat sementara waktu.

TAke CAre



You Might Also Like

3 comments:

  1. Yess. Good idea untuk rumah sewa baru sy nanti. Sebab dah notice masalah ni masa tengok rumah hari tu. yay.boleh buat cenggini. hihi

    ReplyDelete
  2. waaaa kretip sangat.. nak bagi lagi ensem mr albab tu.. lekat le wallpaper.. konpem tuan rumah bertambah sayang :P

    ReplyDelete
  3. wahh terima kasih atas idea... saya baru je nak baik hati beli pintu pvc guna duit sendiri sebab tuan rumah macam tak ambik peduli pun tapi cancel la beli cuma nak cari corrugated plastic tulah takut susah nak cari kat sini. Apapun terima kasih! ^_^

    ReplyDelete