Apa Yang Menarik dan Tertarik Di Zoo Negara

Wah..wah..lama betul menyorok..
Assalammualaikum dunia..Im back!!

Hari tu saya dan Syifa pergi Zoo Negara.
Sejak Syifa dah berusia 3 tahun 2 bulan
dan dah mula pandai berborak, 
inilah masa yang sesuai untuk memperkenalkan Syifa dengan haiwan yang sebenar.
Selalu tengok kat dalam buku dengan TV je.
Ni nak tengok yang real pulak.

Alang-alang dah ada promotion kat Zoo,
apalagi kita guna peluang yang ada sebaik mungkin.


Waktu ni lah yang paling menarik saya nak pergi Zoo 

Encik hubby tak dapat ikut..hihi..sorry..sebab kena kerja di hari Khamis.

Tetiba saya rasa bersyukur sangat jadi surirumah..haha..
tak payah apply annual leave nak bawak anak pegi jenjalan.


Biasalah..sebelum pergi, kita kena study dulu budget ada berapa. 
Tiket dewasa RM32 + promosi Zoo Negara (free untuk kanak-kanak bawah 12 tahun). 
Tak masuk tiket untuk tengok panda. Takpelah panda tu tak penting sangat. Boleh hold dulu.


Kita semua sedia maklum harga makanan kat Zoo tersangatlah mencekik leher.
Kebarangkalian untuk terkopak-kopak purse adalah besar.

Jadi, baik budget awal-awal. 
Pagi-pagi lagi dah masak nasi dengan lauk, makan terus..
insyaAllah tahan sampai tengahari.
Saya bawak sandwich homemade dengan nasi goreng
 untuk makan masa tengah hari  nanti.
Saya juga bawa kudap-kudapan untuk Syifa macam
 keropok cheese, biskut cracker dan 2 botol air sejuk.
Bawak payung jugak sebab cuacanya tersangatlah panas.

Nak pergi Zoo Negara dari rumah saya senang je.
Naik teksi dari Ukay Perdana ke Zoo dalam 15 minit dah sampai kalau takde aral melintang.
Tu pun dekat RM8 jugak..
Takpelah, kalau naik bas berpeluh nak tunggu..
 Saya bertolak dari rumah agak lewat sikit 
sebab Syifa mengantuk sangat sampai tak larat nak bangun pagi tu. 
Yela malam-malam jadi jaga kat dalam rumah, tido pun lewat.
Jadinye gerak dari rumah pukul 11.15am, sampai Zoo pukul 11.30am.

Sampai kat Zoo pergi beli tiket kat kaunter. 
Borak-borak sikit dengan Cik yang jaga kaunter tu, sambil tunjukkan muka gembira.
Untuk saya, tak payah bagi My Kad atau My Kid pun.
So takpelah..Tak payah tunjuk muka comel saya dalam my kad tu.
 Comel ker :P

Zoo Negara..lama tak merayau ke sini. 
Selalu lalu kat depan pintu gerbang Zoo tu je.
Kalau free mungkin hari-hari lepak sini kot.
Kali terakhir datang ke sini tahun 2009, lama tu..dengan Encik Hubby.
Tu pun sebab saya beria-ia nak pergi.

Anyway, seronok lah si Syifa dapat tengok haiwan kat Zoo.
Mulut dia tak berhenti bercakap, bertanya itu dan ini.
Jalan jalan dan jalan lagi..Mama dah sakit pinggang dah..Tapi Syifa penuh energy.
Baru saya nak rehat kejap..
“Mama..jomlah jalan..Tak nak duduk..”
Okey..demimu anak..Mama tak kisah pun penat.
Fikir positif..Harap-harapnya turunlah berat sekilo dua.

Okeylah..banyak dah saya membebel..
Tapi sebelum tu meh la tengok Cik Syifa dan mamanya
 jalan-jalan kat Zoo Negara.
Banyak moment masa kat Zoo tu nak di share kan.
Maaflah kalau terganggu..maklumlah sarat sangat dengan gambar.

Mula-mula sampai kat Zoo, singgah bergambar kat sini.


Syifa nak tengok penguin dulu.


Buat pe tu.Tengah mengemas rumah ker...


Yang ni dok sorang-sorang..
merenung ke luar kotak kaca yang berdaki itu.


Menarik fakta ni..


Rehat kejap..Kaki lenguh dok terjengket-jengket tengok penguin.


Okey Mama..
Jom kita jalan tempat lain pulak.

Jalan-jalan kat tempat ikan air tawar dan ikan air masin.
Suasana kat dalam ni sejuk je..
Macam kat dalam gua.


Tengok ikan swimming


Ikan yang pertama..(nama ikan dah lupa)


 Ikan ni macam tengah berlumba je..laju dia berenang-renang.


 Syifa tengah mengira berapa ekor ikan semuanya.


Ikan ni yang paling slow motion. Sopan je dia berenang.


  Syifa cakap ikan ni ikan senyum.


Mama..Syifa nak relaks kat sini kejap.


Hai kawan-kawan..
Peminat Syifa melambai tangan.

Jom teruskan perjalanan tengok apa lagi haiwan
yang menarik ada kat Zoo Negara.
Tapi sebelum jalan nak rehat dulu. 
Penat...

To be continue.....


Nak Lagi Cerita Pasal Zoo Negara?
Meh baca kat sini..

Bila Pak Belang Mengaum

Its showtime!

Jalan-Jalan Di Zoo Negara







































































1 comment:




My Instagram