Tips Hilangkan Kesan Pita Pelekat

Assalammualaikum

Pernah tak rasa menyampah tengok laci atau perabot 
kat rumah ada kesan pelekat dari solitape?
Saya ada mengalami perasaan yang sebegitu.


 Setelah lama memendam rasa 
tengok kesan pelekat kat laci dressing table dan side table, 
semalam barulah terbit kerajinan nak membersihkan 
kesan pelekat seperti yang telah saya nyatakan tadi. 

Sebenarnya saya letak pelekat 
kat laci tu bukan sebab suka-suka.
 Ni semua sebab ada si kecik also known as 
Syifa the explorer kat dalam rumah…
Kisahnya saya ada kongsikan kat Safety Drawer Lock untuk Si-Kecil


Tapi sebelum itu, mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Ada dua bahan yang saya ingin cuba gunakan
 iaitu baby oil Johnson & Johnson dan WD 40.
Gunakan sarung  tangan untuk melindungi tangan 
yang tak cantik sangat ni. Hihi.


Mula-mula saya cuba dengan baby oil.
Titiskan dalam 6-10 titisan…
kalau rajin boleh kira berapa titisan minyak tu..
kalau tak agak-agak jelah jangan sampai banjir kat atas lantai sudah.. :)

Oraittt..dah siap titis minyak meh kita tonyoh pulak
 kat tempat yang ada sisa pelekat ni.

Setelah beberapa ketika, 
sisa pelekat tadi tertanggal sedikit demi sedikit.

Ambil masa jugaklah nak hilangkan semua kesan pelekat tu.
 Lagi satu kena berusaha lebih sikit untuk tanggalkan kesan yang degil.


Sekarang kita cuba gunakan WD40 pulak. 

WD40 boleh didapati di kedai-kedai hardware 
yang berdekatan dengan tempat anda. 
Harga tak mahal, yang kecik sekali dalam RM4.
 Ni harga sebelum GST, sebab saya beli dah lama, 
sebelum GST berkuatkuasa pada 1 April yang lepas lagi. 
Harap maklum. Hehehe..


Sama seperti langkah yang awal tadi, tonyoh jugak WD40 
kat tempat yang ada sisa pelekat tu.

Hasilnya...
Wah!! sangat taksub dengan hasilnya..
macam dalam iklan pencuci pinggan mangkuk..
bersih dan mengagumkan!

Tak payah guna kuasa luar biasa, 
tonyoh sikit-sikit je dah hilang. 
Sisa pelekat yang degil tu kena usaha lebih sikit la..


Baru berkilat laci kat dressing table saya.


Baru siap satu laci. 5 lagi belum cuci..Fuh..


Selain daripada sisa pelekat kat laci, 
saya juga gunakan WD40 untuk hilangkan kesan pita pelekat pada gunting.

Selalu lepas gunting solitape, gunting  macam bergetah.. 
nak gunting kertas pun tersangkut-sangkut.


Sama je proses macam kat atas tadi,
 spraykan WD40 kat tuala dan bersihkan pada gunting.


Dah siap dibersihkan. 
Kesan-kesan marker yang lama kat gunting pun dah hilang. 


Berkilat lagi!

Kesimpulannya, WD40 lebih berkuasa 
menanggalkan kesan pita pelekat daripada baby oil.

Sekian, terima kasih.




































3 comments:

  1. sebelum ni wd40 sy gunakan untuk benda yang berkarat aje. tak tahu pulak boleh gunakan untuk hilangkan kesan salotape.. perkongsian yang sangat berguna...

    ReplyDelete




My Instagram