Physiogel : Saya Dah Cuba

Lama tak dengar khabar dari blog saya kan..
Ingat lagi tak bulan lepas saya ada share tentang gift pack yang saya dapat dari Physiogel.
Terima kasih beribu-ribu lemon kepada Physiogel kerana menghantar produk yang sangat saya perlukan di kala saya sedang dalam dilema.


Kulit saya kering, sampai peringkat menggelupas.
Kalau kena sabun lepas membasuh tu, lagila pedih.


Jom kita berkenalan dengan produk ni.

Physiogel dihasilkan oleh Stiefel Laboratories yang telah banyak mengeluarkan produk-produk penjagaan kulit. Mereka telah berada dalam bidang ini selama lebih 165 tahun..Fuh..pastinya diorang ni mempunyai sejarah yang panjang dalam memahami dermatologi dan perkara yang berkaitan dengan kulit.

Produk Physiogel ni bebas wangian dan yang paling penting ia  membantu untuk membaiki kulit kering dan mengekalkan kelembapan. Sahabat untuk kulit kering, gatal dan sensitif.


Memperkenalkan dari kiri, PHYSIOGEL Cleanser dan dan PHYSIOGEL Cream.



PHYSIOGEL Cleanser

Menurut pengeluarnya, Physiogel Cleanser mempunyai formula bebas sabun yang membersih, melegakan dan melembutkan tanpa mengeringkan kulit. Tidak berminyak, tidak mengandungi lemak haiwan dan memberikan keseimbangan pH semulajadi pada kulit. Sesuai digunakan pada muka dan badan, bebas sabun, sangat bagus untuk kulit sensitif dan semua jenis kulit,

tidak bersifat komedogenik (bahan yang menyebabkan iritasi macam jerawat atau pedih pada kulit) dan sesuai juga digunakan oleh bayi!
 Anak beranak boleh guna..(yang ni statement saya hehe..)

Dah ready nak lembutkan kulit? 
Jom kita try dulu betul ke tak apa yang telah di gembar -gemburkan oleh produk ni.


Mula-mula pam kan 1-2 pembersih Physiogel pada tangan.


Sapukan Physiogel Cleanser pada kulit. 
Urut perlahan-lahan dalam gerakan membulat.


Tiba masa untuk membersihkan pula.
Ada dua cara untuk menggunakan pembersih ini.
 Boleh di bilas dengan air ataupun cara lebih malas macam saya ni 
bersihkan dengan menggunakan kapas muka.


Ini selepas penggunaan Physiogel Cleanser.
Pengalaman peribadi saya:
Suka..sebab kulit saya jenis kering, bila guna pembersih ni, 
kulit menggelupas tu tertanggal sekali.
Kulit rasa lebih lembut dan lembap selepas pembersihan.
Takde rasa melekit pada kulit. 


PHYSIOGEL Cream
Lepas tu saya cuba pulak Physiogel cream ni.
Mengikut pengeluarnya: 
Krim ini mengandungi lipid phisiology
yang merupakan komponen yang penting untuk kulit yang sihat.
Ia membantu untuk melindungi dan memulihkan kulit yang kering dan sensitif.
Tidak ada unsur komedogenik, 
tidak mengandungi pewarna, pewangi dan pengawet. 


Mula-mula sapu pada kulit, krim ni rasa melekit sikit.
Ambil masa lebih kurang dalam satu minit untuk kering 
dan rasa melekit tu akan hilang lepas satu minit. 

Selepas 2-3 minit sapu krim Physiogel.
Pendapat saya:
Lepas guna krim Physiogel, kulit lebih lagi terasa kelembapannya.
Rasa licin, lembut kat kulit.
Memang best la pakai krim Physiogel ni.

Sesuai untuk kulit saya yang kering dan sensitif.
Saya dah cuba...dan akan menggunakannya lagi lepas ni.



















No comments:

Post a Comment




My Instagram