Skil Jigsaw 4395-01 Pujaan Hati Ku

Assalammualaikum

 yang lepas, saya ada bagi mukadimah tentang Skil jigsaw.

Kali ini saya nak share lebih lagi tentang Skil jigsaw -
salah satu gadjet yang perlu ada sekiranya ingin memulakan hobi bertukang.

Saya takdelah tiap-tiap hari nak bertukang, setahun adalah dalam 2-3 kali kot…
Tapi bagi saya dengan adanya jigsaw,
kerja-kerja memotong kayu lebih mudah, kemas, cepat dan tepat.

Kalau guna gergaji, agak-agak berapa lama masa yang diambil untuk potong satu kayu…
Tu baru satu..kalau ada 2, 3, 4  maka lagi banyaklah kudrat yang digunakan.
Wanita macam saya ni tak daya la nak gergaji satu-satu..menggigil tulang siku.

Makanya, saya telah mengambil keputusan membeli jigsaw jenama Skil model 4395-01 untuk membantu saya melakukan kerja-kerja pemotongan kayu. Jigsaw ni bukan takat nak belah kayu je, boleh potong kayu, besi, aluminium, plastik dan paling best boleh potong bentuk melengkung dan juga potongan serong.


Didatangkan dengan 2 bilah wood scrolling blade,
 satu wood fast cutting blades, wrench dan manual pengguna.
Harga: RM230.00
Lepas diskaun: RM180

Jigsaw Skil ni kalau tak silap ada 3 jenis,
salah satu model yang bentuknya sama macam model ni, 
 siap ada fungsi laser. Tu kena cek sendiri. boleh tengok website Skil. 
 Model jigsaw yang saya beli ni takde laser. 

Bagi saya yang amatur ni, asal boleh potong cukupla. 
Tapi paling penting harga mesti dalam kemampuan belanjawan poket saya. 
Dan lagi satu, saya risau sikit nak beli jenama cap ayam yang murah –murah,
 sebab takut berlaku tragedi yang menyayat hati. 
Kebarangkalian untuk berlaku kemalangan adalah tinggi.


Ciri utama Skil Jigsaw.



Di belakang Jigsaw Skil ni ada bahagian 
untuk penyimpanan blade (mata jigsaw).
Blade pulak ada banyak jenis, 
dan untuk model Skil Jigsaw 4395-01 ni 
diberikan sekali dengan blade percuma iaitu 2 bilah wood scrolling blade 
dan satu wood fast cutting blades.

Ada berbagai-bagai jenis blade yang boleh ditukar mengikut 
bahan yang ingin dipotong, sama ada kayu, papan lapis, besi atau plastik.

Kedalaman pemotongan untuk kayu : 65 mm
Kedalaman pemotongan untuk aluminium : 10 mm
Kedalaman pemotongan untuk besi : 4 mm


 
Bahagian hadapan - untuk letak blade.
Cara nak pasang blade pun mudah, cuma pasangkan 
dan ketatkan skru pada blade dengan wrench yang disertakan sekali.


Variable speed - membolehkan pengguna 
menukar kelajuan bilah mengikut kesesuaian penggunaan.
Kalau nak slow speed boleh turn dial kat Min,
 kalau nak laju tukar kat Max.

Plat Foot dibawahnya pula berfungsi 
untuk jigsaw bergerak ke hadapan untuk
 kawalan yang lebih baik dan lebih stabil semasa memulakan pemotongan.

Untuk penerangan yang lebih jelas boleh tengok video ni.



 
Jigsaw boleh juga diletakkan pada posisi sandar 
kat bahagian belakang atau back foot rest 
untuk mencegah kerosakan pada mata blade dan permukaan kerja.



Mempunyai 3 posisi yang boleh dipilih: 


Boleh melakukan orbital cuts 
untuk material yang berlainan seperti kayu atau besi.


Boleh  membuat potongan bevel cuts sehingga 45 darjah.


Soft Grip-  Pemegang yang memberi keselesaan
 untuk cengkaman yang selesa semasa mengendalikan jigsaw.
  
Satu tips yang saya nak kongsi 
berdasarkan pengalaman saya yang ciput ini,
 kalau nak dapatkan potongan kayu yang lurus, 
letakkan kayu atau papan diatas kayu yang hendak dipotong 
sebagai guide atau panduan untuk memotong kayu.
 Semasa memotong kayu, biasanya saya akan guna kelajuan yang sederhana, 
sebab kalau slow speed gergaji akan ada getaran yang agak kuat. 
 Kalau guna speed yang laju, nanti potongan tak berapa cantik, 
maklumlah tak terkejar nak mengawal jigsaw ni.
Tangan gigil lagi macam kena osteoporosis.*tetiba

Nak mengawal jigsaw ni memang mencabar dan menduga kesabaran.
Hanya mereka yang berani sahaja dapat menyahut cabaran tersebut. Cewah!

Bak kata pepatah Opah saya,
bila selalu berlatih lama-lama jadi sempurnalah sesutu kerja
yang dilakukan dalam erti kata lain
practice makes perfect.


































2 comments:

  1. Dulu beli kt tesco.xingt brand apa. Dh rosak. Pasni nk survey meson lain pulak

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete




My Instagram