Bercanda Di Bagan Lalang

Assalammualaikum
Seminggu tak buka blog..Rindu u olls!

Hari Sabtu yang lepas Encik Hubby ajak pergi Bagan Lalang.
Tekak rasa nak jamah seafood.
Saya kurang gemar makan seafood,  
tapi kalau dah ajak keluar sekali sekala tu melompat kijang la saya dan Syifa.

Syifa of course la saaangat exited bila bapak ajak jalan.
Mama: Syifa nak pergi mana ni?
Syifa: Nak jalanraya
Mama: Yela..pergi mana?
Syifa: Nak tengok lauk
Fyi, lauk tu maksudnya laut.

Ini first time Syifa tengok laut secara live.
 Tak sabar rasanya nak tunjuk laut kat Syifa.
Perjalanan dari Ampang ke Bagan Lalang ambil masa 2 jam setengah.

Cuaca hari tu sekejap panas, sekejap redup. 
Bertolak dari rumah pukul 2 petang, sampai Bagan Lalang 4.30 petang. 
Rehat jap dan solat kat tempat yang disediakan.


Encik Hubby pilih restoran ni…
Mengikut kata kawan Encik Hubby, ikan bakar kat sini sedap.


Masa ni nampak sunyi sepi je restoran ni sebab baru pukul 5 petang.
 Belum ada pengunjung. Encik Hubby order makanan dulu,
 sebab biasala kalau dah ramai nanti mesti makanan lambat sampai.


Deretan gerai yang menjual  kerepek, makanan laut, toys dan banyak lagi
 kat sepanjang jalan menuju ke pantai. 
Gambar macam sayup-sayup je kan..
menguji bijik mata betul gambar ni..haha..

Sementara Encik Hubby sibuk memilih menu nak makan, 
saya dengan Syifa menuju ke pantai.

Wah…seronoknya ditiup angin pantai. 
Sejuk je..Petang-petang macam ni ala-ala romantika d amour gitu.


Makcik-makcik tengah tanam kaki dalam pasir sambil bergosip ditepi pantai.
Masa ni ombak agak mengganas sikit. 
Tapi ada juga masyarakat yang mandi manda kat tepi pantai.


Nun jauh di sana kelihatan deretan bot-bot nelayan sedang berlabuh.


Syifa teruja tengok tumbuhan yang menjalar kat pasir pantai.


Mama mama..tengok ni..tepung…
Bukanlah..ni namanya pasir. Kih kih kih..gelakkan anak sendiri.


10 minit lepas tu Encik Hubby pun join kitaorang dua beranak 
sambil membawa payung saktinya. 
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.


Perkenalkan..inilah Encik Hubby saya. Simple and adorable..hiks!
Tak perasan baju terkepit kat tali pinggang.. takpe..hippers style.
Disebabkan tak nak glamour, Encik Hubby berpura-pura pandang
 kat pasir masa gambar ni diambil.


Mula-mula malu-malu kucing nak cecah kaki kat air laut.




Syifa first time tengok laut.


Hai semua!


Teruja Syifa tengok ombak yang menghempas pantai…-pinjam ayat novel.


Susah jugak nak kawal Syifa ni, 
bila dah seronok sangat, takut dia jalan ke tengah laut.


Syifa..tengok ni kulit siput.


Sempat kutip 4-5 keping kulit siput..
Encik Hubby cakap..ala..beli je..baru berapa hengget..
Taknak! kulit siput ni ada sentimental value. 
Ada jugak kenangan nak tunjuk kat Syifa bila dia dah besar nanti.


Masa bermain untuk Syifa!

Cadangnya nak buat sand castle..




Syifa cakap dia nak buat crab kek untuk Mama. Bolehlah..


Perut pun dah nyanyi lagu Taylor Swift.. masa untuk makan!

Antara menu yang di order, sotong goreng tepung,
 prawn butter, ikan bakar dengan ketam bercili.
Tak ketinggalan nasi 2 pinggan dengan fresh orange.

Semuanya sedap-sedap belaka, tapi paling best ialah ikan bakar.

Syifa makan ikan je, seafood lain semua dia tak layan. 

 Kenyang sangat..tak abis pun..lebihnya tapau bawa balik, sambung makan kat rumah pulak.


Dalam perjalanan balik…matahari mula terbenam.


Kereta tengah bergerak, sempat lagi snap gambar ni.

Hujan dah mula turun laju. Berdesup Encik Hubby bawa kereta.

Seronoknyer Syifa, dalam kereta tanya lagi,

Bapak, nanti tengok lauk lagi ye..

Bukan lauk..laut la..

Oooo laut ker..esok ye pegi laut.

InsyaAllah..bukan esok la..esok bapak kena work..
nanti kita pegi lagi ye…

Okey..

Tamat








































































5 comments:

  1. Singgah pagi....
    best kan...walaupun sekejap...
    dapat rasa angin pantaiii...

    ReplyDelete
  2. Suka nya syifa tengok laut..pasni ada cuti je ayah dia kat rumah pasti dia ajak tengok laut lagi.

    Huhuhu

    ReplyDelete
  3. pemandangan yang mula2 tu saya suka sangat. cantik betul...

    ReplyDelete
  4. wah bestnya..dh lama x g pantai..seronok klw g pntai..suke angin kt pntai...

    ReplyDelete
  5. wah! sedapnya bercuti ke pantai bagan lalang. thn lps ada gi morib..tgok pantainya x bape comel berbanding dulu....
    P.S. abam kie follows your blog..Assalamualaikum..

    ReplyDelete




My Instagram