DIY Rak Almari Baju dan Susun Atur

1:59:00 pm Sha Nazri 5 Comments

Salam jerebu..  J
Dah seminggu hadap batuk dan selsema,
 baru ni la ada aura nak berkongsi cerita.


Cerita saya kali ni pasal mengemas almari 
yang saya usahakan ketika keadaan masih berasap kat luar.

Walaupun batuk dan selsema datang bertubi-tubi, 
semangat nak mengemas perlu dititikberatkan 
sebab almari dah macam tempat jin bertendang ke bertandang..

mana satu tah frasa yang betul..
Jeng..jeng..jeng..(muzik latar lagu seram)


Ape dah jadi? 
Nampak macam baru lepas dilanda taufan Katrina je.
Jangan cepat judge benda negatif hokey…
Ni bukan kes gaduh laki bini.

Sebenarnya saya dan Encik Hubby baru je 
ubah kedudukan katil dan almari kat dalam bilik.
Tu sebab bilik bersepah nampak macam baru lepas dilanda ribut.

Bahagian dalam almari pun dah sendat, perlukan angin perubahan 
dengan kelajuan yang boleh mencapai sehingga 30 knot atau lebih.
Manakala corak tiupan angin perubahan pula
 bergantung kepada sejauh mana kerajinan tuan punya almari untuk menyusun atur.
.
Maaf ye..banyak bahasa Jabatan Mateorologi kali ni..
yelah sesuai dengan musim monsun timur laut yang bakal bermula pada awal November nanti.

Bahagian A untuk baju saya.


Bahagian B untuk baju Encik Hubby.

Misi saya kali ni untuk ubah posisi, 
baju saya nak tukar tempat kat bahagian Encik Hubby.


Kosongkan semua barang yang ada dalam almari.


Dah togel dalam almari.
Rak dibahagian ni saya keluarkan dan pindahkan ke bahagian yang kedua.
Saya nak jadikan bahagian A ni ada 2 penyangkut dan 2 drawer.
Drawer tu saya naikkan kat atas supaya ada lebih ruang untuk saya sangkut baju dibahagian bawah.

Parasan tak penyangkut kat bahagian bawah almari tu..
Sebenarnya almari ni ada dua sahaja besi penyangkut. 
Saya tambah satu lagi besi penyangkut kat bahagian bawah. 
Saya DIY menggunakan besi ampaian kain yang dah tak berfungsi lagi.
Tutorialnya ada kat Makeover dalam Almari.


Rak yang saya dah keluarkan,
sandar jap kat tepi dinding ni.



Tanggalkan skru besi penyangkut supaya saya dapat pasangkan rak dibahagian ni.

Lepas di ubahsuai beginilah jadinya.

Ada 2 besi penyangkut di atas dan dibawah untuk letak baju Encik Hubby.
Senang Encik Hubby nak cari bila satu tempat macamni.

Jom tengok apa yang saya buat kat lagi sebelah almari tu.
Rak yang saya tanggalkan di bahagian A tadi saya pasang kat bahagian B.

Sebenarnya alamari ni ada 3 rak sahaja. 
Satu lagi rak saya ambil daripada rak almari yang saya tanggalkan dari SINI.

Rak dari almari yang lama tu agak kecil,
saya terpaksa memerah otak untuk cari jalan macamana saya nak pasangkan rak 
yang ukurannya lebih kecil dari saiz almari saya.

Tetiba nampak ada L bracket ni dalam toolbox Encik Hubby.  

L bracket saiz kecil. 
Pandangan dari jarak penglihatan tahap IPU sihat.


Saya pasang 4 L bracket ni dan jadilah ia seperti gambar di atas.
 Jangan lupa dapatkan ukuran yang tepat untuk pasang rak.
 Kalau pasang rak senget kebarangkalian mata juga turut menjadi juling.


Dah siap pasang rak.
Ada 4 rak semuanya dengan ketinggian 
yang disesuaikan mengikut kesukaan hati saya.


Bila dah siap kemas baju jadilah begini.
Bahagian A = Pakaian Encik Hubby
Atas untuk baju t-shirt takde kolar dengan beberapa helai baju kemeja kolar.
Bawah = Baju t-shirt berkolar. 
Semuanya bergantungan arahan dari Encik Hubby.
Saya cuma menurut perintah je.


Ni kat dalam drawer pulak.
Yang nampak jelastu stokin. 
Yang di blur kan tu seluar comel tak boleh tunjuk..Isu sensitif.


Ni pulak bahagian B.


Rak 1 dan 2 tu, pakaian yang Encik Hubby nak pakai tapi jarang-jarang la.
Rak 3 dan 4 ada cadar, towel, telekung  dan baju yang saya pakai hari-hari.

Baju kurung saya kebanyakannya saya simpan tempat lain,
 sebab nampak sarat kalau masuk semua kat sini.
Langsir, cadar dan selimut yang jarang pakai pun masuk dalam almari kat bilik tetamu.


Baju yang saya gantung kat sini cuma baju 
yang saya selalu pakai bila nak keluar pergi pasaraya ke,
 jogging ke..Ha…? jogging? Dah bertahun tak berjogging..
Baju ni semua tak payah iron.  
Dah basuh gantung terus. Bila nak pakai terus je sarung.

Okey..tengah menaip ni hujan rahmat mula turun.
Apalagi..saya kena berdesup ambil kain di jemuran la ni.
Okey bye..
Take Care!














































You Might Also Like

5 comments:

  1. perghhhh cayalah.. kreatif betul awak ni..

    ReplyDelete
  2. Saya pun baru DIY lebihkurang gini. Tapi tak tulis entry lagi.hihi. Nanti nak kena buat.
    Nanti kalau free singgah la blog kite : www.rehanswardrobe.com

    ReplyDelete
  3. banyak barang yang nak disimpan tu ---- www.kedaionlinemy.com

    ReplyDelete