Safety Drawer Lock : Untuk Si Kecil Yang Hobi Buka Laci

Bulan 7 ni genap usia Syifa 3 tahun.
Bila dah dekat 3 tahun ni, macam-macam perkara baru yang dia belajar..
dan macam-macam pulak perkara baru yang dia boleh buat..

Salah satunya pantang nampak laci. 
Mesti ada je benda yang dia nak tengok kat dalam tu.

Masa Syifa setahun, saya letak solitape kat laci dressing table ni.

Sekarang, Syifa dah pandai tarik solitape ni.
Mungkin selama ni saya tak sedar dia dok perhati je..
macamana mama dia bukak laci…

Pernah satu hari lepas solat, saya masuk bilik, 
terkezut kucing saya dibuatnya bila tengok Syifa bermandikan losyen satu badan. 
Tambah lagi dengan lipstik setompok kat pipi. 

Okey..sekarang Syifa dah tau buka laci ni, saya kena cari alternatif lain.


Sedih tengok laci penuh dengan kesan pelekat solitape ni.
Habis berparut laci.


Masa saya pergi Mr. DIY, saya terjumpa Drawer Lock ni.
Harga: RM2.90
Ada sepesen je, rembat je la yang ni dulu.


Malam tu lepas tidurkan Syifa, saya terus pasang kat laci.
Satu peket ada dua pasang.
Drawer lock ni ada pelekat di belakangnya.


Ada dua cara untuk pasangkan drawer ni.
Cara yang pertama lekatkan di sebelah tepi atau sisi laci.
Tapi pelekat tu saya letak sendiri, 
sebab pelekat cuma ada dibahagian hadapan penyambung lock ni je.

Rasa macam tak yakin je letak drawer lock ni kat belah tepi laci ni.
Syifa ni nampak je cam tu, tapi akal dia panjang.
Lagipun kena kena tampal guna pelekat sendiri, dah rugi di situ. hihi..


Cara yang kedua, lock tu letak kat dalam drawer.
Saya sendiri nak buka pun susah, apalagi lagi Syifa kan..
Okey.. saya lebih yakin dengan cara yang ni.


Tolak je penyambung putih tu ke bawah 
sambil tarik drawer tu..dah boleh buka.



Ni selepas pasang drawer lock tu, saje nak test, 
suh Syifa bukak, boleh ke tak.
Tengok tu sampai berkerut  muka dia..
Memang susah dia nak buka.

“Eee..susahnya mama..
Nape ni..wosak ke..”

“A ah dah rosak..sebab tu Syifa jangan bukak lagi lepas ni tau.”

“Okey mama..”

Yoyo je drama ni..ha ha..


Laci dressing table selepas di pasang drawer lock.
Lepas ni kena bersihkan kesan pelekat tu.
Dan jugak habuk yang bermaharaja lawak dekat dressing table.








3 comments:

  1. ala sayang nya perabot kena soletape... patut beli awal2 je safety lock tu. umah lin biar je anak2 main.. ketang ketung almari

    ReplyDelete
  2. macam-macam skill mama dia nak kena cari untuk elakkan syifa main laci..

    Wah..pasni syifa dah tak peduli laci lagi laa..

    ReplyDelete
  3. Struggle betul anak nk bukak laci tu hehe

    ReplyDelete




My Instagram