DIY Bantal Busuk Yang Ohsem!

9:30:00 am Sha Nazri 2 Comments

Assalammualaikum..

Hari Isnin yang lemau..
kurang sikit ceria seperti hari-hari sebelumnya..
 selsema datang balik.

Namun begitu, saya jadi gagah
 nak cerita pasal projek DIY sarung bantal
yang super simple ni. *tetiba..

Projek mudah dan murah ni sesuai saaangaat
untuk beginner yang baru nak bermesra-mesraan dengan mesin jahit.
Sayer ler teww..

Bagi mereka yang serba serbi
kekurangan alat jahitan dan aksesori menjahit tu,
bolehlah mulakan projek DIY ni. Mudah, simple, cepat dan
semestinyer takde pening kepala dengan pattern yang pelik-pelik.

Bantal corak minion memang menjadi kegilaan Syifa!
Melompat kijang dia bila bantal ni dah siap.
Lepas ni bantal busuk lama memang dia buang abisla.

Bantal ni saiznya kecil sedikit, sesuai kalau nak bawa travel, letak dalam kereta,
 bawak pergi hospital ke buat bantal peluk Syifa.
 Daripada bawak patung bear, baik bawa bantal…bantal boleh buat lapik kepala..
Mak bapaknyer pun boleh pinjam kalau takat nak lelapkan mata dalam kereta.

Bantal ni takde zip, tapi kalau nak tukar sarung,
ada bukaan dibahagian belakang supaya mudah untuk tukar sarung yang baru.

Hey..tunggu apalagi..? Meh kita mulakan buat sarung bantal!

Bahan-bahan yang diperlukan.
Bantal, pin, pensel, gunting, tape dan kain cotton corak minion.


Ukur dulu panjang dan lebar bantal.
Tambah ½ inci untuk basi jahitan.


Lepas tu ukur pada kain dan tandakan ukuran panjang dan lebar bantal tadi.



Masa untuk menggunting.


Potong 3 keping kain seperti di atas.
Dua keping kain tu untuk bahagian belakang - untuk bukaan sarung bantal.

Ukuran agak berbeza dengan bantal kusyen
yang standard 4 segi tu sebab bantal ni saya dah kecilkan sikit saiznya.

Ambil kain no 2 tu dan lipat dua disalah satu bahagian panjang tu.
 Iron untuk kemaskan tepi kain. Lepas tu jahit disepanjang lipatan yang dah iron. Buat proses yang sama dengan kain no 3.

Kalau tak nak iron pun takpe, ni cuma nak nampak lebih kemas.
 Profesional look la kunun..

Susun kain, letak kain no 1 dulu- bahagian luar kain (right side)  berada diatas,
 kemudian tindihkan dengan kain No 2 dan No 3 dengan bahagian dalam (wrong side) diatas.
Bahagian kain No 2 dan 3 yang iron tadi pastikan berada di tengah-tengah kain.


Pinkan kalau takut kedudukan kain tu senget masa menjahit nanti.


Jahit lurus disekeliling bahagian tepi kain.
Lepas tu saya jahit zig zag supaya bila basuh benang takdela berambu ramba kat basi kain tu.

Dah selesai jahit bolehla masukkan bantal
melalui belahan sarung bantal ditengah-tengahnya.

Taaadaa!! Ohsem saangaat!
Bahagian depan.



Bahagain belakang.
Nak buat lagi 2 sarung bantal busuk yang ohsem ni!






























You Might Also Like

2 comments:

  1. cantiknyer....
    teringin nak menjahit.

    ReplyDelete
  2. comel..
    saya pun mula-mula kenal mesin jahit pun saya start jahit sarung bantal dulu

    ReplyDelete