DIY Drawer Divider Yang Zero Kos

Jom DIY drawer divider. 
Bukan je boleh custom made, tapi paling penting kemas.
Drawer divider ni takde GST, sebab buat sendiri 
dan bahan-bahan yang saya gunakan pulak semuanya ada kat rumah. Hihi..


Drawer kat meja SOHO dah sendat. 
Stationary semua dah bercampur dengan barang jahitan.
Semak mata memandangnya.
 Bukan takat tu je, nak cari barang pun susah. 
Bila tak jumpa barang mula la tuduh Cik Syifa.

Syifa, Syifa ada ambik pen mama tak?
Ha..pen?? mana? takdepun…

Tu jela jawapan yang boleh memuaskan hati Mamanya. 
Saje je tanye..nak sedapkan hati..

Tau Syifa tak ambil, sebab biasanya saya kunci drawer,
 risau sebab ada gunting, pisau dengan jarum.
Bahaya untuk kanak-kanak yang sedang membesar dengan sihat dan kuat.


First thing yang saya buat ialah keluarkan semua drawer 
dan asingkan barang-barang mengikut kategori masing-masing.


Lepas tu saya sediakan bahan-bahan untuk buat drawer divider.


Kemudian ukur bahagian , lebar dan kedalaman drawer.


Ambil kertas kadbod keras atau 
kat sini saya guna kotak TV tandakan ukuran drawer pada kotak.


Potong mengikut saiz yang kita ukur tadi.


Saya lapikkan drawer ni tapi sebelum tu
tape kan sikit kata belakangnya supaya tak herot berot drawer mate ni. :)


Nampak kemas sikit..
sebab drawer saya ni dibahagian bawahnya kurang cantik.


Sekarang ni letak gam kat kadbod/ kotak 
yang telah saya potong tadi sebab lepas ni saya nak balutkan dengan scrap paper.
 Scrap paper ni dari pembalut yang saya gunakan untuk Balut Fail Lama.


Potong kadbod separuh supaya senang kita nak cantumkan 
dengan kadbod yang lain kat dalam drawer.
Pastikan kadbod tadi muat-muat je dalam drawer ni.
Kalau terpanjang boleh potong sikit, tapi kalau terpendek, 
kena potong kadbod lain pulak.
Kalau macam tak stabil je divider tu, 
boleh la hot glue kan kat bahagian bawah kadbod.


Dah siap!

Nanti saya share susunan dalam drawer pulak.

Take Care!








































3 comments:

  1. sebelum ni pernah buat utk drawer kat opis.. bile dah siap, tup2 dapat surat di tukar ke bahagian lain...hu3.... dapat rasa pakai sekejap je drawer tantik tu...huhuhuu

    ReplyDelete




My Instagram