Sebuah Catatan Perjalanan

Assalammualaikum..

Sebelum saya cerita lebih panjang,
 mari kita sedekahkan Al-fatihah 
kepada saudara-saudara seislam kita
 yang telah syahid dalam peristiwa kren tumbang di Mekah.

SubhanaAllah..
mereka semua telah di ambil nyawa
 ketika sedang menunaikan ibadah di rumah Allah.
Mudah-mudahan mereka di tempatkan 
bersama-sama para solehin dan para syuhada di syurga Allah.

Baiklah..sekarang saya mulakan cerita saya.
Saya terpanggil untuk berkongsi warna warni kehidupan di Kuala Lumpur.

Hidup di KL memang tidak mudah. 
Banyak godaan dan cabaran yang perlu di tempuhi.  
Kalau tersalah langkah mungkin akan menjadi gelandangan di Chow Kit, 
takpun tidur bawah jambatan Central Market atau berakhir lemas di Sungai Klang.

Syukur Alhamdulillah..
saya sentiasa di selamatkan dan berada di landasan yang betul. 
Tak dapat dinafikan, kalau kita punyai kawan yang baik, 
insyaAllah kita pun akan ikut perangai baik kawan kita.
Tak gitu?


LRT pengangkutan utama saya ke tempat kerja.

Pergi pagi balik malam.
Kadang-kadang hari sabtu, Ahad dan public holiday
 pun perlu berkhidmat untuk company.

Kerja memang stress, tapi seronok ada stok kawan-kawan yang satu kepala.


Lokasi: LRT Masjid Jamek
Mesin layan diri untuk beli tiket LRT.



Masa ni belum lagi  waktu puncak,
 tak ramai manusia yang berduyun tiba.




Tu dia..kejap je dah ramai balik.


Ni pulak “panorama” biasa dekat trafik light
berhadapan dengan LRT Masjid Jamek.
Tak pernah sunyi dari manusia yang nak
melintas untuk ke seberang jalan di sana.


Kalau berhenti di LRT Masjid Jamek,
kaki ni mesti secara automatiknya bergerak kearah
deretan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis tudung dan pakaian.



Pakcik jual tudung mengalu-alukan kedatangan
para "potential buyer" dihadapan gerainya.


Di laluan tangga menuju ke bawah,
ada pakcik dan makcik yang menjual tisu.



Pandangan dari atas.



Mencari rezeki di tengah kota tak semudah yang di sangka.

Biarpun harus duduk di tepi tangga
 dari pagi hingga ke petang dengan pendapatan yang tidak menentu,
 tapi pakcik dan makcik ni gigih menjual tisu.

Lihat diri kita atau diri saya yang sempurna fizikalnya..
Sanggupkah kita menjual tisu di kaki lima berpanas dan berhujan. 

Walaupun tak dapat melihat,
tapi merekalah antara golongan selalu bersyukur
 kerana di beri kesempatan untuk hidup di dunia.

Kata Makcik ni,
Syukur nak, makcik dapat bekerja lagi..
makcik boleh cari rezeki untuk diri dan keluarga.
Panas hujan dah biasa nak…
Mana ada kerja yang senang..semua kerja susah.
Yakin Allah sentiasa berikan kita yang terbaik.
Jangan mudah putus harapan dengan Allah.

Oh..airmata saya bergenang.
Serta merta saya melihat ke dalam diri sendiri..
Saya tak mungkin setabah itu.

Tapi saya belajar satu perkara..walaupun hidup susah,
kesusahan itu menjadikan kita lebih kuat semangat untuk berusaha lebih lagi.

Walaupun kadang-kadang kita tidak mendapat apa yang diinginkan,
 selalu merasa tidak cukup apa yang ada dan selalu merungut atas musibah yang datang,
 kita (dan diri saya sendiri  terutamanya) harus bersyukur kita masih hidup di atas bumi Allah,
 setiap hari dikurniakan rezeki dan nikmat…

Lihat di sekeliling kita..berapa banyak nikmat yang telah kita dapat..
berapa banyak pula yang telah kita syukuri atas nikmat yang telah di berikan.



Hidup adalah satu perjalanan..

Pesanan ini untuk diri saya sendiri dan untuk pembaca blog yang saya sayangi.
Saya bukan insan yang sempurna untuk memberi nasihat.
 Saya juga banyak kekurangan dalam diri.

 Sekadar berkongsi pengalaman...Mudah-mudahan bermanafaat…










































1 comment:

  1. setuju. bersyukur dengan apa yang kita miliki.. sentiasa memandang ke bawah akan menjadikan kita lebih menghargai apa yang kita perolehi...

    ReplyDelete




My Instagram