Daun- Daun Rempah Frozen

3:18:00 pm Sha Nazri 0 Comments


Awas: Entry kali ni mengandungi 
perkataan DAUN -DAUN
di setiap perenggan.

Balik kampung memang best. 
Bukan saya je yang exited, 
Syifa pun turut merasakan keseronokan nak jumpa sepupu-sepupunya.
Selain jumpa saudara mara, 
banyaklah juga hasil-hasil kampung 
menjadi buah tangan untuk saya bawa balik ke KL.
Antara yang ada dalam list buah tangan tu 
termasuklah daun-daunan yang menjadi rencah dalam masakan.

Masa kat kampung tu, saya ade la
petik daun kari, daun pandan, daun limau purut 
dan lain-lain daun yang begitu panjang kalau nak disenaraikan.

Rembat semua dekat kebun Mak Ngah. 

Bila dah lama kat KL, balik kampung
 tengok daun-daun yang segar depan mata, jadi jakun.
Kalau di kampung takde masalah nak dapat daun-daun ni semua.
 Tanam belakang rumah je.
Tapi beza kan kalau kat bandar.
Sebab tu saya sangat menghargai 
daun pandan, daun kari, daun limau purut yang saya ambil ni.

Tapi kalau dah ambil dalam kuantiti yang banyak ni,
 macamana nak simpan supaya tahan lama?
Kalau masak pun cuma guna dua tiga helai je kan.

Meh sini saya nak kongsi cara saya simpan daun-daun ni semua.

Daun limau purut ni saya saya lalukan air diatasnya.
Bagi daun ni segar sikit setelah terperap selama beberapa jam didalam plastik.


Lepas tu simpan dalam plastik zip lock.


Simpan dalam peti ais kat tempat sejuk beku.

Bila nak guna dalam masakan, keluarkan dan rendam sekejap dalam air paip.
Takdelah daun-daun ni keras melengkung dalam gulai.


Ini selepas 3 bulan saya simpan di dalam freezer.
Kandungan daun dalam plastik pun dah agak berkurangan 
setelah digunakan di dalam pelbagai jenis masakan.


Masih hijau dan nampak fresh kan daun pandan dan daun limau purut tu.
Daun pandan tu saya terpaksa potong ikut saiz plastik zip lock.

Daun kari nampak agak berubah warna.
Tapi baunya masih ada dan sikit pun tak hapak.
Dalam masakan paling penting bau daun kari tu kan, 
bukan rupa parasnya yang menjadi ukuran.

Selain daripada tu, daun kunyit, lengkuas, daun kesum
 dan limau nipis pun saya pernah frozen kan.
Dalam 3-4 bulan insyaAllah dapat bertahan. 
Kalau letak dalam peti ais yang tak beku tu, dah tentu layu dan kering.

Tapi daun ketumbar dan daun saderi
 saya tak rekemen untuk di sejuk beku kan, 
sebab bila keluarkan dari freezer, daunnya akan hancur dan batangnya pulak berair.

Sebelum saya terlupa kalau nak simpan cili kering kisar 
dan lengkuas boleh baca disini:



Semoga bermanafaat.
Take Care!






You Might Also Like

0 comments: