Apam Pandan Yummylicious

Resepi ini khas buat penggemar-penggemar apam tegar.

Resepi mudah dan simple..
 Google jer..berbagai-bagai jenis resepi apam yang boleh di copy dan paste.
Resepi lebih kurang sama jer..

Cuma yang bezanya kali ini dalam resepi apam, saya tambahkan
 air rebusan daun pandan untuk rasa yang berlainan.
Wangi jer bila campur dengan air daun pandan.

Nama resepi pun kena tukar la..
jadilah apam pandan yummyliciuos sesuai dengan peredaran masa.

Tak yah criter panjang lebar jom buat apam.


Bahan-bahan untuk buat apam pandan.

Mula-mula sediakan blender dan masukkan nasi serta air kedalam blender.


Kisar sampai halus. Jadilah rupa cenggini.


Masukkan gula, tepung gandum dan tepung beras
 ke dalam blender tadi dan kisar lagi sehingga adunan menjadi sebati. 

Kalau ada tepung kat sekeliling blender tu tak bercampur,
 ambil sudu dan kacaukan bagi semua sekata.


Bila semua bahan tadi dah sebati, 
masukkan dalam mangkuk yang sederhana besar.



Tunggu dalam 4- 5 jam,  adunan ni akan mengembang, 
kembang satu mangkuk.
Dah timbul buih-buih kat permukaan adunan tadi.


Lepas tu boleh tambah kaler yang disukai.

Warna ni membuatkan Syifa tak sabar-sabar nak jamah apam ni.
4-5 kali tawaf dapur comel saya tu sambil tanya
“mama..apam ader?”

Dah letakkan pewarna, bolehlah kukus apam 
lebih kurang dalam 10 minit, dah masak... sebab 
saya masuk dalam bekas yang kecil-kecil.

Jangan lupa sapu minyak sikit dalam bekas acuan
 supaya apam tak lekat bila dikeluarkan daripada bekas.


Apam dah siap..jemput makan..
Makan dengan kelapa parut yang di gaul bersama secubit garam.


Hidangkan bersama air teh di waktu petang..
memang yummylicious la,
 sambil menikmati cerita kartun upin dan ipin 






















4 comments:

  1. salam pagi rabu...
    wah!mcm senang je.....:)

    ReplyDelete
  2. Nampak macam senang.
    Nak buat la nanti.
    Tapi takde la acuan comel macam ni.
    Buat acuan gedabak besar terus. Hahaha

    ReplyDelete
  3. macam senang jek.. bekenan betul warna warni tuuu... hehe !

    ReplyDelete
  4. nampak macam senang aje. saya nak cuba buat lah. saya tak pernah buat apam sblm ni...

    ReplyDelete




My Instagram