Spray Paint Almari Kasut

4:16:00 pm Sha Nazri 0 Comments

Semalam saya dah Membaiki Almari Kasut
hari ni saya kongsikan pulak pengalaman saya menggunakan spray paint.

Buat pengetahuan anda semua, saya tak pernah menggunakan spray paint. 
Ini adalah pengalaman saya kali pertama.
 Puas dah saya google, baca tips dan info pasal spray paint ni. 
Akhirnya saya rasa begitu confident untuk meneruskan misi kali ini.

Selepas mengepos barang jualan, kaki saya terus menapak ke kedai ACE Hardware.
Fokus utama adalah di bahagian rak spray paint. 
Ada baaaanyakkkk sangat jenama spray paint, sampai mata saya berpinar.
 Dari harga mahal sampailah harga yang paling murah. 
Murah pun takdelah sampai singgit lima puluh sen, 
tapi ok ke beli yang murah? Nanti tak cantik pulak almari kasut saya.


Tangan saya mencapai spray paint jenama Krylon yang
 kerap digunakan oleh blogger di luar negara. Mak oi, rege..semua RM 30 ke atas. 
Okey..harga macam ni untuk satu tin spray paint..
rasanya saya belum sanggup untuk membuat investment sebanyak itu.

Saya tanyakan pada jurujual lelaki, rasanya dia ni bangla, 
pasal apa saya tanya semua di jawab boleh la kak..boleh la..ambil la..sambil sengih-sengih.. 
Macam mana la boleh kerje kat sini.
 Kepala saya pun dah berpusing 360 darjah, tengok Mat Bangla ni.

Akhirnya saya mencapai keputusan muktamad tanpa talian hayat. 
Saya telah memilih..


 
Spray paint jenama NOW, harga RM17.90.
Colour: Glossy Black


Setiap spray paint berbeza, jadi kena baca maklumat yang ada di belakang tin.
Mengikut pengeluarnya: 
Spray paint ni cepat kering, menghalang karat, 
boleh digunakan untuk dalam rumah dan juga di luar rumah.
 Boleh digunakan pada permukaan kayu, besi, kaca dan plastik.

Pengembaraan saya dengan spray paint pun dimulakan. Jeng..Jeng..


   
Mula-mula gosok permukaan kayu ni dengan kertas pasir dulu,
 bagi permukaan yang licin tu kesat sikit. Barulah spray paint tu tak mudah tanggal nanti.


Lap dulu permukaan yang nak di spray paint ni supaya 
takde habuk atau kekotoran yang melekat dan 
permukaan kayu tu akan nampak rata selepas di spray.

Saya ambil keputusan untuk spray bahagian atas almari,
 pintu dan kedua-dua belah bahagian tepi almari.

Rasanya dengan tin yang isinya 9 oz bersamaan 255 g, 
tak cukup untuk spray keseluruhan almari kasut.

Sebelum tu saya lapik dulu lantai dengan plastik bekas beras, 
memang saya suka kumpul, sebab plastik ni jenis yang tahan lasak.

Saya pun memulakan misi spray paint.
Spray kat balkoni…. Buat  kat luar rumah sebab ada pengudaraan. 
Kalau kat dalam rumah, lagi-lagi rumah comel macam rumah saya ni, 
peninglah menyedut baunya. 

Untuk mengelakkan tukang spray pening dengan bau spray paint, 
saya tutup hidung dan mulut dengan kain skaf.  
Rasa macam The Mask of Ninja pulak saya dengan outfit yang sebegitu.
Jangan lupa untuk melambai-lambaikan tangan kepada jiran sebelah yang suspicious terhadap anda.

Encik hubby cakap, kalau tak tutup nanti dekat dalam lubang hidung ada kaler. 
Korek hidung taik hidung kaler pink takpun kaler hitam (sorry to say this). 
Ikut kaler spray paint yang digunakan.  

Lepas 10 minit gigih spray, tangan saya dah mula cramp. 
Dari tangan sampai ke lengan, rasanya macam baru angkat dumbbell 5 kilo.


Tak sempat nak abiskan spray satu pintu almari,
 satu tin spray paint tu dah habis. Satu lagi pintu almari tu tak spray lagi.


Sebab tangan dah lenguh, pressure pun tak kuat, inilah hasil saya spray paint.
Warna yang tak sekata, pastu ada tompok-tompok..
tu yang saya bulatkan dengan anak panah tu
 lebihan spray paint yang mengalir kat tepi nozzle. 
Ni baru first coat, second coat..third coat.. Saya dah tak gagah lagi nak spray.

Tangan dah menggigil macam kena demam kepialu, saya give up..
 Terus stop sambil mengadu kat Encik Hubby. Encik Hubby tekekek kekek gelak.

Okey takpe..kali ni misi spray paint saya telah gagal. 
Belajar dari kesilapan. Walau apapun, misi makeover almari kasut perlu diteruskan.








You Might Also Like

0 comments: