Makeover Rak Toiletries

Rak untuk letak barang-barang toiletries dalam bilik air saya dah berkarat.
Maklumlah..sejak menghuni rumah ni bertahun tahun tahun tahun lamanya tak berganti.


Rak toiletries ni masih teguh dan utuh, cuma berkarat sikit.
 Dah letaknya pun dalam bilik air, memang patutlah berkarat kan. 


Sementara saya mengerjakan toiletries rack ni, barang mandian
 syampu, pencuci muka, berus gigi dan lain-lain
yang berkaitan saya timbunkan di dalam sinki. Atas sinki pun ada.

Dan.. tentulah Encik Hubby tertanya-tanya…
siapakah yang telah melarikan rak ni???
Setelah saya menyelesaikan tanda tanya dalam kepala Encik Hubby,
barulah dia faham yang saya ada tugas berat yang perlu dilaksanakan.

Tugas berat tu takdelah sampai junjung motor atas bahu
macam tukang angkat barang  kat Sabah tu.
Tugas ni saya percaya, kaum hawa pun boleh buat.


Rak toiletries yang berkarat tadi tu,
saya bersihkan dulu dari sisa-sisa sabun, syampu dan juga karat yang melekat.
Bersihkan dengan guna berus besi ni barulah kekotoran senang ditanggalkan.


Selepas di basuh bersih, rak ni saya keringkan, lapkan dengan tuala.


Saya gosok dengan kertas pasir untuk hilangkan karat
 yang degil tu dan juga untuk permukaan yang lebih rata
tanpa ada kesan menggerutu pada besi rak.

Ingat lagi tak dengan cat yang saya gunakan untuk makeover almari kasut?
Ada baaanyyaak lagi lebih.
Saya guna cat yang sama untuk makeover rak toiletries ni.


Adunkan cat supaya sekata.


Cat ni pekat, senang nak sapu dan melekat kat besi rak toiletries.


Proses pengeringan untuk lapisan cat yang pertama.

Saya sapu 3 lapisan cat.
Setiap lapisan itu amik masa 5 – 6 jam untuk kering.

Dan hasilnya selepas 2 hari…


Bolehla susun semula barang-barang kat rak toiletries ni.

Balance cat masih ada lagi, tak sampai pun separuh tin yang saya gunakan.
Dengan 1 liter tin cat saya dah buat 2 projek DIY.

Kalau saka rajin tu datang lagi, mungkin saya nak cat pintu,
grill dan macam-macam lagi.

Tinggi betul cita-cita...tak salah berangan kan.

Take Care!









2 comments:

  1. Rajin....saya punya rumah cat dah beli ber tin2.sebelom raya tahun lepas...konon nak cat rumah...elok lagi cat2 tu semua bersusun bawah katil...hehe..:)

    ReplyDelete
  2. huhu saya ada syelek lebih kalau saya guna syelek untuk rak ni jadi ke ex? tnya sbb x tau..huhuhu

    ReplyDelete




My Instagram